Bab 9

29.7K 1K 38
                                    

Siap memastikan dirinya sudah kemas dalam pakaiannya, Erni keluar dari biliknya bersama beg sandangnya.  Sebelum sampai di tangga terakhir, dia membaca bismillah.  Harap makhluk pedas tu dah pergilah! Amin Ya Rabbal Alamin!

Dia membuka langkah lalu menuju ke ruang makan.  Kelibat Aiman tiada di situ.  Dia tak turun lagi ke dia dah pergi? Mintak-mintaklah dia dah pergi! Aman sikit hidup aku.

“Selamat pagi mama…ayah…” dia mengukirkan senyuman manis. 
Punggungnya dilabuhkan di kerusi lalu mencapai sandwich.  Digigit dan dikunyah perlahan. 

“Ma, ayah…sir dah keluar ke?” tanyanya perlahan.

“Belum lagi.  Mungkin dia masih dekat atas…” balas Encik Ahmad Farid sebelum dia menyambung kembali percakapannya, “hmmm…panjang umur dia.”

Erni mengeluh kecil.  Rasa macam nak hempuk muka aku dengan pinggan sandwich ni! Aku usahalah tak nak jumpa dengan dia.  Aku harap sangat yang dia tak cari pasal dengan aku pagi-pagi ni.

“Hah Aiman? Mari makan dulu?” pelawa Encik Ahmad Farid.

Aiman menggeleng perlahan.  “Tak apalah.  Aiman nak kena pergi awal hari ni.  Erni…see you around…” dia mengukirkan senyuman manis.

Erk! Kenapa pulak dia nak kena senyum macam tu? Selalunya dia senyum plastik je dekat aku.  Ni manis bak gula pulak? Hmmm…apa-apa jelah.  Dia menyuap suapan terakhir ke dalam mulutnya.  Dia menghirup air teh sehingga habis lalu bangun dari kerusi.

“Mama…ayah…Erni pergi dulu?” dia
menyalami kedua-dua orang tuanya. 

“Hati-hati bawak motor…” pesan Puan Radiatul.  Erni cuma mengangguk.  Dia pantas keluar dari rumah lalu menyarung sneakers miliknya. 

Almari dibuka dan dia mencari helmet miliknya.  Aikk??? Ke mana pulak helmet aku pergi? Bukan ke aku letak dalam almari ni kelmarin?
Aduhai…aku letak mana pulak dah ni? Takkanlah helmet ni boleh jalan pulak kot? Dia memusingkan badan lalu dia mencari helmetnya.  Kotlah aku salah letak ke? Tapi, memang aku letak dalam ni kelmarin!

Puas dia mencari helmetnya, dia membuang sneakers lalu masuk ke dalam rumah.  Dia berlari pantas ke biliknya lalu masuk ke dalam bilik.  Dia memandang sekeliling biliknya.  Tak ada pulak helmet aku! Almari baju dibuka dan dia memerhati benda-benda dalam almari bajunya. 
Tak ada! Isy! Aku naik mati kutu dah ni fikir dekat mana helmet aku!

Dia keluar dari bilik dengan menutup pintu bilik.  Kakinya melangkah turun keluar dari rumah.  Sneakers disarungkan kembali.  Takkanlah aku nak pergi naik motor tanpa pakai helmet kot? Tak pasal dapat surat cinta layang dari abang polis! Erni! Fikir! Fikir! Dekat mana kau letak sebenarnya!

“Kenapa ni Erni?” Puan Radiatul berdiri di hadapan anaknya.  Dia nampak kelibat anaknya yang kalut semacam.  Macam kehilangan sesuatu.

“Erni cari apa?” tengok Erni garu macam kera, membuatkan dia bertambah pelik.  Apa yang dia cari sebenarnya?

“Helmet Erni ma! Aduh…mama nampak tak dekat mana?”

“Helmet Erni? Manalah mama tahu.  Erni letak mana?” sudah! Anak aku ni tak pernah cuai dengan barang dia.  Macam mana pulak dia boleh cuai kali ni?

“Setahu Erni, Erni letak dalam almari ni! Tak ada pulak! Ke manalah helmet ni?” dahlah kelas aku dah nak mula! Kang tak pasal kena bebel dengan sir pedas.

Baru sahaja terdetik nama sir pedas, satu mesej masuk.  Isy! Time aku serabut nilah yang orang nak mesej pun! Erni mengeluarkan telefonnya lalu memandang nama pengirim.  Sir pedas? Apa yang dia nak? Dia nak bebel dekat akulah tu sebab tak sampai universiti lagi.  Tak boleh sabar ke?! Helmet aku hilang ni!
Mesej dari sir pedas dibuka dan dibaca.  Matanya terbeliak membacanya.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now