Bab 22

31.5K 1.1K 13
                                    

Usai solat Isyak, Aiman membaringkan badannya di atas katil. Matanya hanya terarah pada siling biliknya. Fikirannya ligat berputar seperti mana kipas berputar di siling. Dia kembali teringat tentang kata-kata arwah mamanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Erni...jangan risau ya? Ayah dan abang Aiman akan jaga Erni...kalau mama dah tak ada nanti, jaga diri, jaga solat dan jaga maruah diri. Satu lagi, mama nak kalau boleh satu hari nanti Erni kahwin dengan abang Aiman ya? Aiman...mama harap sangat yang Aiman boleh jaga Erni bila mama dah tak ada nanti..."

Hmmm...boleh ke aku jadi suami yang baik kepada Erni? Mampukah aku menjaga dia dengan lebih baik suatu hari nanti? Dia mengeluh seketika memikirkannya. Apa yang harus aku buat? Perlu ke aku tunaikan permintaan mama yang mahukan Erni berkahwin dengan aku.

Tapi, sekalipun aku setuju untuk berkahwin dengan Erni, mahu ke Erni berkahwin dan menjadikan aku ni sebagai suami dia? Aku rasa tak sebab selama ni aku hanya pandai membuli saja. Mana mungkinlah dia nak aku ni jadi suami dia yang akan mendampingi hidup dia untuk seumur hidup.

Badannya diiring ke sebelah kanan. Masih terfikirkan hal yang sama. Tapi, ini permintaan arwah mama sendiri. Perlu ke aku tunaikannya? Berdosa ke kalau aku tak tunaikan? Dari beriring, dia menelentangkan badannya pula. Buntu dengan perkara yang asyik bermain di fikirannya.

Ting! Telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk di telefonnya. Aiman bangun dari pembaringannya lalu menacapi telefonnya. Mesej dari Riana.

Riana: Hai Aiman...Aiman, I'm so sorry sebab tak dapat datang majlis tahlil family you malam ni. Seriously I banyak kerja yang I nak kena siapkan. I harap you tak marahkan I?

Pantas jarinya bermain-main di keyboard telefon membalas mesej dari Riana.

Me: Tak apa...I faham. Lagipun, majlis dah selesai dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. I tak marahkan you pun. Jangan susah hati ok?

Riana: Thanks sebab faham I Aiman. Memandangkan I tak datang malam ni, why not tomorrow kita breakfast sama-sama?

Me: Sorry Riana. I nak stay dekat rumah je. Nak temankan adik I. I yakin yang dia tengah bersedih teruk sekarang ni. Yelah, dia kan dah jadi anak yatim piatu. I hope you tak marah?

Riana: No...I tak marah. It's okay. I faham. Yelah, dia kan adik tiri you. I rasa time macam nilah you should teman dia dan pujuk dia. Tak apa, kalau you nak I tolong apa-apa, give me a call ya?

Me: Thanks Riana...sorry sebab I tak dapat temankan you breakfast esok.

Riana: No, it's okay. I faham. Lagipun, I bukannya kejam sangat nak paksa you breakfast dengan I disaat-saat keluarga you dalam keadaan macam ni.

Me: Once again thanks...

Riana: Welcome...

Telefonnya diletakkan ke tepi. Ingatannya terarah kepada Erni. Apalah yang dia buat sekarang ni? Nak pergi tengok ke tak? Tengok jelah. Aiman bangun lalu menuju ke bilik Erni.

Sampai di hadapan bilik Erni, dia menghembuskan nafas kecilnya. Tangannya naik mengetuk pintu bilik Erni. Tiada sahutan. Sekali lagi tangannya mengetuk pintu bilik Erni. Tiada sahutan juga. Apa yang dia buat dalam bilik tu? Rasa risau bertandang dalam hatinya.

"Erni...Erni...kau ok ke?" panggilnya.
Namun, panggilannya tidak bersahut. Apa yang dia buat tu?

Pintu bilik dipulas dan pintu terbuka. Tak kunci pulak pintu ni. Dia melangkah masuk. Suasana bilik Erni muram. Hanya lampu tidur sahaja yang dipasangkan. Mana dia ni? Matanya melilau mencari kelibat Erni. Sampai di tepi katil, dia ternampak Erni yang terbaring di atas tikar sejadah.

"Erni! Erni!" pantas dia mendapatkan tubuh Erni. Dia memangku tubuh Erni yang masih lengkap dengan telekung di badannya.

"Erni! Bangun! Kau kenapa ni?" badan pun lemah je. Dia pengsan ke?
Erni membuka matanya kecil namun kabur. Dia memandang wajah Aiman yang masih memandangnya. Nak cakap pun tak larat rasanya.

"Sir..."

"Yes Erni? Kau nak apa? Kau cakap je."

"S...saya tak larat..." adunya seperti budak kecil.

Aiman mengeluh kecil memandangkan Erni mengadu seperti budak kecil saja. Walaupun badan Erni masih dibaluti dengan telekung, namun dia dapat rasa yang badan Erni panas.

"Kau demam ni Erni. Kau bangun tidur atas katil eh?"

"Tak larat..." dua patah perkataan yang membuatkan Aiman kembali mengeluh.

Nak tak nak, aku kena jugaklah angkat dia ni. Dengan tenaganya yang masih bersisa, dia mengangkat tubuh Erni lalu diletakkan di atas katil. Dia mengemaskan kedudukan Erni. Selimut ditarik menutupi badan Erni. Telekung dia nak kena bukak ke? Ah! Tak payahlah! Tak pasal-pasal aku kena cop ambik kesempatan pulak.

"Aiman? Aiman buat apa dalam bilik Erni ni?" suara Encik Ahmad Farid mengejutkan Aiman. Dia memandang ayahnya yang sedang berdiri di muka pintu bilik Erni.

"Ayah...tak ada apa-apa pun. Ayah jangan fikir yang bukan-bukan. Sebenarnya Aiman cari Erni tadi. Nak tanya dia makan ke belum. Tapi, bila Aiman masuk tadi, dia terbaring lemah. Jadi, Aiman angkatlah dia naik atas katil."

Encik Ahmad Farid tersenyum mendengar penjelasan dari Aiman. Macam pesalah pulak.

"Tak apa...ayah faham niat sebenar Aiman."

"Ayah...Aiman rasa Aiman tak masuk kelas kot esok? Macam tu jugak dengan Erni. Dengan keadaan dia demam macam ni, Aiman rasa baik dia tak payah masuk kelas..."

"Yelah, ayah ikut je. Lagipun, Erni mesti rindukan arwah mama dia. Macam nilah, Aiman pergi cari kain lepas tu basahkan. Kain basah tu letakkan dekat dahi Erni."

"Kain basah?"

"Hmmm...bolehlah kurang sikit panas dia tu."

Aiman hanya akur. Dia menuju ke biliknya. Pintu almari dibuka lalu sehelai kain tuala kecil diambil. Dia menuju ke bilik air lalu paip dibuka. Tuala kecil dibasahkan lalu diperah. Dia kembali ke bilik Erni. Tuala basah diletakkan di dahi Erni. Erni merengek kecil. Mungkin kerana sejuk.

Aiman mengambil tempat di sebelah Erni. Dia memandang wajah polos Erni yang sedang nyenyak tidur. Tanpa dia sedar, tangannya mengusap kepala Erni. Kesian melihat muka pucat Erni. Ya, mungkin betul cakap ayah yang Erni memang rindukan mamanya. Anak mana yang tak rindukan ibu bapa dia? Walau sekecil kuman pun, perasaan tu masih tetap ada.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now