Bab 55

57K 1.5K 131
                                    

Sembilan bulan kemudian…

Rasa bosan menjalar dalam dirinya.  Takkanlah sepanjang hari aku nak duduk dalam bilik je kot? Dengan susah payah Erni bangun dari pembaringannya lalu perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik.  Dia turun ke bawah dengan berhati-hati.

Sampai di ruang tamu, matanya disapa dengan Aiman yang sedang vakum karpet.  Lahai…kesian pulak tengok dia kena buat kerja macam tu.  Macamlah aku tak boleh buat.  Tapi, nak buat macam mana kan? Aku tak dibenarkan buat kerja rumah langsung.  Punyalah caring dengan aku.

“Abang…” panggilnya lembut lalu duduk di sofa.  Penat pulak berdiri lama-lama.

“Eh sayang?” vakum ditutup.  “Buat apa dekat sini? Kan abang suruh sayang rehat? Macam mana sayang turun ni?”

“Guna tanggalah…”

“Ya Allah! Kalau jatuh macam mana tadi?” risau betul Aiman dibuatnya.  Erni mengeluh kecil.  Risau sangat!

“Abang ni janganlah risau sampai macam tu sekali.  Erni ok kan? Takkanlah Erni nak duduk diam je dekat atas tu? Tahu tak orang cakap kalau dah nak beranak ni, biar banyak berjalan.  Nanti senang nak beranak.”

“Memanglah tapi bukan dengan cara tangga.  Kalau nak turun, panggil abang.  Biar abang gendong sayang sampai ke bawah…”

Manjakan aku lebih sangat ni.  Takkanlah selama-lamanya aku nak kena gendong dengan dia ni.  “Abang ni…”

“Apa? No more alasan ok! Ikut je apa yang abang cakap! When I say no, it means no!”

Purfff…aura pedas dia dah nak mula dah ni.

“Yelah…perangai sir pedas sedingin
salju tu masih ada kan? Janganlah perangai abang tu jatuh kat anak-anak.  Tak naklah Erni…”

“Eh? Abang bukan pedas ok tapi abang tegas.”

“Sama je…”

Aiman menggeleng kepala.  Dia memeluk bahu Erni.  “Sayang…abang buat semua ni sebab abang cintakan sayang tau.  Abang tak nak jadi apa-apa dekat kesayangan abang ni.  Bayangkan kalau Erni jatuh tadi, macam mana?”

“Yeyeye…Erni tahu…”

“Tahu tapi buat lagi?”

“Mana ada buat!”

“Tadi buat!” bertekak pulak! Hempuk kepala dekat sofa kang! Hello suami isteri! Ada readers yang baca ni.  Takkan nak bergaduh depan diorang kot? Malulah sikit! Tak padan dengan tua bangka! Perangai macam budak-budak!

Hehehe…mintak maaf readers.  Kitaorang terlebih emosi hari ni.  Biasalah saya ni prihatin dengan isteri saya ni.  Takutlah jadi apa-apa dekat dia dengan anak dalam perut tu.

Yelah tu! Korang jangan percaya apa yang sir pedas ni cakap! Dia ni memang perangai pedas sedingin salju! Takkan pernah berubah punya! Siapa yang percaya, memang gila!

Eh sayang ni…sayang kata abang gila? Mana ada abang gila!

Abang memang gila! Uwerrkk!

Oi!!! Sudahlah! Yang tu pun nak bergaduh ke! Astaghfirullahalazim! Tak sedar ke diri tu dah tua?! Astaga! Author pun naik pening dengan perangai korang ni tahu tak! Macam manalah nak tulis ending cerita korang kalau macam nilah perangai budak-budak korang?

Ok…ok…kami mintak maaf ye?   Sila sambung balik ye author.

“Apa yang kamu berdua bertekak ni? Ya Allah…dari dapur Mak Eton dengar.  Erni? Aiman?”

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now