Bab 43

34.9K 1.1K 37
                                    

Aiman memandang Erni tanpa berkedip.  Erni nampak sungguh cantik dengan hanya solekan nipis yang dikenakan pada wajahnya.  Nampak lebih anggun dengan gaun pengantinnya.  Jangan tengok dia lama sangat Aiman! Dia belum halal lagi untuk kau.  Sabar…

Erni merenung kosong ke arah mereka.  Sesekali dia tersenyum bila ada fotografer dan adik-beradik Aiman mengambil gambarnya.  Takkan aku nak tunjuk muka gabra aku je kot? Dari jauh juga dia nampak Ruzana, Sarah dan Elina sedang mengutuk dia dari jauh.  Eleh!
Takutlah tu! Nak kutuk depan-depan arr.  Belakang-belakang mana best! Tak kick.

Seketika kemudian, tok kadi menanyakan dia soalan sama ada adakah benar Aiman adalah pengantin lelaki aku.  Lambat-lambat aku menjawab ya.  Sempat lagi tok kadi buat lawak takut silap pasangan menangis tak berhenti.  Aku cuma tersenyum.  Dalam hati yang gabra ni, apa pun dah tak ingat.  Aku ditemani Urina yang sedang duduk di sebelah aku.

Apabila semuanya dah mengangguk tanda ok, upacara akad nikah dimulakan.  Aiman dan tok kadi berjabat tangan.

“Bismillah...” dia berjeda seketika. 
“Aiman Rayyan b. Ahmad Farid…”

“Ya saya…”

“Aku nikah akan dikau dengan Erni Ardiana bt. Muhd Dani dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai…”

Semua menanti dengan penuh debaran apabila giliran Aiman pula untuk melafaz.

“Aku terima nikah Erni Ardiana bt. Muhd Dani dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai…”

“Macam mana? Sah?” semuanya mengangguk tanda sah.

“Alhamdulillah…”

Tanpa dipinta, air mata Erni turun dengan lebat.  Aku dah jadi hak milik sir Aiman sepenuhnya.  Sekarang, aku dah pun jadi isteri kepada sir Aiman hanya dengan sekali lafaz sahaja. 
Urina di sebelah menggosok perlahan lengan Erni.  Cuba meredakan perasaan sebak Erni.

Selesai doa diaminkan, Aiman datang menghampiri Erni dengan kotak baldu berisi cincin Erni.  Urina bangun lalu berdiri di sebelah Erni.  Cincin dibawa keluar dari kotak baldu.  Urina memberi isyarat kepada Erni supaya menghulurkan
tangannya.  Perlahan-lahan Erni menghulurkan tangannya kepada Aiman. 

Aiman menyarungkan cincin dengan berhati-hati ke jari manis Erni.  Erni tunduk mencium tangan Aiman.  Detik itu dirakam oleh Hakim, kawan Aiman yang merupakan seorang jurugambar juga dan dibantu oleh beberapa fotografer yang lain.

Erni mengambil cincin yang dihulurkan kepadanya.  Aku nak kena sarung dekat Aiman lah ni? Lepas tu? Nak sarung dekat jari kau lagi? Aiman menyuakan tangannya kepada Erni. 
Terketar-ketar Erni ingin menyarungkan cincin ke jari Aiman. 
Sarung jelah Erni! Dah kenapa pulak kau nak terketar-ketar macam ni?!
Akhirnya, cincin disarung penuh ke jari Aiman.  Dan tanpa Erni sangka,
Aiman mencium dahinya selepas dia menyarungkan cincin ke jari Aiman.  Lama pulak tu.  Ah! Sir nak ambik kesempatan ke apa ni?!

Malulah aku kena cium macam ni depan orang ramai! Huhuhu! Mahu tebal muka aku dibuatnya.  Dahlah banyak yang ambik gambar aku kena cium dengan Aiman.  Lahai…

Selepas ciuman dilepaskan, Aiman memandang Erni dengan pandangan tajam.  Erni menundukkan mukanya.  Kenapa pulak nak usyar aku macam tu?! Seram aih! Tak nak tengok dia! Takut…

“Kenapa tak pandang muka aku?” soal Aiman perlahan.

“Kenapa sir pandang saya macam nak telan je?” berani betul tanya macam tu.

“Kau cantik dan menggoda.  You look sexier with this gown.  I swear…I can’t keep my eyes from looking you…”

Bodoh aihh!! Aku naik meremang bulu roma ni.  Kenapalah dia cakap macam tu? Huhuhu!!! Aku tak kira! Malam ni aku tidur bilik aku jugak! Tak rela rasanya nak sebilik dengan sir gatal ni! Daripada pedas tukar jadi gatal!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now