Bab 12

30.6K 1K 29
                                    

Sama sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam rumah, Aiman turut sama hendak melangkah masuk.  Tersepitlah mereka berdua di pintu rumah.  Erni dan Aiman memandang antara satu sama lain.  Tak nak mengalah.  Bila Aiman hendak melangkah masuk, Erni turut sama-sama.  Hah! Mainlah permainan sapa masuk dulu menang tu.  Sampai ke maghrib pun tak habis!

Eiii! Sir ni ketepilah! Orang nak masuk, dia pun sibuk je nak masuk!” marah Erni bila Aiman masih tak mahu mengalah untuk berganjak.  Huh! Dengan perempuan pun berkira!

“Eh?! Sekarang ni, ni rumah aku! Kau tu orang luar, kaulah yang patut ketepi!” Aiman masih lagi menyempit untuk masuk ke dalam rumah.

Sir! Saya ni perempuan tau and lady should come first! Lady first…” Erni mengasak untuk masuk tapi tak berjaya jugak.

I don’t care if you’re lady or not! All I know is let me come in first!” eii!!!
Egonya dia ni! Gerutu Erni dalam hati.

No way!”

Yes way!”

No way!!!”

Yes way! Let me in first!” ujar Aiman tegas dan berebut untuk masuk ke dalam rumah dengan Erni.  Erni tak mengalah malah ditolak lagi badan sado Aiman ke tepi.  Penyet pun tak apalah!

“Woi! Sakitlah!” marah Aiman bila Erni asyik menolaknya.

“Ya Allah budak berdua ni!” Encik Ahmad Farid menegur keletah mereka berdua.  Dari tadi dia memerhati gelagat Erni dan Aiman. 
Tak nak mengalah langsung!

Bila Aiman teralit sedikit, Erni terus menolak badan Aiman lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Woi!”

Erni cuma tersenyum senang.  Suka gamaknya Aiman tewas dengan dia.  Lidah dijelirkan tanda kalah.  Aiman memandangnya tak puas hati.  Tak apa Erni.  Today is your day.  Soon, it’ll be mine! Kau tengok jelah Erni.

Erni terus melangkah naik tangga.  Terbit satu idea di benak fikiran Aiman.  “Aiman naik dulu ayah?” pintanya lalu mengejar langkah Erni.

Sedar akan kehadiran Aiman yang sedang mengejarnya dari belakang, Erni terus memecut kakinya naik tangga.  Namun, belum sempat dia masuk ke dalam bilik, terlebih dahulu tangan Aiman menarik kuat tudungnya dari belakang
membuatkan dia hampir tersungkur ke belakang.

Argh!!!” terjerit dia dibuatnya.  Nasib baik tudung aku ni tak tercabut! Kalau tak…

Aiman ketawa jahat bila melihat tudung Erni yang sudah pun senget-benget ditariknya.  “Kau jangan cari pasal dengan ‘abang’ kau!” sengaja perkataan abang ditekan.

“Eleh! Abang yang gila!” terus Erni mencicit lalu ke dalam bilik bila sedar Aiman ingin melangkah keluar dari bilik untuk mengerjakannya lagi.  Oh! Aku tidak sanggup lagi!

Jarum peniti di tudung semuanya terkeluar.  Ini semua angkara si abang wayar fius terputus lah ni!

Perlahan-lahan tubuhnya dibawa ke katil.  Bantal diambil lalu dipeluk.  Matanya ligat memandang kipas yang sedang berpusing di siling.  Huh…sampai bilalah aku nak kena hidup dengan si abang yang gila plus senget tak berbayar macam dia ni? Sampai bila aku nak kena buli dengan dia ni?
Aku rasa dah nak dekat sebulan aku jadi adik tiri dia tapi nothing change and nothing improvement dalam relationship as a family

Badannya diiring ke sebelah kanan.  Kemudian ke kiri.  Macam manalah aku nak hidup aman kalau beginilah cara dia melayan aku sebagai adik tiri dia? Kasar dan dingin mengalahkan beku ais di Iceland.  Kalah beruang kutub berbulu ego dia.  Kalau nak marah aku dalam kelas, langsung tak cover.  Sengaja dia nak bagi aku malu.  Seronoklah tu!  Erni…boleh ke hati kau ni tahan dengan kata-kata kesat dia tu? Sanggup ke kau nak hadap mulut pedas dia tu hari-hari?

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now