5. Revision (1)

2.9K 288 21
                                    

Nota Penulis: Mulai bab 5, Kleim disini merujuk kepada Azim untuk mengelakkan kekeliruan. tq

++++++++++

Eonna kembali semula ke bilik Kleim sambil membawa sepersalinan cadar baru. Rutin hariannya adalah memastikan bilik Kleim sentiasa dalam keadaan bersih serta menukar cadar katil setiap hari selain memenuhi permintaan Kleim.

Kleim yang melihat Eonna sedang mengemas merasa janggal lalu mengambil keputusan untuk sama-sama menolong Eonna. Eonna terkejut melihat Kleim datang menolongnya membersihkan bilik.

"Tuan tak perlu la tolong. Ini semua memang kerja saya," jelas Eonna sambil mengemas katil.

'Err..., ye ke? Haha baik, baik," balas Kleim. Eonna mengucapkan terima kasih walaupun Kleim tidak membantunya. Budi bicara Eonna menarik perhatian Kleim. Kleim kemudian mengambil segelas cawan kaca dan mengisi ruangan cawan tersebut dengan air menggunakan kuasa [Caeleste Arte]. 

"Nah, minumlah air ni," ujar Kleim.

"Wah, terima kasih tuan! Nampaknya, tuan dah ingat semula cara nak kawal kuasa tuan. Syukur kepada tuhan," Eonna membalas. "Hilang kuasa [Caeleste Arte] adalah perkara yang amat memalukan bagi keluarga Alchemist,"

Buat masa sekarang ini, Kleim (Azim) tidak boleh lagi mendedahkan siapakah dirinya yang sebenar. Menggunakan alasan hilang ingatan, dia meminta Eonna menceritakan tentang perihal keluarga, bagaimana sistem di dunia ini berfungsi, serta lain-lain hal yang berkaitan. 

Walaupun Eonna hanyalah pembantu rumah, pengetahuan amnya boleh dikatakan lengkap. Ketika usia 6 tahun, dia sudah diajar untuk membaca dan menulis. Lord Lionel Dy Rosso tidak suka pembantu rumah serta orang bawahannya buta huruf. Oleh itu, dia memastikan semua orang yang bekerja dibawah keluarganya dapat membaca dan menulis.  

Melalui penjelasan Eonna, Kleim mendapati berdasarkan budaya setempat, bahasa serta cara pemakaian amatlah menyerupai zaman pertengahan Eropah.

Eonna membentangkan peta dunia. Kleim mendapati terdapat perbezaan ketara dilihat dalam peta dunia. Dalam dunia parallel ini, benua Eropah, digelar sebagai Evrope  dan terletak di timur peta, benua Asia digelar sebagai Azivya dan ia pula terletak di barat. Walaubagaimanapun, benua Amerika dan benua Antartika tidak kelihatan dalam peta. Berkemungkinan kembar Colombus dalam dunia ini masih belum lagi berjaya menemui benua Amerika.

Kleim berasa sedikit kagum. Walaupun peta dunia kelihatan tidak lengkap, sekurang-kurangnya mereka dapat membina sebuah peta yang lengkap.

Kleim amat yakin dan pasti dia berada di Itali dengan melihat gaya bahasa serta budaya setempat. Namun, Itali disini hanyalah dikenali sebagai Ikalia. Kleim juga melihat peta negara lain seperti Angeliand (England), Graecia (Greece), Yermania (Jerman), dan Gallia (Perancis). Dunia yang sama cuma berbeza kedudukan Geografi serta nama.  

"Awak tak nak hidup bebas ke, Eonna?" Kleim tiba-tiba bertanyakan soalan kepada Eonna seusai melihat peta dunia.

"Apa yang tuan merepek ni? Saya memang bebas. Kami bukan hamba. Kami hanya bekerja untuk keluarga tuan," balas Eonna tajam.

"Bukan, bukan. Maksud saya, awak tak nak hidup bebas tanpa terikat dengan sesiapa seperti keadaan yang sekarang? Awak tak bercita-cita nak sambung belajar? Ke sekolah? Masuk Universiti?"

Eonna ketawa kecil. "Kami rakyat marhaen sudah memadai belajar membaca dan menulis. Sekolah dan universiti hanyalah untuk golongan kelas pertama yang berada. Lagipun Lord Lionel telah memberikan kami kehidupan yang baik. Makanan, tempat tinggal dan pakaian semua disediakan. Lagipun kerja kami bergaji. Kami bukan kerja 7 hari seminggu tau. Kami ada cuti juga..."

Sambil menyusun buku, Eonna menyambung, "Kami bersyukur kerana Lord Lionel bermurah hati mengupah guru untuk mengajar kami membaca dan menulis. Berbanding pekerja yang bekerja untuk keluarga yang lain, kami amat beruntung dari segi pelajaran. Kadar buta huruf disini sangat rendah. Malah, tukang kebun kami, Einsward pun tahu menulis,"

Sangkaan Kleim meleset. Lord Lionel, ayah kepada Kleim mengambil berat tentang semua pekerjanya. Eonna juga memberitahu mereka juga bebas untuk keluar masuk rumah dalam waktu yang ditetapkan.

"Oh ya. Boleh bagitau pasal rumah ni?" Disebabkan Kleim sibuk berlatih kuasa [Caelaste Arte], dia tiada masa untuk berlegar-legar sekitar rumah, apatah lagi bertegur sapa dengan orang. Perangai workaholic masih lagi terbawa-bawa dari dunia sebelumnya.

Bangunan yang sedang mereka duduki ini dikenali sebagai (1)Regia. Struktur Regia mirip kepada istana kecil. bangunan ini mempunyai 3 tingkat dan sebuah ruangan bawah tanah yang menyimpan pelbagai bahan mentah.

Tingkat pertama menempatkan pintu masuk utama, dewan utama, bilik menyambut tetamu serta dewan makan dan dapur. Tingkat kedua pula menempatkan bilik-bilik ahli keluarga Dy Rosso. Manakala, tingkat ketiga pula adalah loteng yang juga menempatkan tempat kerja lord Lionel. Bilik-bilik pekerja pula ditempatkan di bangunan yang berasingan. Regia ini terlalu besar, terutamanya ditingkat dua.

"Oh ye, Lord Lionel akan balik tak lama lagi. Tuan Kleim kena sambut kedatangan dia," jelas Eonna.

"Baik, baik. Tapi saya tak berapa pasti...."

Belum sempat Kleim menghabiskan ayatnya, Eonna mencelah. "Tuan Kleim! Lupa nak bagitau tentang etika bercakap dengan orang bawahan macam kami. Tuan Kleim mesti guna 'aku' dan 'kau' ketika bercakap dengan golongan kelas bawahan seperti kami. 'Saya' dan 'awak' hanya dikhaskan untuk golongan kelas pertengahan dan pertama je."

"Erk, sampai camtu sekali?"

"Ya. Walaupun orang bawahan itu berumur lebih tua dari Tuan. Ini adalah adat dan tradisi. Tuan tak boleh nak ubah sesuka hati. Lord Lionel seorang yang teliti tau. Tutur kata ketika berbicara semua perlu tuan jaga," Jelas Eonna.

Kleim merasa jelik dengan sistem yang seakan-akan berkasta. Bagi Kleim, tidak ada beza di antara kelas pertama, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Mereka semua manusia biasa.

"Emm... baiklah. Tapi saya lebih suka guna 'saya' dan 'awak'."    

"Boleh, cuma pastikan tiada golongan kelas atasan ketika tuan berinteraksi tau. Nanti mereka kata apa pulak," Eonna memandang serius. Adat dan tradisi amat sukar dipisahkan umpama isi dengan kuku. Masyarakat di dunia ini seperti mengamalkan sistem berkasta. Sesuatu yang amat baru dan ganjil bagi Kleim.

"Alamak! Tuan Kleim kena ulangkaji semula semua buku-buku tentang Alchemy. Lord Lionel tak terima alasan." Lord Lionel seorang bersikap tegas. Dia akan memastikan anak-anaknya diberikan pelajaran yang secukupnya. Lord Lionel juga suka menguji anak-anaknya dengan bertanyakan soalan. Sekiranya tidak dapat menjawab soalan, Lord Lionel akan meluahkan rasa kecewa.  

Eonna kemudian berlari ke arah rak yang menempatkan buku-buku rujukan. "Tuan patut mula membaca. Ada lagi 3 hari sebelum Lord Lionel balik semula ke Regia," Matanya melilau mencari buku-buku yang perlu dibaca oleh Kleim, "Principium e Alchemy, Natura e Alchemy, Medicinae e Alchemy, Acidum et Basim, Mana e Praecipua..." Eonna mula menyenaraikan setiap tajuk buku.

"Banyaknya!! Macam mana nak ulangkaji dalam 3 hari ni?"

"Tak tau. Tapi tuan kena tengok-tengok la dulu hehe..." Eonna hanya mampu tersengih. 

Dihadapan Kleim terdapat pelbagai buku yang berbeza saiz dan warna. Melihat ketebalan buku-buku ini membuatkan Kleim rasa macam nak pengsan. Setiap buku-buku tersebut berbeza ketebalan. Tulisannya pula tidak nampak seperti dicetak. Sebaliknya ia ditulis dan disalin secara manual oleh orang perseorangan.

Bagi Kleim, perkara ini tidak mudah kerana ketika berada di dunianya dahulu dia tidak didedahkan dengan asas-asas dalam Alchemy.

Kleim mengambil salah sebuah buku yang tersusun diatas meja dan membacanya sepintas lalu."Aku rasa macam pernah belajar la benda ni."


++++++++++

1)Regia: Istana



Arc ChemistWhere stories live. Discover now