7. Lionel Dy Rosso

2.6K 268 31
                                    

3 hari kemudian

Gadis berambut perang tergesa-gesa berlari-lari mendaki anak tangga menuju ke tingkat dua. Belum sempat dia mengetuk pintu bilik, tuannya sudahpun membuka pintu.

"Oh Eonna. Kenapa tergesa-gesa ni?" Kleim bertanya.

"Tuan Kleim, Lord Lionel dah pulang. Lady Hellen suruh bersiap untuk makan malam," Eonna membalas.

"Baiklah. Alang-alang marilah Eonna, kita makan sama-sama," ajak Kleim.

"Selepas keluarga Dy Rosso semua habis menjamu selera, barulah kami sebagai pekerja barulah boleh makan."

"Errr..., lupa pulak peraturan kolot tu."


++++++++++ 

Dewan Makan Utama


Untuk kali pertama, Kleim melihat rupa paras ahli keluarga Dy Rosso ketika berada di dalam dewan makan utama.

"Hmph! sihat dah?" Tanya lelaki berwajah Kaukasian.

"Yup, sihat." Kleim bersahaja membalas.

"Yup??!!!" Jelingan tajam menjemput masuk ke dalam anak mata Kleim, membuatkan Kleim sedikit menggelabah.

"Errr..., bukan...bukan, maksud saya, terima kasih ayahanda sebab mengambil berat tentang saya. Setakat ni, saya sihat dan mampu bergerak."

"Hmph! bagus dapat lihat anakanda sihat dan kuat! Hahaha...!"  

lelaki Kaukasian yang menegur Kleim sebentar tadi adalah Lord Lionel Dy Rosso, ayah kepada Kleim. Seorang lelaki berumur lingkungan 50 tahun.   

Walaupun umurnya menjangkau separuh abad, Lelaki ini mempunyai badan yang tegap dan memiliki sepasang mata bewarna biru yang menawan. Lord Lionel juga mempunyai renungan mata yang tajam. Renungannya mampu membuatkan seseorang menjadi gugup dan tidak keruan.

Lord Lionel adalah salah seorang Aristokrat yang telah dikurniakan gelaran Archduke oleh Maharaja Empayar Ikalia. Beliau telah banyak berjasa kepada negara dan menyumbang idea serta perkembangan ilmu Alchemy.  

Di Ikalia, gelaran darjat dikurniakan kepada sesiapa yang memberikan sumbangan penting terhadap negara.

Terdapat pelbagai gelaran darjat yang dikurniakan bergantung kepada tahap sumbangan seseorang.

Antaranya Archduke, Duke, Archmarkuis, Markuis, Earl, Viscount, Count, dan akhir sekali Baron. Semakin besar sumbangan seseorang, semakin tinggi pangkat yang boleh dikurniakan. Gelaran Archduke merupakan gelaran tertinggi yang dikurniakan kepada penerima.


"Hello Kleim. Apa khabar? Syukur anakanda dah pulih!"

"hello Ibunda. Sihat je. Terima kasih ibunda."

Seorang wanita cantik memulakan bicara dengan menegur Kleim. Pemilik rambut kelabu ikal mayang itu mempunyai sepasang mata bewarna hazel yang bersinar. Senyumannya pula dikatakan mampu mencairkan salji-salji di pergunungan. Riak mukanya yang redup dan suaranya yang lunak lembut mampu melembutkan hati manusia. 

Lady Hellen Dy Rosso, adalah isteri kepada Lord Lionel Dy Rosso. Wanita cantik ini berumur 40 tahun dan merupakan Ibu kepada Kleim.

"Abang!"

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun memanggil Kleim. Mempunyai sepasang anak mata biru persis bapanya. Dia meluru masuk lantas memeluk Kleim yang sedang berdiri ditepi meja makan.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now