4. Life Goes On

3.4K 327 40
                                    

Menurut (1)Prinsip Keabadian Tenaga, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan; sebaliknya tenaga hanya boleh berubah dari satu bentuk tenaga ke satu bentuk tenaga yang lain.

Berdasarkan prinsipal ini, umat manusia telah banyak mencipta kejayaan yang hebat. Antara yang pernah menempa nama menggunakan prinsip ini adalah Albert Einstein, seorang saintis fizik awal abad ke-20 yang terkenal dengan persamaan Energi; E=mc2. Tanpa hukum prinsip ini, persamaan Einstein tidak akan wujud. Dan manusia juga tidak akan dapat mencipta bom atom. Tanpa prinsip ini juga, tidak akan ada penjanakuasa elektrik untuk menjana kuasa.

Walaubagaimanapun, prinsipal ini hanya termaktub dalam dunia Azim sahaja. Dunia yang didiami Kleim pula, melanggar hukum Prinsip Keabadian Tenaga. Dunia parallel ini membuatkan Azim tertarik untuk mengkaji dengan lebih lanjut.

Roda fikiran Azim mula berputar menghasilkan soalan demi soalan. Adakah dunia Kleim ini bersifat Anti-Prinsip Keabadian Tenaga? 

Adakah tenaga boleh dicipta? 

adakah tenaga juga boleh dimusnahkan? 

Azim kemudiannya mengambil sehelai kertas lalu mencatat soalan demi soalan yang menerpa kedalam sangkar fikiran. Sebagai seorang saintis, mencatat persoalan dan buah fikiran di atas sehelai kertas adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Setiap kejayaan bermula dari atas kertas.

Kuasa [Caeleste Arte: Acqua Serpente] mampu menghasilkan molekul air tanpa memerlukan jisim. Dari sini, Azim mendapati bahawa tenaga telahpun dicipta tanpa memerlukan apa-apa jisim atau medium. Ini amat bercanggah dengan prinsip keabadian tenaga. 

Oleh kerana [Caeleste Arte] mampu menghasilkan molekul air, Azim berpendapat dia boleh mencipta benda lain menggunakan kuasanya.   

"Since I stuck over here, I might do the science. So why not? It might work." Azim mengomel bersendirian. 

Azim menyeret meja ketengah bilik. Sekiranya apa yang difikirkan benar, maka dia boleh mencipta sebarang objek tanpa memerlukan sebarang jisim atau medium. Dia hanya perlu menggunakan proses yang sama seperti dia mencipta air dan ais dari telapak tangannya seperti sebelum ini.

Antara kompaun kimia yang pertama berlegar difikirannya adalah gula. Oleh kerana Azim seorang saintis, sudah tentu dia faham apa yang perlu dibuat. Azim hanya perlu membayangkan struktur molekul gula tersebut serta sifat-sifat yang ada pada molekul gula tersebut.

Ternyata berguna juga apa yang dibelajarnya ketika berada dalam pengajian subjek Kimia Organik. (2)Glukosa merupakan pilihan yang tepat kerana ia mudah didapati dalam tumbuhan serta buahan, selain struktur sebatian kimia yang mudah diingati dan tidak terlalu kompleks seperti (3)Sukrosa.

Azim mula fokus dengan memejam mata. Tangan kanan dihalakan ke arah meja. Fikirannya ketika ini mula ligat memproses maklumat berkenaan dengan glukosa. Sifat fizikal gula dan struktur sebatian glukosa mula muncul dalam kotak fikiran.   

Beberapa detik kemudian, segumpal pasir halus bewarna putih muncul diatas meja sedikit demi sedikit.

"Woahaaa!"

Oleh kerana dia merasa sangsi, dia mengulangi proses tersebut berkali-kali sebelum merasa timbunan kiub halus itu dengan lidah.

"Manis! Betul la ni gula."

Dengan menggunakan proses yang sama juga, Azim cuba untuk mencipta garam dan kemudian dia menguji dengan merasa dengan lidah. Rasa masin mula menyengat deria rasa. (>.<)

Setelah sejam menjalankan ujikaji, permukaan meja dipenuhi dengan beraneka jenis serbuk. Ujikajinya berjaya. Seterusnya, dia beralih kepada persoalan kedua, iaitu tenaga juga boleh dimusnahkan.  

Amat mustahil untuk memusnahkan tenaga jika berada di dunia Azim. Tetapi dalam dunia Kleim, adalah tidak mustahil untuk tenaga dimusnahkan. 

Sekiranya tangan kanan Azim mampu mencipta, maka tangan kiri Azim mampu memusnahkan. Bagi memastikan perkara ini, Azim mengambil segelas kaca berdekatan untuk dijadikan bahan ujikaji. Disini, Azim menyenaraikan terdapat tiga kebarangkalian yang akan berlaku.


Satu; gelas kaca itu bertukar menjadi bahan asas.

Dua; gelas kaca itu akan hilang tanpa sebarang kesan.

Tiga; tiada apa-apa yang berlaku. 


Azim mengangkat tangan kirinya lalu dihalakan kearah gelas kaca. Seperti biasa, dia hanya membayangkan apa yang akan terjadi pada gelas kaca tersebut.

Namun, sangkaannya hampa. Tiada apa-apa perkara ajaib yang berlaku terhadap gelas tersebut.

"Emm, peliknya. Aku ada buat salah ke?" Azim menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Setelah berjam-jam berhempas-pulas, Azim mula berputus asa. Agak mustahil untuk membuktikan tenaga boleh dimusnahkan.

"Ini yang terakhir. Lepas ni aku kena tanya Eonna pasal ni."

Sebelum mengangkat tangan kirinya, Azim terdetik untuk meletakkan tapak tangan kanan diatas lengan kirinya. 

"Mungkin kuasa untuk memusnah ini terlalu lemah sehingga memerlukan bantuan kuasa mencipta. kihkihkih," kata Azim berseloroh.

Tangan kiri dihala ke arah gelas kaca, manakala tapak tangan kanannya diletakkan keatas lengan kiri. Azim memejamkan mata dan mula memfokus.


*bzzz...bzzz...bzzz.bzzz!!


Tiba-tiba, Gelas kaca mula bergetar diatas meja. Perubahan jelas berlaku keatas gelas kaca tersebut. Gelas kaca mula meremuk, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan pecah. Remukan gelas kaca itu bertukar menjadi bentuk tidak sekata untuk seketika waktu sebelum bertukar menjadi butiran kristal pasir.


*psss...psss....pss....


Kepulan wap terbit dari longgokan pasir hasil daripada proses itu. Azim hanya mampu tersengih sendirian.

Tangan kirinya tidak memiliki kuasa untuk memusnah seperti apa yang Azim fikirkan. Sebaliknya ia adalah kuasa untuk mengembalikan sesuatu benda ke bentuk yang paling asas! Melihat kepada butiran pasir yang masih mengeluarkan wap berada diatas meja, Azim berasa kagum.

"Terbaiklah kuasa ni." Azim mula faham konsep asas bagaimana dunia ini berfungsi. Ditambah pula dengan pengetahuan sains yang dibawa dari dunia asalnya, kuasa [Caeleste Arte] dapat dimanfaatkan sepenuhnya.    

Apa yang tangan kanannya cipta, tangan kiri dapat menukar kembali ke bahan asas. Untuk menukarkan kembali ke bentuk asal, tangan kanan harus menyokong tangan kiri. Terdapat kelemahan menggunakan kuasa [Caeleste Arte].

Antaranya Azim hanya dapat membayangkan struktur sebatian kimia yang mudah dan tidak terlalu kompleks. Manakala struktur sebatian kimia yang kompleks seperti polimer amat mustahil untuk Azim bayangkan. Jika dia berjaya sekalipun, peluang untuk menggunakan bahan tersebut amat tipis sekali.

"Kleim, aku janji akan merevolusikan dunia kau menggunakan pengetahuan sains aku! Buat masa sekarang ni, aku pinjam kejap nama dan juga tubuh badan kau. Aku berjanji juga takkan rosakkan nama baik kau dan keluarga kau."

Tidak kira betapa gembiranya Azim, amat mustahil untuk dia kembali semula ke dunianya yang sebenar. Azim membuat keputusan untuk melupakan dunia lama dan mengambil nama Kleim sebagai nama barunya.

"Hidup mesti diteruskan," katanya.


++++++++++


(1)Prinsip Keabadian tenaga: Principle of Conservation of Energy

(2) Glukosa (Glucose): Sejenis polymer yang terdapat dalam kanji. Juga dikenali sebagai gula dengan formula molekul C6H12O6 

(3)Sukrosa (Sucrose): Sejenis polymer kompleks hasil gabungan Glukosa dan Fruktosa dengan formula molekul C12H22O11.



Arc ChemistOù les histoires vivent. Découvrez maintenant