2. Eonna Eu Fleur

5.1K 439 62
                                    

Musim Bunga | Tahun 1430 HE (Holy Era)

"Urghhh.... kat mana ni?" Azim memicit-micit kepalanya.

"Tuan! Tuan Kleim!"

"Siapa awak? Kleim?" Azim bertanya. Kepalanya berdenyut. Ritma nafasnya masih lagi tidak teratur.

"Tuan Kleim dah sedar. Usung kembali katil Tuan Kleim ke biliknya cepat!" Jerit budak perempuan tersebut.

4 orang lelaki yang berpakaian seperti Butler kemudiannya mengusung katil Azim masuk ke dalam bilik.

++++++++++

Azim mula memerhati keadaan disekeliling bilik. Dari katil, matanya meninjau ke seluruh penjuru bilik tersebut. Suasana bilik sedikit malap disebabkan kain langsir bewarna merah melitupi jendela.

Terdapat sebuah pendiang api antik berhadapan katil. Saiznya agak kecil namun dapat menghangatkan suhu bilik. Asap yang berkepul menjulang naik, lalu dicorongkan kedalam cerombong asap.

Keadaan sekeliling bilik tidak ubah seperti berada pada abad ke-17. Hiasan dinding seperti kepala rusa, patung dan tanduk eksotik haiwan memenuhi ruangan bilik. Dinding bilik tampak halus dihiasi dengan tampalan kertas dinding (wallpaper) bercorakkan daun pine. Terdapat dua Chandelier kristal dengan rekabentuk yang berbeza tergantung di syiling.

Di hujung penjuru terpampang potret seorang pemuda berambut kelabu. Rak-rak buku yang tersusun menempatkan pelbagai jenis buku. 

"klasik! Macam kat zaman Eropah pulak." Azim kagum.

"Tuan Kleim." Pintas Eonna menghentikan kekagumannya.

"Siapa Kleim? Saya di mana?"

"Tuan tak ingat? 4 hari lepas Tuan Kleim disambar petir ketika sedang mencari tumbuhan herba di Taman Herba Diraja! Mujur ayah tuan ada. Tuan hampir disahkan mati."

Gadis berbaju putih itu mendekatkan dirinya ke sisi Kleim. Riak kerisauan dapat dilihat pada muka Eonna. Dia memegang tangan Azim, lalu mengucup tangan Azim dengan lembut. Eonna, seorang gadis Kaukasian yang mempunyai kulit putih kemerah-merahan. Rambutnya yang panjang bewarna kuning keemasan diikat dengan gaya rambut braid.

"Maaf, saya bukan Kleim. Awak nama Eonna kan? Awak ke Lab Assistant saya yang baru? Kenapa pakai baju macam zaman Eropah? Awak patut pakai Lab Coat! Jangan nak cosplay masa waktu kerja! Lagi satu jangan cium tangan saya boleh tak?" Seperti peluru, Azim melontar banyak persoalan menyebabkan Eonna terkaku.

"Tuan bergurau ke? Errr....Lab Assistant? Eropah? Lab Coat? Cosplay? Apa tu? Eeee... Peliklah tuan ni." Eonna bertanya.

"Confirm aku tengah bermimpi." Azim kemudian menampar pipinya sekuat hati.

*Pppappp!

"Aduh!"

Azim mengeluh. Eonna terkejut melihat kelakuan Azim. Azim kemudian mengusap pipinya seperti kanak-kanak.

Eonna ketawa kecil melihat perangai tuan mudanya. "Tuan tak bermimpi. Kita sekarang berada di bilik tuan. Nah cermin. Tengok sendiri muka tuan. Kan dah merah bengkak. hahaha..." Azim mengambil cermin dari tangan Eonna untuk melihat pipinya yang dikatakan bengkak.

"Ttt...tak....tak mungkin, Ini bukan aku!"

Wajah yang tepapar di permukaan cermin itu bukanlah wajah Melayu tipikal seperti yang dibayangkan oleh Azim, tetapi lebih mirip kepada seorang pemuda Kaukasian berusia 20-an. Azim mendapati rambutnya bewarna kelabu. Hidung pula sedikit mancung dan anak mata bewarna hazel. Sekali sekala, dia cuba mendekatkan sedikit cermin kearah mukanya agar dapat melihat dengan lebih jelas.

Arc ChemistOù les histoires vivent. Découvrez maintenant