Bab 27

30.7K 1K 47
                                    

Aiman melangkah masuk ke dalam rumah.  Briefcase dan kotnya diletakkan di atas sofa.  Dia menghampiri Mak Eton yang sedang mencuci pinggan di sinki dapur.

“Mak Eton…”

Mak Eton berhenti melakukan
kerjanya.  Dia memandang ke arah Aiman.  “Ada apa Aiman?”

“Mana Erni? Selalunya dia riuh.  Tak ada pun?”

“Mungkin dia ada dalam bilik Aiman lagi kot? Dah Aiman suruh dia tengok movie, dia tengoklah kot?” dia berdiam seketika sebelum menyambung, “awal Aiman balik hari ni? Bukan ke Aiman kata balik dalam pukul lima lebih.”

“Saja balik awal Mak Eton.  Hari ni rasa letih sikit.  Tak apalah, saya naik atas dulu eh?” Aiman berjalan keluar dari dapur lalu dia naik ke biliknya bersama briefcase dan kotnya.

Tombol pintu dipulas dan terkejut dia bila melihat Erni yang sedang berbaring sedap di atas katilnya.  Ewah! Macam hotel pulak eh? Tv biar terbuka lepas tu dia sedap-sedap je tidur.  Briefcase dan kot diletakkan  di atas meja kerja lalu dia berlalu ke arah katil.  Tv ditutup.  Ni mesti takut tengok cerita hantu sampai tertidur macam ni.

Tidur Erni terganggu bila dia terdengar derapan tapak kaki seolah-olah menghampirinya.  Siapa pulak? Hantu?! Dia berkira-kira untuk membuka mata.  Matanya dibuka sedikit dan…

Argh!!!!” bergema satu bilik dengan suara jeritan Erni.  Takut punya pasallah ni.  Nampak seolah-olah lembaga hitam berdiri di hadapannya.  Dahlah tinggi.

“Woi! Woi! Apa hal kau ni jerit-jerit?!” terkejut naik darah aku bila Erni tiba-tiba jerit dekat aku.  Boleh pekak telinga.

“Woi hantu!!!”

“Hantu?” apa yang hantunya? Mana ada hantu! “Woi! Kau merepek apa ni?! Ni akulah!”

Erni masih lagi menekup mukanya dengan bantal! Tak! Hantu ni pembohong! Kalau aku bukak bantal ni, konfem muka dia hodoh!

“Eiii! Pergilah hantu!!”

“Woi! Kau ni gila ke?! Mana ada hantu! Aku ni!” dia sedaya upaya menarik bantal dari menekup muka Erni.

“Tak nak!!!”

Aiman tanpa belas kasihan menarik kasar bantal dari tangan Erni lalu memukul tubuh Erni dengan bantal.  Kasi sedar sikit.  Macam orang gila kena rasuk dah kenapa?

Mata Erni membulat bila melihat gerangan yang berdiri di hadapannya ialah Aiman bukannya hantu.  Aduh! Malu aku macam ni.  Konfem aku nampak macam orang gila talak kan tadi? Huhuhu…malu apakah ini?

“Hah? Berhenti dah meroyan kau tu? Gila ke apa? Aku pun kau nampak hantu?” cengeng betul.

“Mana ada!” dia cuba menafikan walhal benang dah basah dah pun.

“Eleh…tak nak mengaku.  Kalau dah penakut, jangan tengok! Tengok jelah cerita yang lain!” omel Aiman sambil mengemas DVD nya yang diselongkar oleh Erni.

Sir ni…dahlah pakai serba serbi hitam.  Mahunya saya tak fikir hantu?” dari atas sampai ke bawah, hitam saja.  Stokin dia pun kaler hitam.

“Sedap eh kau landing atas katil aku? Sampaikan air liur basi kau pun meleleh! Pengotor betul!” sengaja
Aiman mengenakan Erni.

Erni pantas mengelap mulutnya.  Mana ada! Isy! “Meluatlah sir ni!” Erni bangun dari katil lalu hendak melangkah keluar.

“Woi! Kau nak ke mana?”

“Nak keluarlah…takkan nak duduk sebilik dengan sir pulak?” kerja gilalah kalau dia suruh aku tidur dalam bilik dia malam ni.

“Tak payah keluar.  Duduk sini kejap,” arah Aiman sambil jarinya ditunjukkan ke arah katil.

Dia nak buat apa pulak ni? “Sir nak buat apa?”

“Adalah…takkan aku nak kena mintak izin kau pulak?”

Asal bunyinya seram lain macam je? Hesy! Erni! Fikir positif! Husnuzon! Tapi, aku tak boleh nak husnuzon pulak! “Sir jangan macam-macam eh? Sir nak buat apa dekat saya?”

Aiman memadangnya sambil merungkaikan tali leher dari kolar baju.  “Dah kenapa kau ni? Selalu fikir blue kan? Aku nak buat apa? Aku ada benda sikit nak bincang dengan kau.  Itu je.”

Adoi! Malu lagi!  Kerana mulut, badan binasa! Dah! Lebih baik kau senyap Erni sebelum kau dimalukan lagi.

“Duduk situ…” arah Aiman sekali lagi.  Erni tanpa membantah duduk di birai katil Aiman.

Aiman menarik kerusi kecilnya lalu duduk di hadapan Erni.  Dia memandang mata Erni dalam-dalam.  Kenapa kalau aku pandang je dia, aku selalu rasa berdebar-debar macam ni? Takkan aku dah jatuh cinta kot?

Dah kenapa pandang aku macam ni? Hah! Mesti ada benda yang dia nak kata dekat aku.  Tapi, kalau betullah dia nak mengata aku, dia mesti kata straight to the point je. Tak perlu nak suruh aku duduk-duduk ni.

“Aku nak tanya kau pasal hari tu.  Kau dah fikir masak-masak ke?” suara Aiman.

Pasal hari tu? Pasal yang nak tunaikan permintaan mama tu ke? Errr…sejujurnya aku tak fikir pun lagi dan aku tak fikir apa-apa pun.  Hmmm…aku pun tak pasti nak bagi jawapan apa.

“S…saya tak tahu sir…” balasnya perlahan.

“Aku tak paksa kau untuk buat keputusan pun Erni.  Kau fikirlah seeloknya dan bila kau dah dapat jawapannya, kau bagitahu aku.”

Erni memandang Aiman lama.  Dia nak ke kahwin dengan aku? “Apa pulak kata sir? Sir nak ke kahwin dengan saya yang pelik ni?”

Aiman mengurutkan dagunya.  Kemudian, dia memandang ke arah lain.  Berat nak jawab soalan Erni.

“Aku pun tak tahu,” jawapan lencong dari jawapan asalnya.  Yang sebenarnya memang dia nak pun.

“Kalau aku kahwin dengan kau, Hafif macam mana? Awek kau nak letak mana?” sengaja dia menggunakan nama Hafif.

Erni menjongketkan keningnya.  Pelik.  “Hafif? Apa pulak kena mengena dengan Hafif?”

“Bukan ke kau dengan dia couple?”

“Sejak bila? Tak ada masa lah sir nak bercinta.  Buat apa? Bukannya best pun…” sangkalnya.  Ada pulak dia fikir aku dengan Hafif ni couple? Sungguh tak masuk akal.

“Manalah tahu…”

“Kenapa? Sir jeles ke?”

Aiman terus membuat muka menyampahnya. “Dasar perasan! Kau ni harap je kecik eh? Tapi tahap keperasanan kau tu tinggi jugak eh? Entah siapa nak jeles dengan kau?” balasnya laju.  Gila apa aku nak mengaku yang sebenarnya aku jeleslah sikit tengok dia sembang mesra dengan Hafif hari tu.

“Apa-apalah sir.  Saya nak keluar.  Malam nanti saya bagitahu sir apa jawapan saya…” Erni bangun lalu keluar dari bilik Aiman.  Pintu bilik ditutup.

Aiman menghembuskan nafas beratnya.  Ini gila! Jantung pun dup dap macam nak pecah! Aiman…macam mana kau boleh terjatuh cinta dekat dia? Bukan ke kau menyampah sangat dengan perangai dia yang serba serbi suka melawan kau? Hmmm…apa-apa jelah!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now