12. Losyen (1)

2K 214 14
                                    

*Knock *Knock *Knock

Ketukan deras menyebabkan lamunan Kleim ketika merawat budak lelaki itu terhenti.

"Siapa?" Tanya Kleim.

"Tuan Kleim, saya bawakan kudapan petang waffer coklat kegemaran tuan," Jawab Eonna yang ketika ini sedang menunggu di depan pintu.

"Masuklah Eonna. Kebetulan pulak saya lapar ni," Kleim bingkas bangun lalu menuju ke arah kerusi di tepi katilnya.

Eonna membawa kepingan waffer coklat beserta jus oren. Dengan berhati-hati, dia meletakkan di atas meja berhadapan Kleim. Sedang Eonna meletakkan gelas jus oren, Kleim terlihat tangan Eonna yang tampak kasar dan kusam seperti kertas pasir. 

"Jemputlah makan waffer ni tuan. Jus oren segar pun ada ni," kata Eonna sambil menyusun waffer coklat diatas pinggan.

"Eonna, cepat tunjukkan tapak tangan awak. saya nak lihat," permintaan Kleim membuatkan Eonna tersipu malu, namun ditunaikan sahaja permintaan tuannya.

"Malu la tuan, tapak tangan saya kasar. Ada parut kecil pulak tu," jelas Eonna tersipu malu.

"Nampaknya betul la tekaan saya, permukaan tapak tangan awak kasar dan kusam."

Membasuh pakaian Kleim, menukar cadar katil, menyapu lantai bilik serta membersihkan jendela rumah merupakan rutin kerja harian Eonna setiap hari. Dia juga terlibat dalam menyediakan sajian harian keluarga Dy Rosso. Rutin harian ini menyebabkan tapak tangan Eonna menjadi kasar dan kusam.

"Awak tak pakai apa-apa losyen atau krim pelembap ke?" Tanya Kleim sambil mengusap dagu. Kebiasaannya, golongan wanita khususnya remaja amat sensitif dengan perubahan kulit. Melihat tapak Eonna yang kasar membuatkan Kleim berasa pelik; adakah dunia parallel ini golongan wanita tidak mempedulikan penampilan kulit?

"Losyen? Krim pelembap? apa benda tu?" Bingung Eonna mendengar perkataan losyen dan krim pelembap. Perkataan asing itu tidak dapat dicerna oleh telinganya, lalu dia mengambil kesempatan dengan bertanya.

"Urghhh..., takpe la. Nanti saya cerita kat awak," waffer coklat itu dikunyah rangup. Rasa coklat mula menyelubungi deria rasa Kleim. Setiap kunyahan dinikmati bersama dengan hirupan jus oren. Gabungan kedua-dua pencuci mulut ini mengasyikkan Kleim. Sesekali Kleim memerhati gelagat Eonna yang sedang sibuk mengemas biliknya sambil menggigit waffernya. Gadis cilik itu seperti robot, hanya fokus mengemas bilik.

Eonna hanya membiarkan sahaja tuannya duduk termenung di atas kerusi. Cadar katil dipunggah lalu ditukar dengan cadar yang baru. Cadar katil itu mengeluarkan bau haruman lembut Lavender. Eonna mengibas-ngibas sedikit cadar katil baru itu. Bau Lavender tadi mula menjelajah memenuhi segenap ruangan bilik.

"Segarnya....!" Eonna memeluk erat cadar katil empuk. Baginya, bau wangian Lavender amat menyenangkan hatinya, "tuan sungguh beruntung bertilamkan bauan Lavender. Mesti tidur lebih nyenyak, bukan?" sambung Eonna gembira.   

Kleim hanya mengunyah dan tidak mempedulikan soalan Eonna. Bau wangi atau tidak, bukan menjadi masalah besar baginya. 

"Eonna, dengar sini. Saya memerlukan pati Aloe Vera, Cinnamon, serbuk teh, madu lebah asli, beeswax, herba yang dikering (Oats, Pudina, Chamomile) dan pati minyak Lavender." Kleim bersuara. Lantas beliau menulis senarai bahan yang diminta di atas kertas supaya Eonna senang mencari bahan yang diperlukan.

"Nah, ambil ni kertas ni. Pastikan awak jumpa semuanya ya. Saya perlukan kesemua bahan-bahan ini petang ini juga. Letakkan di tingkat 3, okey?" Tegas Kleim.

"Banyaknya tuan, untuk apa ni? Kebanyakan bahan ini ada di tingkat bawah tanah. Nanti saya ambilkan." Eonna tersenyum melihat senarai bahan-bahan tersebut.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now