24. Index Alchimia (1)

1.7K 189 10
                                    

Kleim semakin pulih setelah mendapat rehat yang secukupnya. Kejadian yang berlaku tempoh hari masih segar dalam ingatannya. Setiap momen yang berlaku ketika itu masih tersemat dalam hati. 

Hampir setiap hari, Kleim mengisi masa dengan mengunjungi bilik bacaan di dalam Regia Dy Rosso. Mungkin terdapat sedikit petunjuk di sana disamping memperkukuhkan pengetahuan tentang dunia Magik ini. Kadang-kala, dia bersama Eonna akan mengunjungi Perpustakaan Imperial San Roma yang terletak di timur kota San Roma jika ada waktu kelapangan.

Dia perlu tangkas untuk mendapatkan maklumat terperinci, lebih-lebih lagi tentang kitab Archemist dan enam helai muka suratnya serta kaitan kitab tersebut dengan Archeon. Besar kemungkinan, terdapat kaitan rapat buku tersebut dengan kejadian yang berlaku kepada dirinya.

Hampir setiap hari juga, Griess datang ke Regia demi mengajar Kleim dalam kelas tutornya. Kelas tutor Griess menguatkan lagi tahap penguasaan [Caeleste Arte] Kleim. Sebagai Alchemist, dia juga perlu mahir tentang selok-belok mengenai Alchemy. Walaupun Kleim tidak mempercayai 100%  tentang Alchemy, dia perlu bersiap sedia jika Lord Lionel bertanyakan soalan spontan.   

"Hei Kleim, kau dah jawab ke belum peperiksaan Index Alchimia?" tanya Griess setelah selesai sesi kelas tutor.

"Errr, Index Alchimia? Apa tu" balas Kleim.

"Haishh, ingatan kau belum pulih lagi sepenuhnya," Griess menggeleng kepala mendengar jawapan dari Kleim. 

"Itu maknanya, kau belum lagi menduduki peperiksaan Index Alchimia." sambil mengetap gigi.

"Terangkan sedikit pasal Index Alchimia?" ujar Kleim sedikit teruja.

"Hahaha, Kleim teruja ke? serius ke ni? Sejak bila pula kau berminat dengan Index Alchimia?" Sindir Griess.

"Haish... perli nampak?" Kleim menaikkan sedikit kening sebelah kirinya. 

"Mana ada! Kau anak Lord Lionel. Salah seorang dari 5 Archduke Ikalia! Atas kapasiti dan autoriti Lord Like Lionel, kau dikecualikan untuk mengambil peperiksaan Index Alchimia. Malah, kau juga dikecualikan untuk masuk ke sesi persekolahan, Ingat tak?"

"Apa? Dikecualikan?" Kleim menggaru kepalanya. Peraturan apakah ini? Kenapa dunia ni begitu korup sekali dan berat sebelah?

"Ceh, buat-buat lupa pulak dia ni," Griess mendengus.

"Sebenarnya sejak dari awal usia 11 tahun, kau mana suka sekolah. Kau benci sekolah. Tapi disebabkan ayah kau Archduke, kau dikecualikan dari memasuki sesi persekolahan. Kau cuma tau mengeja, membaca dan menulis pun disebabkan usaha keras ibunda kau, Lady Hellen," sambung Griess.

Lady Hellen merupakan seorang yang tegas sama seperti suaminya Lord Lionel lebih-lebih lagi dalam bab pelajaran. Hampir setiap hari, dia akan memaksa Kleim untuk belajar dihadapannya. Ketegasan Lady Hellen membolehkan Kleim belajar dalam waktu yang singkat. Sungguhpun begitu, dia masih lagi berlembut dengan Kleim.

"Pemalas juga Kleim ni. Macam mana aku boleh termasuk dalam tubuh badan seorang yang begitu pemalas?" getus Kleim.

Apa yang dikatakan oleh Griess adalah benar. Sesi persekolahan adalah wajib bagi setiap warganegara Ikalia. Di San Roma khususnya, setiap rakyat tidak kira latar belakang wajib mengikuti sesi persekolahan. Namun, undang-undang ini seperti hanya terpakai untuk golongan bawahan.

Golongan atasan dan bangsawan diberikan sedikit 'kelonggaran', terutama keluarga yang mendiami ruangan Inner Heaven kota San Roma.

Mereka diberi kebebasan untuk tidak menyertai sesi persekolahan. Ramai diantara bangsawan mengupah guru persendirian untuk mengajar anak-anak mereka di rumah. Walaupun mempunyai guru persendirian, anak-anak bangsawan ini tidak mengambil perhatian serta tidak bersungguh dalam belajar. Cukuplah sekadar melepaskan batuk ditangga dan untuk memenuhi syarat.

Bagi mereka, pelajaran tidak penting dan mereka seperti tak ambil peduli langsung kerana kebanyakan anak-anak bangsawan ini  percaya kekayaan yang keluarga mereka ada tidak akan habis selama beberapa generas. Mereka juga berpendapat, dengan pengaruh dan kuasa wang yang keluarga mereka ada, mereka mampu menyandang jawatan dalam kerajaan Ikalia tanpa perlu kelulusan mahupun pengajian.

Kleim juga tidak terkecuali dalam hal ini. DIsebabkan kebanyakan rakan Kleim mengambil jalan mudah, Kleim hampir terpengaruh dengan tabiat buruk ini. Mujurlah ada Lady Hellen yang amat menitik berat pelajaran anaknya. Ketegasan Lady Hellen dalam pendidikan menyebabkan Kleim terpaksa belajar dengan guru persendirian.

"Habis tu, nak buat macam mana ni Griess? Takpe ke kalau aku tak ambil Index Alchimia tu?" tanya Kleim.

"Mana boleh! Setiap Alchemist kena melalui peperiksaan tu. Ianya wajib tahu tak?" Griess adalah seorang yang mengikut peraturan. Dia beranggapan, dengan mengikut sistem yang sedia ada, seseorang Alchemist akan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

"Hmm..., baiklah. Terangkan macam mana nak ambil peperiksaan tu," balas Kleim dengan perlahan.

"Untuk golongan bangsawan macam kau, kau perlu menduduki peperiksaan ni secara perseorangan," balas Griess.

"Baiklah! Aku tiada apa-apa halangan tentang tu," balas Kleim dengan yakin akan potensi dirinya. "Bila boleh mula peperiksaan tu?" sambung Kleim lagi.

"Untuk golongan bangsawan macam kau, peperiksaan tersebut tiada tarikh tutup. Kau boleh menduduki peperiksaan tersebut bila-bila masa dengan syarat kau perlu membayar wang sebanyak 500 Wiss."

"Hmm... macam tu pulak ya?"

Terdapat 2 versi peperiksaan Index Alchimia. Versi pertama Index Alchimia adalah untuk individu yang menghadiri persekolahan. Peperiksaan ini bersepadu dan dijalankan secara serentak diseluruh Ikalia. Kadar bayaran hanyalah 50 Wiss untuk menduduki peperiksaan tersebut. Bagi versi ini, peperiksaan Index Alchimia hanya dijalankan dua kali setahun, iaitu pada awal bulan Febuari dan juga pada akhir bulan disember pada setiap tahun.

Versi kedua pula adalah untuk individu dari golongan bangsawan yang tidak menghadiri persekolahan dan juga mereka yang mempunyai guru persendirian. Peperiksaan pula tidak dijalankan serentak dan tidak bersepadu. Setiap kali mereka ingin mengambil Index Alchimia, set soalan berlainan akan diberi. Kadar bayaran pula adalah 500 Wiss, menjadikan ianya adalah salah satu peperiksaan bertulis yang termahal di Ikalia.

Versi kedua Index Alchimia adalah yang paling susah sekali kerana setiap individu akan mendapat set soalan yang berlainan, walaupun mereka mengambil secara berkumpulan. Setiap set soalan juga disediakan oleh seorang Senior Alchemist yang berpengalaman. 500 Wiss bagi golongan bangsawan tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. peperiksaan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, asalkan mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

"Nampak susahkan? Disebabkan perangai segelintir bangsawan yang mengambil jalan mudah menyebabkan Emperor menitahkan agar Kementerian Pendidikan supaya mencipta mekanisma seperti begini. Kalau tak, jatuhlah standard pengajian Ikalia!" Ujar Griess sambil menjeling kearah Kleim seolah-olah memerli.

"Err..., baiklah. Rasa bersalah pula bila dengar penjelasan yang panjang lebar macam ni," tersengih Kleim.

"Dah sedia untuk menduduki ujian tu? 500 Wiss tak jadi masalah pada kau, bukan?" balas Griess.

Kleim mengangguk tanda setuju. Suka atau tidak dia harus menduduki ujian itu. Ini adalah peluang baginya untuk mendalami ilmu Alchemy dunia asing ini.

"Nah, ini senarai buku yang perlu kau baca sebelum menjawab peperiksaan Index Alchimia. Ada diantara buku-buku ini kau perlu beli. Wang tiada masalah kan? Selebihnya, aku boleh berikan kau untuk pinjam. Nanti aku suruh orang gaji aku hantarkan. Selebihnya pula kau boleh pinjam Perpustakaan."

"Weh, Banyaknya!"

"Mestilah! Untuk pemalas macam kau buku-buku macam ni kau kena baca dan hadam!" Griess meninggikan suaranya.


**********

Arc ChemistWhere stories live. Discover now