Bab 1

84.5K 1.8K 86
                                    

“Mama! Mama nak kahwin dengan siapa pulak ma? Ma…tak payahlah kahwin lain ma.  Kita kan dah happy hidup macam ni? Apa yang tak cukupnya ma?” huhuhu…tolonglah!
Aku tak nak mama kahwin lain. 
Kenapa harus mama kahwin lain?
Sudahnya bakal ayah aku yang baru tu pun tak diperkenalkan.  Dengan siapalah mama aku ni nak kahwin?

Dengan orang Bangladesh? Oh no! No way! Kalau Bangladesh, aku lari dulu! Tak mengaku tu ayah aku.  Isy…tapi takkanlah mama ni taste teruk sangat kan? Mustahillah mama nak kahwin dengan Bangladesh.

“Tulah…hari tu mama suruh ikut mama jumpa dengan bakal suami mama, Erni tak nak.  Kononnya busy dengan assignment sangatlah kan? Walhal main game je dalam bilik tu,” perli Puan Radiatul sambil mengemaskan meja makan.  Bila orang nak kahwin, banyak pulak bunyinya.

“Mama ni…tak best lah kalau mama kahwin lain! Mesti mama akan kurang kasih sayang dekat Erni kan?” sudahnya aku dahlah anak tunggal je.  Abah meninggal ketika usia muda.  Sebab air plane crash.  Abah ada dalam kapal terbang tu.  Dahlah! Tak nak ingat cerita sedih tu.  Aku baru sahaja dilahirkan waktu tu.

Dah berapa lama mama tak kahwin? Sekarang aku dah umur 21 tahun.  Mama pulak dah 45 tahun.  Kalau tak silap akulah sekarang ni dah 24 tahun mama tak kahwin lain. Dan sekarang baru tergerak hati mama agaknya nak kahwin lain.  Hailah…kenapalah baru sekarang gerak hati nak kahwin?

“Mana ada.  Kasih sayang mama dekat Erni dan bakal keluarga mama sama je macam mana mama sayangkan Erni.  Mama takkan pilih kasih…” ada pulak anak aku cakap macam tu? Banyak sangat terpengaruh dengan cerita drama pukul tujuh malam.

“Yelah tu.  Bukan boleh sangat mama ni.  Kalau anak sana baik sikit, mulalah kasih sayang tu nak dilebihkan belah sana.  Tak best lah macam ni…” Erni memeluk tubuhnya.  Ah! Benci…benci! Tak suka.

“Mana ada Erni ni.  Dah! Jangan nak merepek macam drama pukul tujuh.  Mama nak naik solat Zohor kejap.  Erni dah solat ke belum?” Puan Radiatul meletakkan kain lap meja di dapur kembali selepas kerja mengelap meja selesai.

“Dah…lepas ni Erni nak ke uni.  Ada kelas.  Mama ok kan duduk sorang-sorang?” selama ni kau ok je Erni tinggal mama kau sorang-sorang.  Sekarang kau takut pulak? Takkan takut mama kau kena culik dengan bakal suami dia kot?

“Mama ok je Erni.  Selama ni Erni tinggal mama, ada ke Erni tanya mama ok ke tak?” sentap! Ok, aku sentap di situ.  Terasa betul.

“Alah mama ni, janganlah cakap macam tu.  Terasa Erni tau!” touching sikit.

“Dahlah, mama nak naik pergi solat kejap.  Erni kalau dah nak pergi uni, Erni pergi jelah.  Tak apa, mama ok.”

Sure mama ok?”

“Ya…” Puan Radiatul beredar ke biliknya.  Erni memandang langkah mamanya hingga hilang.  Hmmm…kelas aku dah nak mula ni.  Baik aku pergi sekarang daripada dengar sir mulut pedas tu berleter.

MOTORNYA diparkirkan di kawasan parkir motor.  Helmetnya dibuka lalu diletakkan di raga motornya.  Setakat sekarang ni, tak ada sapa lagilah yang curi helmet aku ni.  Rasanya selamatlah kot kan? Shawl nya diperbetulkan melalui pandangan cermin sisi motornya.  Ok dah siap!

Erni turun dari motornya bersama beg sandangnya.  Ada lagi kurang dalam 20 minit sebelum kelas mula.  Jalan lenggang dululah.  Malas nak masuk dewan kuliah awal-awal.  Aku konfem suasananya mengalahkan pasar malam! Agaknya cita-cita diorang ni memang nak jadi seller dekat pasar malam.

Kakinya berhenti di depan pintu dewan kuliah A.  Hmmm…aku haraplah suasana dalam ni tak kecoh sangat.  Kalau korang nak tahu, orang lelaki dalam dewan kuliah aku ni semuanya tak matang.  Menyesal pulak aku ambik bahagian media ni. 
Tapi, aku memang minat dalam bahagian media apa ni.  Jadi, tak perlulah nak rasa menyesal sangat.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now