Bab 49

34.1K 989 8
                                    

Baju-baju yang sudahpun dilipat kemas disimpan di dalam beg bagasi memandangkan esok mereka akan bertolak ke Itali.  Haih…rasa kejap je masa berlalu dan esok aku dah nak ke Itali.  Kalau ikutkan, aku tak nak pun ke Itali.  Yelah, tinggal ayah sorang-sorang dekat rumah.  Siapa nak jaga dia? Kalau Mak Eton tu…bolehlah kot?

Aiman mengambil tempat di sebelah Erni yang sibuk memasukkan baju ke dalam beg bagasinya.  Setiap perbuatan Erni dipandang satu-persatu.  Tekun je dia buat kerja ni.  Langsung tak hiraukan aku yang berada di sebelah dia ni.  Punyalah khusyuk menyimpan beg.

Tangannya dilingkarkan di pinggang Erni lalu dagunya ditongkatkan di bahu kanan Erni.  Erni sedikit terkejut apabila Aiman memeluk tubuhnya.  Bila masa pulak dia ada dekat belakang ni?

“Khusyuknya sayang kemas baju-baju kita ni sampaikan abang berada dekat belakang sayang pun, syaang tak sedar…”

Sorry…yelah saya memang jenis macam ni kalau pack barang.  Nak semuanya sempurna sebelum bertolak esok.  Tak adalah kalut sangat nanti,” balasnya lalu menyimpan baju Aiman ke dalam beg.  Baju yang terakhir.

“Sebab tulah abang sayangkan sayang ni…always perfect bila melakukan kerja.  I like your new version.  Bukannya macam Erni yang dulu dah…” puji Aiman bila boleh dikatakan sejak Erni berkahwin dengannya, tidak pernah pun Erni lupa melakukan kerja rumah walaupun sibuk dengan assignment dan peperiksaan yang bakal mereka hadapi tak lama lagi.

“Sayang ke? Macam mana saya nak tahu yang abang sayangkan saya?” sengaja dia menguji Aiman.

“Takkan tak nampak lagi kot?”

“Tak berapalah…”

Erni tersenyum geli bila dia terdengar dengusan dari Aiman.  Hah! Tak puas hatilah tu bila aku cakap macam tu.  Aku acah je kot? Hahaha

“Sampai hati kan sayang cakap macam tu? Selama ni abang dah tunjuk tau kasih sayang abang dekat sayang.  Abang jaga sayang, bawak sayang jalan-jalan kalau sayang boring.  Apa lagi? Tak tersenarai abang dibuatnya…” mukanya dicebikkan tanda merajuk.  Alololo…merajuk!

Erni mengukirkan senyuman yang paling manis untuk Aiman.  “Abang ni…saya saja je usik abang tadi.” muka Aiman dipandang.  Kalau dah merajuk tu, memang mengada perangai dia.

“Tak baik tau usik macam tu.  Kecik hati abang.  Yelah, abang dah buat macam-macam untuk sayang tapi sayang pulak cakap macam tu.  Abang ni kaya dengan kasih sayang tau.”

Erni memegang pipi Aiman apabila rasa ucapan Aiman agak menyentuh hatinya.  “Ya…Erni tahu yang abang ni memang kaya dengan kasih sayang.  Kalau abang tak kaya dengan kasih sayang, macam manalah abang jadi suami yang sweet untuk Erni kan?”

Pipi Erni dikucup sekilas.  “Pandai pun.  My loves for you shine like diamond.  Better than stars in the sky…

“Dah! Jangan nak buat ayat sweet sangat tu!” aku dah cukup cair ni.

“Takkan tak suka kot? Why not kalau buat ayat-ayat sweet pun? Just for you my precious!” Erni tersenyum.  Leka dengan ayat-ayat manis yang diungkapkan oleh Aiman.

Dahulu dia seorang yang pedas berapi, tapi sekarang dia seorang yang sweet.

Dahulu ayat dia memang melampau gila, tapi sekarang ayat dia penuh romantis.

Dahulu dia seorang yang hati kering, tapi sekarang hatinya penuh dengan kasih sayang yang tak ternilai.

Dahulu dia adalah raja pembuli, tapi sekarang dia adalah raja yang sentiasa menjaga hati.  Sentiasa menenangkan hati aku.

Dahulu dia adalah seorang sir kepada aku, tapi sekarang dia adalah suami kepada Erni Ardiana yang manja dan kadang-kadang ayat melampau.

Aku bersyukur kerana Allah turunkan sir Aiman kepada aku untuk dijadikan peneman kepada hidup aku dikala aku sudah tiada sesiapa yang aku boleh harapkan dan mengadu. 
Hikmah di sebalik perkahwinan mama dan ayah Allah tak mahu aku keseorangan.  Malah, Allah dah rancang dengan siapa yang aku akan hidup bersama selamanya.

“Hey…termenung apa? Tengah fikir nak anak berapa ke?” soalan maut dari Aiman membuatkan Erni keluar dari dunianya.

“Hah? Apa?”

“Abang tanya, sayang termenung apa? Tengah fikir nak anak berapa ke?” sekali lagi soalan yang sama diajukan.

Pipinya mulai merah bila Aiman bertanya begitu.  Apa punya soalan dowh! Soalan sensitif tahap benua Afrika.

“Mana ada…”

“Lepas tu? Termenung panjang.  Is something bothering your mind? Mind to share with me?”

“Tak ada apa-apalah…cuma terfikir masa depan saya dengan abang…”

“Apakah?”

“Tak ada pun.  Cuma apa yang saya fikir ialah saya nak hidup bahagia dengan abang dunia dan akhirat.  Kalau ada salah faham walaupun sedikit, kita bawak bincang elok-elok.  Bukannya selesai masalah dengan cara drama slot Akasia pukul 7.”

Aiman tergelak kecil dengan ayat terakhir Erni.  “Cerita kita ni drama sangat ke?”

“Tak adalah drama tapi ada sikitlah.  Erni benci abang dan abang pun tak sukakan Erni…macam drama slot Akasia.  Tapi lepas tu hero dan heroin berkahwin.  Drama kan?”

“Itu drama sayang but this is our real life.  Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...”

Erni mengangguk perlahan bila apa yang dicakapkan oleh suaminya memang benar belaka.  Ya, Allah dah ada perancangan untuk setiap hamba-Nya.  Dan kita sebagai hamba-Nya tak boleh menolak setiap perancangan yang sudah ditentukan oleh-Nya.  Perlu meredhai dengan setiap perkara yang berlaku. 
Sebagaimana aku meredhai kepergian mama.  Aku yakin yang Allah turunkan Aiman adalah untuk menjaga aku buat selama-lamanya.  Aiman Rayyan…my husband a.k.a encik suami sweet kepada Erni Ardiana.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now