Bab 19

30.1K 999 5
                                    

"Erni, kau ada apa-apa ke dengan sir Aiman?" soal Urina ketika mereka jalan keluar dari dewan kuliah.

"Ada apa-apa, apa? Kau jangan nak macam-macam eh?" ujar Erni memberi amaran. Janganlah sampai rahsia aku Urina tahu. Kalau Urina tahu, silap hari bulan aku mungkin akan di fail kan. Tak nak!

"Yelah, kau dengan sir pelik tahu tak? Sir suka cari pasal dengan kau dan kau pun selalu je bergaduh dengan dia. Aku dah lama perhatikan kau dengan sir. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"

Sudah! Urina dah mula syak dengan aku. Duh! Kalau dia tahu hal sebenarnya ni, mahu dia naik terkejut! Bukan dia je terkejut tapi aku akan terkejut sekali kalau tiba-tiba markah aku dipotong. Tak ke naya aku waktu tu?

"Kenapa kau tanya macam ni? Takkan kau jeles kot? Hello! Kau dah kahwin kan? Ikmal kau nak campak dekat mana?" sengaja dia cuba untuk mengubah topik tapi awal-awal lagi Urina dah dapat kesan.

"Kau tak payah nak pusinglah Erni. Kau jawab soalan aku dulu. Kau ada apa-apa ke dengan sir?"

Aku? Dengan sir ada apa-apa? Ada apa? Aku ni dengan sir cuma adik beradik tiri je Urina tapi aku tak boleh bagitahu kau!

"Tak ada apa-apa pun. Dahlah, aku nak balik dulu. Tu hah suami kau tengah tunggu kau. Dah rentung gamaknya," Erni melangkah ke arah motornya. Urina berdiri di sebelah Erni.

"Kau sure kau tak nak cerita aku apa-apa ke?" soal Urina sekali lagi.

"Tak ada apa...serius, serius!" dia cuba meyakinkan Urina.

"Ok, tapi kalau ada apa-apa, kau ceritalah dekat aku. Manalah tahu aku boleh tolong ke?"

Erni cuma mampu tersenyum. Masalah aku ni kau takkan mampu selesaikan sampai bila-bila!

"Yelah...kau pergilah balik. Kesian aku tengok Ikmal tu. Asyik jadi tiang elektrik je tunggu kau. Lama-lama, rentung! Pergilah..."

"Yelah, dia halau kita pulak. Bye!" Erni membalas lambaian Urina yang berjalan menuju ke arah Ikmal.
Haih...pasangan bahagia betul! Setiap kali jumpa je, mesti akan cium tangan. How sweet couple.

Erni menoleh bila bayang kereta Ikmal sudah hilang dari pandangan. Baru sahaja menoleh, jantung dia dah terenjat akibat terkejut. Mahu aku tak terkejut bila tiba-tiba je Aiman ada di belakang aku. Kus semangat!

"Dia tahu apa-apa tak pasal kita?" soal Aiman tegas.

Erni sekadar mencebik. "Manalah dia tahu. Saya ni bukannya gila lagi nak bagitahu dia siapa sir sebenarnya. Tapi, kejap! Macam mana sir boleh tahu yang dia tanya pasal sir?" ha...ini aku pelik. Macam mana dia boleh tahu sedangkan tadi aku hanya berjalan dengan Urina je?

"Telinga aku ni ada di mana-mana je. Telinga aku ni ada pencabang tau!" sudahnya Erni mencebik. Perasan gila! Dia ni kalau tak perasan dalam masa sehari, tak sah!

"Apa-apalah sir. Yang saya tahu saya nak balik..." Erni melangkah naik ke atas motornya. Kunci dimasukkan di tempatnya. Helmet segera dipakai.

Aiman duduk di belakang Erni. Mata Erni membulat dengan perangai selamba Aiman. Dia ni dah gila ke apa?!

"Sir! Apa yang sir buat ni? Tak takut ke orang tengok?!" beriya-iya suruh aku tutup mulut tapi gaya dia ni macam nak buatkan mulut orang terbuka mengata aku dengan dia.

"I don't care...aku pun nak tahulah jugak macam mana rock nya kau bawak motor ni..."

Kurang asam! Dia ingat aku ni mat rempit? "Turunlah sir. Saya malaslah nak gaduh dengan sir. Dahlah hari panas, sir nak saya berjemur berapa jam lagi ni?" peluh dah mula merenek di dahi. Sikit lagi meleleh.

"Hai...takkanlah abang tiri nak tumpang motor adik dia tak boleh?"

"Apa kena mengena pulak? Sir...sir ada kereta mahal, mewah. Siap ada penghawa dingin lagi. Apa lagi yang tak cukup? Motor yang bagi sir panas ni jugak yang sir pilih?" aku dah mula panas ni. Badan pun dah rasa tak selesa.

"Ok, ok. Aku lepaskan kau lepas ni tapi lepas ni aku nak kau bawak aku naik motor. Tapi, kau yang bawak. Boleh?"

"Tak jatuh saham ke sir?" sengaja dia memerli.

"Saham aku nak jatuh apanya kalau setakat naik motor dengan adik tiri macam kau ni?"

Ok...yang ni kejam!

"Yelah...esok saya bawak sir naik motor. Kesian betul tak pernah naik motor!" dia tergelak jahat. Gear dimasukkan.

"Bye-bye abang tiriku sayang!" terus dia memulas minyak lalu motornya laju pergi. Meninggalkan Aiman yang memerhatinya dengan pandangan geram.

Tak apa...kau kenakan aku eh? Esok-esok aku pulak yang kenakan kau! Aiman berjalan melangkah pergi.



SUASANA di ruang makan sunyi sepi. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka. Sopan je. Sopanlah sangat bila Erni lawan mata dengan Aiman begitu juga dengan Aiman. Masing-masing tak puas hati.
Ceritanya begini, tadi aku nak turun tangga dan secara tiba-tibanya si Aiman dingin ni himpit aku! Kurang ajar betul! Nasib baik aku tak tergolek jatuh. Aku pandang dia panas tapi dia buat bodoh je. Akhirnya, aku pijak kaki dia. Siap lenyek lagi. Hah! Puas hati aku. Tengok dia dah nak marah aku, aku apa lagi? Pecut lari turun ke bawah arr! Buat-buat tolong mama sediakan makan malam.

Aiman memandangnya dengan pandangan kecik besar chipsmore. Kau lenyek kaki aku Erni? Kau tahu tak kaki kau tu kalah kakak dinosaur? Sekali hinggap, rasa macam patah terus tulang kaki aku ni. Nasib baik tak bunyi krek lagi! Kalau bunyi, aku buat kau gagal terus! Kaki aku ni berdenyut-denyut lagi!

"Erni...Aiman...kenapa ni?" soal Encik Ahmad Farid bila perasan Erni dan Aiman saling berbalas pandangan.

"Tak ada apa-apa ayah...saja nak test mata dengan sir..." balasnya sambil tersengih. Daripada sir ni jawab, baik aku yang jawab dulu.

"Apa ni panggil abang Aiman tu sir? Cuba panggil abang?" tegur Puan Radiatul.

Ting tong! Nak panggil dia tu abang? Uwekks! Memang taklah aku nak panggil dia abang. Abang tiri yang kejam!

"Tak biasalah mama. Dah terbiasa kot panggil sir ni sir..." sapa entah nak jadikan dia tu abang! Dahlah sedingin salju plus berapi pulak mulut dia tu. Langsung tak ada ciri-ciri abang yang aku nak.

"Tak manislah dengar. Dekat rumah panggil sir, dekat luar pun panggil sir. Erni...Erni..." Puan Radiatul cuma mampu menggeleng.

Erni hanya buat-buat tak tahu. Malas aku nak ambik pusing. Kang benda yang sama jugak dicakapnya. Memang taklah aku nak panggil dia tu abang. Tak kuasa!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now