19. Ubat Gigi dan Cecair Kumur Antiseptik? (2)

1.7K 200 32
                                    

"Kita selesaikan masalah kita satu persatu," jelas Kleim.

Keutamaan diberikan kepada Uncle Moor terlebih dahulu. Walaupun dia bukan seorang doktor, seeloknya adalah lebih baik jika dia dapat lakukan sesuatu untuk mengurangkan kesakitan Uncle Moor.

Lagipun, dia selalu berpegang kepada pepatah dari dunia asalnya; mencegah lebih baik dari mengubati. Bukankah begitu?

Potion merah yang diberikan oleh Lord Lionel tidak lagi sesuai untuk Uncle Moor disebabkan kadar pH asid yang tinggi.

Maka, dia perlu bermula dari bawah. Setakat ini, dia mempunyai beberapa bahan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan cecair kumur antiseptik.

Suasana bilik menjadi senyap seketika. Tangan kanan Kleim diluncurkan ke arah hadapan, jari-jemarinya mula dikepal erat. Tangan kirinya pula memegang lengan kanannya, satu simbolik kuasa Non-Attibut; tanpa kemusnahan, tiada penciptaan!

Melihat Kleim mula memejam mata untuk fokus mengawal kuasa [Caeleste Arte], Eonna menjauhkan diri dari tuannya.

Takut juga peristiwa pancutan jet air membasahi tubuh badan Eonna berulang sekali lagi pada dirinya.

*Krrttt krttt

Sedikit demi sedikit, longokan kristal Xylitol mula membentuk diatas meja! Seterusnya, Kleim membayangkan berapa banyak kuantiti Xylitol yang diperlukan. 

Disebabkan faktor umur Uncle Moor, Kleim membuat sedikit pengubahsuaian terhadap bahan yang hendak digunakan. Dia terpaksa memasukkan Xylitol sebagai salah satu bahan yang ada dalam cecair kumur antiseptik.

Kleim juga mengambil kira sifat semulajadi yang ada pada herba yang digunakan. Kebanyakan herba pilihannya mempunyai bahan kimia semulajadi yang bersifat aktif.

Sebagai contoh, herba Eucalyptus mempunyai (1)Eucalyptol yang bersifat anti-bakteria dan anti fungal. Herba Ajowan pula mempunyai (2)Thymol yang bersifat anti-septik; berguna untuk melawan jangkitan oral dan mengurangkan bau mulut serta merendahkan risiko jangkitan gusi. Wintergreen, mempunyai (3)Methyl salicylate, satu bahan yang memberikan rasa kesegaran kepada pengguna. 

Hasilnya, cecair kumur itu akan menjadi sedikit 'pedas' dan 'berangin'. Ia juga akan menyebabkan Uncle Moor menjadi kurang selesa. Xylitol ditambah sedikit agar rasa cecair kumur antiseptik itu sedikit manis dan sesuai untuk kegunaan Uncle Moor.

Lagipun jika difikirkan, walaupun Xylitol adalah sejenis pemanis dan tidak akan menyebabkan diabetis. Xylitol juga berfungsi membantu menguatkan gigi melalui proses 'remineralize' gigi.

"Eonna, saya perlukan serbuk penaik. Ada tak?" tanya Kleim serius.

"Serbuk penaik?"

"Kalau nak buat roti, kita perlukan serbuk tu untuk jadikan roti tu gebu dan lembut. Ada tak?" kata Kleim.

"Ermm, adakah tuan bermaksud tepung (4)Saleratus? Rasanya ada dalam almari makmal Alchemy di belakang tu. Tunggu kejap saya ambilkan," Balas Eonna.

 Kleim harus berhati-hati dalam menyediakan bahan menggunakan kuasa non-attributnya. Sebelum ini, Kleim ada terbaca tentang skill proses Alchemy berbalik. Tidak semua Alchemist tahu dan mahir akan skill ini. Mereka yang mahir dengan skill ini mempunyai bakat dan skill Alchemy yang menakjubkan kerana mereka mampu mengurai serta meleraikan sesuatu bahan menjadi komponen-komponen asas.  Proses Alchemy berbalik ini dilakukan dengan bantuan Reverse Gauntlet.

Dia tidak pasti sama ada Lord Lionel mempunyai skill proses Alchemy berbalik atau tidak. Yang pastinya dia perlu berhati-hati, walaupun dengan keluarganya sendiri!

Arc ChemistWhere stories live. Discover now