[OOT] Anda tanya, Saya Jawab! (1)

1.7K 157 24
                                    

Oleh kerana ramai tanya pasal ni, aku sediakan satu siri [OOT], yang bermaksud Out Of Topic. :D :D :D

**********

(I) Pengenalan

Kobis Ungu atau sesetengah orang ada juga memanggilnya sebagai Kobis Merah mempunyai pigmen khas semulajadi yang dipanggil Anthocyanins. Pigmen ini bertanggungjawab menyebabkan perubahan warna air dari warna ungu kepada warna merah seperti yang dibuat oleh Kleim. Pigmen ini akan bertindak balas terhadap pH (tahap keasidan dan juga kealkalian) dan menyebabkan perubahan warna.

Selain Kobis Ungu (ataupun kobis merah), Anthocyanins ni juga terdapat dalam beri (blueberi, rasberi), anggur, dan terung sebagai contoh. Jangan risau, ianya selamat dimakan kerana Anthocyanins dihasilkan secara semulajadi oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut.

 Jangan risau, ianya selamat dimakan kerana Anthocyanins dihasilkan secara semulajadi oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anthocyanins


(II) Bagaimana nak tahu tahap keasidan dan kealkalian sesuatu bahan menggunakan Kobis Ungu?

Tidak seperti Kertas Litmus (Merah & Biru) yang berubah warna dari merah ke biru dan sebaliknya dan juga pH meter yang menunjukkan bacaan matematikal berjulat 0.00 hingga 14.00, larutan air kobis ungu hanya menunjukkan perubahan sifat warna sahaja. Oleh itu, agak sukar untuk kita mengetahui secara tepat sama ada sesuatu cecair itu mempunyai kadar keasidan atau kealkalian yang tinggi ataupun sebaliknya.

Tapi jangan bimbang, kerana setiap warna mewakili tahap keasidan atau kealkalian sesuatu cecair. Cecair yang bersifat asidik (pH kurang daripada +/-7.0) akan menyebabkan warna Anthocyanins bertukar menjadi merah, manakala cecair yang bersifat alkali (pH lebih daripada +/-7.0) akan menyebabkan Anthocyanins bertukar menjadi warna hijau-kekuningan. Cecair yang bersifat neutral menjadikan Anthocyanins menjadi warna ungu/ ungu-kebiruan.

Kalau nak tahu cecair yang anda uji itu bersifat asid atau alkali, boleh rujuk gambar dibawah ni.

Note_1: Base itu adalah alkali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note_1: Base itu adalah alkali

Note_2: pH 7= warna Ungu+biru sikit

Note_3: pH 14= warna hijau kekuningan


(III) Tutorial

1. Cari kobis bewarna ungu. Boleh jumpa di pasar pagi/ Giant/ Tesco. Kobis warna hijau tak boleh.

2. Potong kobis ungu itu sehingga menjadi kecil. (Boleh juga nak blender, tapi nanti susah nak tapis)

3. Masukkan potongan/hirisan kobis ungu itu ke dalam bekas kecil. Kemudian, tuangkan air panas.

4. Biarkan selama lebih kurang 15 minit. Ketika ini, warna air akan menjadi Ungu Kebiruan.

5. Tapis! Kita nak air je. Kobis ungu tu tak perlu. Nak makan pun boleh.

6. Siap!

7. Boleh tengok video ni kalau masih tak faham:

Warna-warna ini cuma anggaran sahaja dan ia tidak tepat. Tapi sekurang-kurangnya korang tau kan cecair/bahan itu bersifat asid atau alkali. betul tak?

Nak tahu lebih lanjut? Cuba bereksperimen sendiri ya. Selamat mencuba!


++++++++++



Arc ChemistWhere stories live. Discover now