Bab 40

34.6K 952 7
                                    

Suasana malam meriah dengan kehadiran sanak-saudara keluarga yang terdekat.  Erni sudah pun bersiap dengan baju kurungnya.  Mandi bunga dah.  Jahat betul Urina tadi.  Ada ke patut dia gelakkan aku waktu aku dipaksa mandi bunga? 
Siap ambik video lagi waktu aku kena mandi bunga tadi.  Dahlah muka aku pun kerut macam terlean peria.  Serius aku tak suka mandi bunga!

Erni bersama-sama Urina dan sepupunya turun ke ruang bawah.  Nak kena berinailah gamaknya.  Aiman aku tak tahulah duduk dekat mana.  Mungkin dalam bilik dialah kot? Aku tak sangka yang sepupu lelaki dia banyak betul.  Bukanlah banyak mana tapi boleh tahanlah.  Sebelah aku pun ada 3 orang je sepupu lelaki.  Yang lain semuanya perempuan.

Erni menghampiri seorang wanita yang sedang menunggu kehadirannya.  Mungkin sebaya aku ataupun tua setahun dua daripada aku.  Orangnya cantik.  Dengan mekap tebal dan gincu merah.  Hui…malam-malam pun pakai gincu ke? Pakai lip balm ok dah kot?
Astaghfirullahalazim! Apa ni Erni kutuk orang? Lantak dialah nak pakai apa pun?

Tapi, kalau dekat kampung tok wan aku, mampuslah kena kejar gamaknya kalau pakai merah-merah macam ni.  Mintak kena cium dengan lembu je gamaknya.  Sebab tulah kot orang tua-tua tak bagi pakai gincu bila ke padang.  Ye ke? Ah! Lantaklah.  Kisah pulak aku.

Tangan Erni ditarik perlahan ke ribanya.  Tangannya dibalut menggunakan silo tape supaya nanti jarinya tak nampak hodoh dengan tompok-tompok inai nanti.  Selepas habis kesemua jarinya di silo tape, daun inai yang telah pun ditumbuk tadi ditempekkan ke jari Erni.  Semua mata sepupu Erni dan Aiman memandang tekun kepada pekerja yang sedang menempek inai di jari Erni.  Ada juga yang mengambil video.  Inai ditempek dengan berhati-hati agar kesemuanya mengena sama rata.

Erni memandang kesemua sepupunya dan juga sepupu Aiman.  Urina setia di sebelahnya.  Aku tak sangka yang sepupu Aiman semuanya baik-baik belaka.  Lemah dan sopan santun.  Aku ingatkan semuanya rugged tapi rupa-rupanya semuanya bersekolah agama.  Korang jangan tak tahu eh?
Semuanya  memakai tudung labuh dan menutup buah dada.  Ada juga yang memakai tudung bulat labuh sampai ke paras pusat.  Tapi, tiada yang memakai purdah ataupun niqab.  Tak payah kata apa tapi semua sepupu-sepupu Aiman cantik-cantik belaka.  Ada yang baka dari Arab.  Arab weyh! Aku ni Hindustan je lebih.

Ada jugak yang mix blood dengan Fillipina, Korea dan England.  No wonder lah kalau diorang tu pandai-pandai bahasa Inggeria.  Ada jugak sebahagian daripada sepupu-sepupu Aiman yang fasih berbahasa Arab dan Fillipina.  Aku yang mendengarnya kagum benar.  Huih…bayangkan aku cakap Fillipina? Mahu runtuh rumah ni dibuatnya.  Gamaknya dengar macam kambing mengembek.  Rolling eyes kejap.

Sepupu-sepupu aku? Tak payah kata apalah.  Aku bukannya bandingkan diorang dengan sepupu-sepupu aku tapi aku tak berapa suka sangat dengan sepupu-sepupu aku.  Adalah dua tiga yang aku ngam.  Yang kebanyakannya semua hipokrit.  Bajet je lebih.  Perangai diorang yang sekarang ni memang fake gila.  Kononnya masuk rumah kaya dah biasa bagi diorang walhal yang sebenarnya melopong jugak diorang tengok rumah ayah yang serba besar ni. 

Ada jugak yang cemburukan aku sebab boleh duduk dalam rumah semewah ni.  Eleh! Yang tu pun nak jeles sedangkan rumah diorang pun lebih kurang je pun.  Tapi, aku nak riak sikit dekat sini, ayah lebih kaya dan rumah ayah sebenarnya 2 kali besar dari rumah mereka.  Ok, aku tutup riak aku.  Cuma, aku bosan kadang-kadang duduk dalam rumah yang serba besar pun.  Buat apa kalau ada rumah besar tapi penghuninya hanya empat orang? Dua orang kadang-kadang keluar jadi tinggallah aku dengan Mak Eton je. 

Aku perhatikan saja perangai sepupu-sepupu aku.  Tengok! Ada yang mengata aku dengan cebikan di mulut.  Jeleslah tu.  Lagi satu, diorang memang akan melelehkan banjir diorang bila nampak lelaki hensem! Itu benda yang wajib mereka akan leleh.  Tadi, waktu Aiman melintas dekat ruang tamu pun,  mata diorang mak aiii! Tak berkedip! Kalau boleh, nak bagi biji mata ikut sama ke mana Aiman pergi.  Aku tahulah sir Aiman tu hensem tapi janganlah tengok lama-lama sangat!

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now