11. San Roma: Kota Dua Tembok

2K 230 14
                                    

"Selamat petang Tuan Kleim!" Gadis berambut kuning itu menghentikan seketika aktiviti menyapu lantai untuk menyambut kepulangan tuannya dengan ucapan serta senyuman manis. 

"Selamat petang Eonna." Kleim menjawab sugul.

Melihat wajah Kleim yang sugul, Eonna dapat rasa ada sesuatu yang berlaku diantara Kleim dan Griess. Ini bukan kali pertama dia melihat mereka berdua berselisih pendapat.

"Bagaimana dengan kelas Griess? Berjalan lancar tak?" Tanya Eonna prihatin. 

"Griess mengajar aku dengan baik," Jawab Kleim pendek. Buat waktu ini dia tiada mood untuk meneruskan perbualan dengan Eonna lalu bergegas ke biliknya.

"Teruk betul Griess ni. Penat je aku tolong dia. ada ke patut dia larikan diri" bisik Kleim. Dia mula melabuhkan badannya di atas tilam empuk.


++++++++++


"Nampaknya bahu kau cedera. Kalau tak diubati segera, mungkin akan bengkak sedikit." Tutur Kleim. Riak wajahnya menampakkan perasaan gusar.

"Patut la aku rasa tak selesa dari tadi," jawab Griess perlahan. Lengan bajunya terpaksa dikoyakkan untuk beri keselesaan kepada bahu yang terseliuh.  

Kleim mendekati Griess untuk melihat dengan lebih dekat kecederaan yang dialaminya.

"Jangan bergerak. Bahu kau ni cuma terseliuh. Kurangkan pergerakan. Dalam beg kau ada tak kain? aku nak buat anduh." Tanya Kleim.

"Tiada kain. Anduh tu apa?" Soal Griess.  

Kleim tidak mempedulikan soalan Griess. Dia hanya fokus mencari jalan penyelesaian. Oleh kerana tiada kain yang sesuai, Kleim mengambil lengan baju yang baru sahaja dikoyakkan oleh Griess. Menggunakan [Caeleste Arte], Kleim mengubah suai sedikit kain itu membentuk kain anduh, sejenis kain berbentuk segi tiga yang biasa digunakan untuk dalam pertolongan cemas bagi menampung beban tangan serta mengurangkan pergerakan tangan bagi mengelakkan kecederaan. 

"Ok siap! Minimumkan pergerakan lengan. Balik nanti berehat dan tuamkan sedikit air panas-suam agar bahu rasa selesa." Kleim membetulkan ikatan anduh itu. Griess tunduk malu.

Selesai mengikat kain anduh, Kleim bingkas bangun dan mencari sesuatu dalam beg Griess. Dengan tidak semenanya, Griess menjerit;

"Pergi dari sini, pergi!!"

Tersentak dengan jeritan itu, Kleim memandang Griess dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa ni Griess? Aku cuma mahu memeriksa beg kau je. Mana tahu kau ada bawa botol air bersama..."

"Kau bukan Kleim! Aku tahu kau bukan dia!" Balas Griess marah. Dia menggagahkan diri mengumpul kekuatan dan cuba untuk berdiri semula.

"........."

Kleim hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak pasti bagaimana nak menjelaskan perkara ini kepada Griess. Pasti, Griess lebih arif tentang hal ini. 

"Kau patut lihat keadaan sekeliling kau!" sambung Griess.

Kleim melihat sekeliling sebelum dia menyedari bahawa terdapat kekurangan pada dirinya. 'Sesuatu' yang sepatutnya setiap orang ada. 'Sesuatu' yang sepatutnya wujud pada setiap objek tidak kira bernyawa atau tidak.   

"Uwwwaaaaaa.......!!!" Kleim menggosokkan matanya untuk memastikan matanya dapat melihat jelas. Sangkaannya hampa, 'sesuatu' itu tidak wujud pada dirinya sendiri.

"Ini mustahil!" kedua matanya tidak berkelip. Dia tidak dapat mencerna apa yang berlaku.

'Sesuatu' yang dimaksudkan oleh Kleim sebagai mustahil adalah bayang-bayang!

Arc ChemistWhere stories live. Discover now