Bab 3

37.3K 1.2K 28
                                    

Sir!”

“Erni?!” dua-dua mereka berkata serentak.  Terkejut bukan kepalang bila tahu masing-masing akan menjadi adik beradik tiri.

“Eh? Erni dengan Aiman kenal ke?”
soal Encik Ahmad Farid bila melihat jelas riak terkejut di muka Erni dan Aiman.  Macam dah kenal sangat.

“Memang pun ayah.  Dia ni student yang paling…”

“Hah! Nak cakap saya buruk-buruk pulak depan ayah sir? Amboi sir ni! Sir ni yang garang tahap gong badak tak ingat pulak?! Pak cik nak tahu tak? Anak pak cik ni annoying!” ujarnya sambil mencekakkan pinggangnya.

“Erni…apa pulak cakap macam tu?” tegur Puan Radiatul bila senang hati anaknya mengutuk anak bakal suaminya.

“Betullah mama! Sir nilah yang Erni selalu cerita! Harap je muka hensem tapi hampeh!”

“Erni! Maaflah ye? Anak saya ni memang mulut melepas sikit…” Puan Radiatul tersenyum sumbing.  Malu dia pada bakal suaminya.  Ada anak pun tak tahu jaga mulut.

“Biasalah orang muda ni kan? Nak bergaduh je kerjanya,” Encik Ahmad Farid cuma tersenyum memandang gelagat Erni.

Erni melabuhkan punggungnya di atas kerusi.  Tak lama kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka sampai.  Fish n chips untuk Erni.  Memang itu makanan kegemaran Erni kalau western

Aiman memandang wajah Erni yang masam mencuka.  Eleh! Perasaan aku ni lebih banyak cuka daripada muka kau yang masam mengalah cuka.  Eiii!!! Kenapalah aku akan dapat adik tiri macam kau ni hah?! Menyakitkan hati betul! Dahlah pemalas nak buat assignment! Orang bagi kerja, tak pernah nak siap!

Hak laah sir ni.  Nak usyar-usyar aku pulak.  Tak puas hati ke? Tak puas hati sini marilah! Fight sampai bagi puas hati! Ingat aku pun hengen ke nak jadi adik tiri kau hah sir pedas?!
Langsung tak teringin! Kalau aku tahu bakal abang tiri aku ialah kau, tak mungkin aku setuju mama nak kahwin lain! Ah! Tak ada orang lain ke?!

“Erni…makan…” ujar Puan Radiatul lembut.  Bukan dia tak tahu anaknya merenung Aiman sampai nak terjojol biji mata.  Hai…macam manalah kalau aku kahwin nanti? Agaknya diorang ni bertengkar macam ni tak eh?

Erni memotong isi ikan tersebut lalu dicecah bersama mayonis yang disediakan.  Heiii…macam manalah kalau aku serumah dengan dia nanti? Mesti aku bertengkar besar dengan dia! Tolonglah katakan ini hanya mimpi.  Balik rumah nanti, aku nak tidur.  Dan bila bangun, aku nak apa yang berlaku semua ni cuma mimpi!
Kau tengoklah Erni! Bila kau dah jadi adik tiri aku nanti, tahulah apa yang aku nak buat supaya kau ni rajin buat assignment! Dasar pemalas! Aku akan pastikan semua kerja yang aku bagi siap! Tak ada satu huruf pun yang kau tak siap.




“AYAH…are you serious she gonna be my step-sister?!” soalnya pada Encik Ahmad Farid.  Dah 5 kali rasanya aku asyik ulang pertanyaan yang sama.  Tak ada soalan lain yang aku nak tujukan melainkan soalan yang sama sekarang ni.

“Berapa kali ayah nak ulang Aiman? Memang dia akan jadi adik tiri Aiman.  Get it?” dah naik bengkak telinga aku ni dengar soalan yang
sama.

“Ayah…tak ada calon lain ke? Please ayah? Tukarlah…”

“Amboi! Ingat tukar pasangan ni macam tukar baju ke? Nak tukar macam tu je? Hesy…apalah kamu ni,” Encik Ahmad Farid menggelengkan kepalanya.  Senang betul dia cakap.

“Tapi, ayah…”

No buts okay? Ayah dah buat pilihan ayah dan ayah akan berkahwin dengan pilihan ayah.  Bila ayah dah kahwin dengan Mak Cik Radiatul…ayah harap Aiman boleh terima anak dia.  Tak nak bergaduh macam tadi.”

“Ayah! Macam mana tak bergaduh? Ayah tahu tak dia tu dahlah pemalas gila dalam kelas.  Orang tengah mengajar pun dia boleh buat bodoh je? Macam mana Aiman tak angin dengan dia tu?!” stres pulak bila aku terfikirkan si budak Erni ni. Geram nak mampus kot.

“Dia tu boleh dipupuk Aiman.  Sikit-sikitlah…lagipun tadi dia cakap Aiman ni garang.  Janganlah garang sangat…”

“Dah! Ayah ni nak bela dia pulak kan? Sekarang ni Aiman nak naik atas nak rehat.  Stres kalau asyik cakap pasal dia pulak!” Aiman berlalu menuju ke biliknya di tingkat atas.

Pintu bilik ditutup lalu dia merebahkan badannya di atas katil.  Budak senget tu nak jadi adik tiri aku?! Ah! Gila-gila! Budak otak mereng tu nak jadi adik tiri aku and that’s mean yang dia akan tinggal di rumah ni.  Budak ni kena sekeh sikit bagi cerdik dan rajin!

Tapi, ada bagus jugak kalau dia jadi adik tiri aku! Hahahaha…aku dah ada akal nak kenakan dia nanti.  Biar padan muka dia.  Baru dia tahu sir pedas dia ni kejam orangnya.  Kau nak tengok macam mana aku? Hahaha…we will see it soon dear.




“MAMA!” dia cuba merayu lagi.  Tak pasal-pasal nanti hidup aku dah tak aman disebabkan sir pedas tu! Eiii! Dahlah orangnya annoying! Bencinya!

“Benda dah tak boleh dibatalkan Erni.  Mama dan Pak Cik Farid dah booking semuanya.  Takkanlah  nak batalkan macam tu je?”

“Alah!! Mama!! Ma…mama nak ke tengok anak mama ni terseksa duduk dengan orang serupa cili tu?” kalau aku, mahu senak punggung dibuatnya.  Tak senang duduk.

“Alah, awal-awal ni memanglah macam ni.  Nanti lama-lama dah oklah.  Cubalah kenal satu sama lain dulu?”

Erk?! Aku? Dengan sir pedas tu nak berkenalan antara satu sama lain? Oh no! Memang taklah! Nonono…tak akan sampai bila-bila! Kalau bercakap dengan dia, ada saja dia nak buat kita sakit hati dengan dia! Geram betul.

“Nak berkenalan dengan dia tu? Hmmm…hampeh terus! Silap-silap baru bercakap je, dah bertekak! Bencilah dia tu!” Erni memeluk tubuhnya.  Nak suruh berkenalan apa kalau cakap dalam dewan kuliah pun, dia kira nak cari gaduh dengan aku je!

“Erni…tak ada benda yang sampai bila-bila kita akan bertekak terus dengan orang tu.  Jadi, sabar jelah.  Dah alang-alang dia sir Erni kan? Ambik peluang dekat universiti tu untuk berkenalan dengan dia secara dekat,” cadang Puan Radiatul.

Erhhh!!! Satu cadangan yang paling buruk aku rasa! Ambik peluang nak kenal dengan dia? Memang taklah aku nak buat macam tu! Tak pasal-pasal orang ingat aku nak ngorat sir  pulak!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now