18. Ubat Gigi dan Cecair Kumur Antiseptik? (1)

1.8K 219 35
                                    

Cecair kumur antiseptik moden memerlukan bahan kimia aktif seperti (1)Xylitol untuk berfungsi. Membuat Xylitol begitu mudah bagi Kleim kerana beliau hanya perlu membayangkan struktur kimia Xylitol serta sifat bahan tersebut. Namun begitu, Kleim tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada kuasa [Caeleste Arte] kerana hal ini akan menyebabkan orang lain disekitarnya akan merasa sangsi tentang bahan-bahan yang digunakan Kleim.

Buat masa ini, penggunaan kuasa non-attribut beliau harus diminimumkan!

Berbeza pula dengan cecair kunur antiseptik yang dibuat oleh Lord Lionel. Kleim mendapati Lord Lionel telah mencampurkan herba Dragonglass yang mempunyai tahap pH asid yang tinggi. Asid yang tinggi akan menyebabkan kaviti pada gigi, dan seterusnya menyebabkan pembiakan bakteria yang menjadi punca kerosakkan gigi.

"Aku cuma perlu mencari bahan alternatif untuk menggantikan herba Dragonglass." ujar Kleim.

Tiba-tiba, Kleim mula teringatkan sesuatu.

Semasa berada di tahun akhir pengajian sarjana muda, Kleim ada terbaca artikel tentang penemuan skroll (2)Papyrus yang menceritakan resepi ubat gigi dari tamadun Mesir purba. Ini amat menarik perhatian Kleim, kerana ubat gigi hanya mula dihasilkan di England secara komersial ketika abad ke-18!

Ini menunjukkan orang-orang Mesir purba amat mementingkan penjagaan gigi dan gusi.

Kleim juga mendapati bahan yang digunakan oleh orang Mesir purba untuk membuat ubat gigi pada ketika itu amat mudah didapati.

Dengan berbekalkan maklumat hasil dari pencariannya, Kleim telah membuat beberapa siri kajian dan eksperimental menggunakan bahan yang digunakan oleh tamadun purba tersebut.

Hasilnya, dia berjaya menghasilkan ubat gigi menggunakan bahan yang sama digunakan oleh tamadun Mesir ketika itu.

Disebabkan Kleim mempunyai sifat ingin tahu yang kuat, dia mencari resepi ubat gigi dari ketamadunan yang lain.

Dia mula menghasilkan ubat gigi menggunakan bahan-bahan yang digunakan oleh tamadun China, tamadun India, tamadun Yunani dan juga dari Alam Melayu. Kepelbagaian bahan-bahan yang digunakan oleh setiap tamadun membolehkan Kleim mengkaji kadar keberkesanan ubat gigi.

Kesemua resepi yang dihasilkan oleh setiap tamadun mempunyai satu persamaan; iaitu mempunyai bahan aktif menghalang bakteria dan memberikan nafas segar kepada pemakai.

Ini mendorong Kleim untuk mencipta formulasi ubat gigi menggunakan kombinasi bahan-bahan dari pelbagai tamadun tersebut!

Mungkinkah... mungkinkah resepi ubat gigi ini boleh diguna oleh Kleim?

**********

"Eonna, tolong carikan bahan-bahan ini boleh?" Kleim menghulurkan sekeping nota kepada Eonna.

Eonna melihat senarai bahan yang ditulis oleh Kleim dan mengangguk. "Kebanyakan bahan yang tertulis memang ada dalam Regia Dy Rosso ni tuan. Cuma untuk kelopak bunga Iris dan beberapa bahan lain ini saya perlu beli dari kawasan kejiranan berdekatan."

"Bagus! Oh ya, dalam Regia ni ada tak kulit telur dan tiram yang telah dikisar halus?"

"Tuan boleh ambil didalam kabinet makmal. Lagipun, dua bahan yang tuan minta tu telahpun dikisar siap oleh pembantu Lord Lionel. Untuk bahan yang lain saya boleh tolong carikan untuk tuan," kata Eonna.

Dia tidak pasti mengapa tuannya mahukan bahan-bahan murah seperti ini. Bukankah dengan kuasa kewangan yang ada pada keluarga Dy Rosso, Kleim boleh membeli bahan bahan yang lagi mahal serta berkualiti?

"Hohoho ini adalah eksperimen berskala kecil. Jangan risau takkan ada kesan sampingan," Kleim menjamin tindakan beliau tidak akan membahayakan kesihatan manusia.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now