Bab 30

33.7K 1K 12
                                    

Banyak kali pintu diketuk.  Bukan setakat pintu sahaja diketuk tapi loceng pun turut ditekan sekali.  Haih! Ke manalah diorang ni?! Aku tekan loceng tak bukak pintu, tangan ni sampai nak luput ketuk pintu pun tak terbuka jugak.  Aiman mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Erni.  Tak berjawab jugak! Takkanlah Mak Eton pun tak ada dekat rumah?

Aku pulak lupa nak bawak kunci spareHaish…apalah nasib aku hari ni? Balik awal tapi last-last tercegat depan pintu rumah jugak.  Macam orang tak ada rumah.  Jam di tangannya ditilik.  Dah 20 minit aku tunggu.  Lama jugaklah.

Aiman menoleh ke arah gate rumah bila terdengar deruman enjin motor Erni masuk ke dalam rumah.  Dia cuma memandang tajam ke arah Erni dan Mak Eton.  Oh…keluar rupanya! Haish! Ni yang nak buat darah aku menyirap naik je ni.

Erni dan Mak Eton melangkah ke arah Aiman bersama barang-barang basah dan barang keperluan yang dibeli mereka tadi.  Dua-duanya terkelu bila faham isyarat mata Aiman.  Sudah!
Ini mesti nak kena bebel punyalah!
Tapi, kenapa dia balik awal sangat hari ni? Baru pukul 12 lebih kot? Bukan ke selalunya dia akan balik lepas Asar ke?

“Ke mana tadi?!” soal Aiman.  Lebih tumpu kepada Erni.  Tak padan dengan demam, dah merempit!

“Saya pergi teman Mak Eton.  Beli barang dapur.  Dah habis…” balas Erni.  Kecut jugaklah.

“Tak reti-reti nak call dulu ke sebelum keluar?!  How many times I have to tell you?! Jangan keluar rumah! Kesihatan pun tak baik lagi tapi dah merempit keluar?!”

Hesy! Ni kes hati rentung ke apa ni? Suka hati siakap dia je nak marah aku? Salah ke kalau aku bawak Mak Eton keluar pergi Tesco? Tak salah
kan?

Sir ni dah kenapa? Salah sangat ke saya nak bawak Mak Eton pergi beli barang dapur?”

“Tak salah tapi at least bagi tahu aku dulu!”

Sir ni suka sangat kan nak marah orang tak tentu pasal? Ok, first at all is dah kenapa sir balik awal hari ni? Selalunya bukan lepas Asar ke sir akan muncul dekat rumah? Yang kedua pulak, takkanlah saya nak biarkan Mak Eton naik basikal dia pergi beli barang dapur? Banyak kot?! Kalau ada saya, at least beban Mak Eton tak adalah berat sangat nak kena usung sana sini barang dapur tu.  Kalau saya call sir sekalipun, sir nak ke bawak saya dan Mak Eton pergi ke Tesco? Tak fikir yang sir nak bawak…”

Isy…dahlah kamu berdua ni.  Pening kepala Mak Eton dibuatnya dengan kamu berdua ni.  Hmmm..benda kecik pun kamu berdua nak bergaduh ke? Aiman…Mak Eton mintak maaf sangat sebab bawak Erni keluar tak bagitahu Aiman…”

“Eh? Kenapa pulak Mak Eton nak mintak maaf? Bukannya salah Mak Eton tapi salah Erni.  Jomlah kita masuk!” Erni melangkah ke arah pintu lalu kunci pintu dibuka.  Erni meluru masuk ke dalam rumah dan barang-barang basah seperti ikan, ayam dan seafood diletakkan di dalam sinki.  Selepas itu, dia terus naik meluru ke biliknya.

Hal yang kecik pun dia nak marah lebih-lebih! Benci betullah aku! Punggungnya dihempaskan ke atas katil.  Serius aku meluat gila! Hal kecik diperbesarkan! Tak logik betul!
Takkanlah aku nak biarkan Mak Eton naik basikal beli barang dapur? Gila!
Buatnya jadi apa-apa dekat tengah jalan macam mana? Lainlah kalau ada driver nak bawak Mak Eton pergi beli barang dapur.  Tak apalah jugak.

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk.  Matanya terarah kepada pintu.  Ini tak Mak Eton, mesti sir Aiman! Ah! Malaslah nak layan dia.  Benci.

Krekk…pintu biliknya dibuka.  Erni cuma buat bodoh dengan kehadiran Aiman.  Kalau ikutkan hati aku, nak je aku halau dia keluar dari bilik aku tapi aku sedar aku hanya
menumpang dalam rumah ni.  Aku tak ada hak nak halau dia keluar dari bilik aku ni.

“Erni, kau masih marahkan aku lagi ke?” ujar Aiman perlahan.  Rasa bersalahlah tu! Malas aku nak layan.

Aiman duduk di birai katil Erni.  Dia menghembuskan nafas kecilnya. 
“Kalau kau marahkan aku, aku mintak maaf.  Aku tak ada niat pun nak marah kau tadi…”

Krik krik…ah! Malaslah aku nak layan perangai pedas sedingin salju dia ni.

“Cuba kau tengok cermin tu? Kau tilik cermin tu lama-lama.  Konfem dia akan kata muka kau buruk!”

Mata Erni membulat bila senang-senang sahaja Aiman mengecop dia buruk? Amboi! Kurang ajar betullah dia ni.

“Mana ada saya buruk!”

“Ya? Ok, apa kata kau tilik depan cermin tu lepas cakap aku cantik.  Tapi, yang sebenarnya tak baik menipu kalau kenyataannya adalah di sebaliknya…” Aiman ketawa.

Buk!!! Sebiji bantal hinggap di badan Aiman.  Jahat betullah dia ni! Asyik kenakan aku je! Mana aci.

“Eleh…nak masam pulak muka dia tu.  Kau tahu tak, kalau dibandingkan muka kau dengan muka beruk yang makan limau, muka kau lagi teruk dari muka beruk tu.”

Hah! Ini satu lagi kenyataan paling berdesing telinga aku.  “Sir tu gila tahap babun hutan tak ingat pulak?”

“Setahu aku babun taklah gila kalau orang tak kacau dia dan babun tu memang tinggal dekat hutan.  Mana ada babun duduk dalam rumah?”
loyar buruk paling keji! Meluat!

Sir ni, berhentilah buat loyar buruk!”

“Mana ada loyar buruk? Lagipun, kalau orang yang loya…memang muka dia buruklah sebab tahan loya kan?” eiii!!! Rasa macam nak bagi penampar muka satu Malaysia dekat dia ni.  Lain aku maksudkan, lain yang dia cakapkan! Memang nak kena makan kasut saiz 5!

“Saya tak ada mood lah nak layan sir…!”

“Ok, ok.  Aku tak buat dah.  Aku bukan apa.  Aku cuma nak kau happy je.  Aku tak naklah kau masam-masam macam ni?”

“Dah kenapa pulak sir nak kisah pasal saya? Saya tak suruh pun sir kisahkan pasal saya…”

“Apa pun kau adik aku.  Tak lama lagi kita akan kahwin kan?”

Kahwin? Hmmm…aku langsung tak terfikir.  Tak pernah terfikir yang aku nak kahwin dengan dia.

“Dahlah sir.  Saya nak tidur.  Sir keluarlah…!”

Aiman terpaksa mengalah.  Dia keluar dari bilik Erni lalu pintu bilik Erni ditutup rapat.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now