8. Maiden of Alchemy

2.7K 248 27
                                    

Author Note: Untuk Bab 8 sedikit tricky dan mengelirukan. 

===============

"........."

"Errr, ada apa-apa masalah ke, Miss Griesella?" Melihat lagak Griesella, Kleim pasti ada keraguan dalam diri Griesella. 

"....Kau ni sangat mencurigakan!" Griesella yang seperti dapat meneka sesuatu mula berjalan ke arah Kleim. Griesella mula memandang Kleim yang ketika ini mula berpeluh. Renungan tajam Griesella seperti mampu membaca jawapan disebalik riak muka Kleim. 

Griesella mengelilingi Kleim yang ketika itu sedang duduk pegun diatas bangku. "Apa yang mencurigakan, Miss?" Kleim merasakan lakonannya tidak menjadi bila berhadapan dengan tutornya, Griesella. 

"Hmmm..., Aku tak pasti apa yang hilang, but something fishy here," Anak mata Griesella mula memerhatikan setiap sudut Kleim.  

"Ahaha, Miss ni macam tak biasa pulak dengan saya hahaha..." Kleim membalas dengan ketawa sambil menggarukan belakang kepalanya.

<><><><><>

Griesella Dy Triste, seorang gadis pintar yang berumur 24 tahun. Berasal dari keluarga Triste, sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam bidang Alchemy. Moyang Griesella, Armand Dy Trieste merupakan salah seorang pengasas Alchemy ketika pembentukan kerajaan Ikalia. Sehingga kini, hampir seluruh ahli keluarga Trieste adalah Alchemist.

Minat dan bakat Griesella dalam bidang Alchemy mula dikesan ketika beliau berumur 10 tahun. Digelar sebagai seorang yang genius, Griesella terpilih untuk memasuki Universiti pada usia yang sangat muda, iaitu sekitar umur 15 tahun. 

Ketika berumur 16 tahun, dia telah diletakkan dibawah naungan dan bimbingan Lord Lionel Dy Rosso, yang ketika itu memegang jawatan penting sebagai Dekan dalam Universiti Alchemy. Lord Lionel nampak akan potensi serta bakat yang ada dalam diri Griesella. Dari situ, Lord Lionel telah melatih dan menggilap lagi Griesella dalam bidang Alchemy.  

Ketika berumur 19 tahun, Griesella banyak membuat perubahan serta penemuan baru dalam Alchemy sehinggakan dia digelar sebagai Maiden of Alchemy. Tiada siapa di dalam Universiti yang mampu merampas gelaran ini sehinggalah Griesella tamat belajar.

Beauty with Brain, Genius of the century, Maiden of Alchemy- antara pujian yang sering dilaungkan oleh orang ramai tatkala melihat Griesella menaiki pentas menerima anugerah kecemerlangan.

Setelah tamat belajar, Lord Lionel secara peribadi telah meminta Griesella mengajar dan membimbing anaknya, Kleim dalam bidang Alchemy. Griesella yang terhutang budi dengan Lord Lionel bersetuju dengan tawaran tersebut. 

 <><><><><>

"Cara percakapan kau formal sangat. Nampak kolot dan skema." Tegur Griesella. 

"Err..., formal sangat ke? Hahaha. Oh ya, sebagai keluarga bangsawan, kenapa Miss guna 'aku' dan 'kau' bila berbual?"

Griess tersentak mendengar soalan Kleim. "Panggil aku Griess. Aku bukan konservatif. Bagi aku, penggunaan bahasa adalah hak universal, hak untuk semua orang. Bahasa bukannya hak eksklusif untuk sesebuah golongan sahaja. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi sesama kita,"

Apa yang diluahkan oleh Griess membuatkan Kleim kagum. Ada lagi orang yang mempunyai pemikiran seperti begini pada zaman ini. 

"Aku setuju dengan pendapat berkenaan bahasa adalah hak universal." Kleim membalas.

"Sebelum ni kau yang beriya-iya mempertahankan hak eksklusif bahasa golongan atasan. Hari ni kau cakap lain pulak."

"Maaf lah Griess, Aku tak berapa nak ingat lepas kena panahan petir tempoh hari," Kleim berdalih. 

Arc ChemistWhere stories live. Discover now