Bab 16

30.6K 1K 15
                                    

Selepas nasi goreng sudah dimasak sepenuhnya, api dapur gas ditutup.  Bekas Tupperware diambilnya lalu mencedok masuk nasi goreng ke dalam bekas Tupperware.  Demi abang tiri yang tercinta ni kan? Buat jelah…kalau tak bila-bila masa saja dia boleh gagalkan aku.  Tak nak aku!

Bekas Tupperware ditutup lalu diletakkan dalam beg kertas yang telah diletakkan dengan sebotol air mineral di dalamnya.  Nasi goreng ni aku jamin tak pedas punyalah.  Lada hitam pun aku letak sikit je.  Sikit je…sekecil-kecil semut je.  Tak berani aku nak letak banyak-banyak.  Buat dia sakit perut lagi, mampus aku.

Nasi goreng yang selebihnya dicedok masuk ke dalam mangkuk lebih besar.  Kejap lagi mama dan ayah turun makanlah tu.  Sir pedas tu tak tahulah dia nak makan ke tak.  Ah! Lantak dialah.  Janji amanat dia aku dah tunaikan.  Bilik dia je aku tak kemaskan lagi.

Nak kena masuk bilik dia ke? Isy…macam tak kena gaya pulak? Yelah, manalah tahu dia tengah separuh bogel ke? Tak ke tahap terkejut aku meningkat waktu tu? Alah Erni…dia yang suruh kau kemaskan bilik dia kan? So? Kemaskan jelah.  Lantaklah dia nak pakai apa pun? Ceh!
Kemaslah cakap sekarang.  Cuba nampak depan-depan? Hah! Mahu roh lari dari badan.

Tanpa berfikir lagi, Erni mengorak langkah menuju ke bilik Aiman.  Sampai di hadapan bilik Aiman, tangannya pantas mengetuk pintu bilik Aiman.  Tak ada sahutan.  Hesy! Mana pulak dia ni? Hari tu sibuk sangat suruh orang kemas bilik dia.  Bila dah datang nak buat service, dia pulak tak sahut-sahut! Ini tak ke namanya menyusahkan hidup aku?

Tangannya mengetuk lagi pintu bilik Aiman.  Kali ini, lebih kuat dari yang tadi.  Aduh…boleh lebam tangan aku ni.  Konfem banding dengan tangan sebelah, besar sebelah.  Pintu diketuk dengan lebih kuat lagi sehinggalah dia terdengar jeritan Aiman dari dalam bilik memintanya untuk menunggu.  Rasa macam mak guard tak berbayar pulak dekat sini.

Pintu bilik dibuka oleh Aiman dari dalam.  Dia memandang Erni yang sedang memandangnya panas.  Ada apa pulak dia ni?

“Apa?”

Dia tanya apa?! Eiii!!! Kalau aku tahu, baik aku blah pergi ke universiti je.  Sia-sia aku habiskan masa aku dengan mengetuk pintu bilik dia ni.  Siot betul!

“Bukan ke sir suruh saya kemas bilik sir?” ujarnya sinis.

Aiman menjongketkan keningnya.  Dia memandang Erni dengan pandangan tertanya-tanya.  Sengaja!

“Ye ke? Bila eh aku suruh?”

Zapp!!! Darah aku dah naik berasap ke muka otak apa semua dah ni.  Kapilari darah pun rasa macam nak pecah dah sebab stres dengan sir pedas depan aku ni.  Erni…sabar.  Sabar itu kecantikan.  Puih!

Sir ni dah nyanyok ke?”

“Aku ke kau?”

Aikkk??? Dia soal aku balik? Dia ni memang nak kena betullah! Dia sengaja nak main-mainkan aku eh?

Eiii! Kalau dah orang tua tu, tetap jugak orang tua! Dah tahu nyanyok, tak nak upgrade otak tu! Buang masa saya je tercegat depan pintu bilik sir ni!” Erni menoleh belakang.  Berkira-kira untuk melangkah pergi.

“Hoi! Nak ke mana?”

Dia tanya lagi? Memang penyakit betullah dia ni.

“Kan sir cakap saya nyanyuk? Jadi, saya nak turun ke bawahlah nak buat apa yang patut?”

“Memang sah kau ni nyanyok! Bilik aku kau tak nak kemas ke? Bukan ke aku suruh kau kemas?” dia menahan ketawanya.  Hah! Padan muka kau!

Sekali lagi, darah aku dah tengah loading! Tengah nak meletus je ni! Kurang asam keping betullah dia ni! Rupanya dia psiko kan aku? Kurang ajar betul!

Erni kembali melangkah ke arah Aiman.  “Tepilah! Tadi suruh orang kemas?”

“Masuklah…”

“Nak masuk macam mana kalau tokwan badak berdiri depan pintu ni?” ya Allah…kenapalah dia ni bipolar disorder sangat?!

“Rabun eh? Aku bukannya tokwan badak tapi manusia…” selamba sahaja dia membidas kata-kata Erni.

Whatever! Ketepilah!”

Fine…” Aiman mengalah lalu memberi laluan kepada Erni untuk masuk ke dalam biliknya.

Erni melangkah menuju ke katil Aiman.  Cadar dan bantal-bantal yang berselerak di atas katil diperbetulkan dan bantal-bantal disusun kemas.  Dia ni anak manusia ke anak king kong?
Tidur ni semalam mesti mimpi tengah bergusti dengan aku.  Aku yakin aku yang menang! Perasan sangatlah kau ni Erni!

Selepas cadar dikemas, bantal-bantal pula disusun rapi di kepala katil.  Segala bantal panjang diletakkan di tengah-tengah katil dalam keadaan kemas.  Siap! Kerja mudah je pun! Sengaja nak dera aku sebenarnya.

“Siap! Anything else?” Erni mengukirkan senyuman sinis.

“Kau nak kerja lain ke? Nak cuci tandas bilik air aku? Baju-baju aku?”

Erk! Memang taklah.  “Terima kasih jelah atas tawaran mulia tu.  Saya pergi dulu!” Erni melangkah keluar dari bilik Aiman.  Dasar gila!

Aiman memandang katilnya yang sudahpun tersusun rapi dan kemas.  Selepas puas hati dengan keadaan bilik, Aiman menutup pintu bilik lalu turun ke bawah.  Dia menghampiri Erni.

“Mana bekal aku?”

Tanpa banyak kata, beg kertas yang sudah diisi dengan bekal Aiman diserahkan.  Aiman mengambil beg kertas dan memandang isi dalamnya.

“Bagus.  Adik yang baik.  Tapi, jangan masuk kelas lambat sangat! Aku pergi dulu,” Aiman melangkah pergi menuju ke pintu rumah.

Erni cuma memandang.  Eleh…selama ni kalau aku lambat pun semuanya sebab kau! Mana ada sebab lain dah!

Tak lama kemudian, kelibat Puan Radiatul dan Encik Ahmad Farid kelihatan.  Turun sama-sama ke ruang makan.

“Eh Erni? Awalnya bangun? Siapa masak ni?” soal Puan Radiatul bila melihat hidangan yang sudah pun terhidang di atas meja makan.

“Erni lah yangmasak. Memandangkan sir…”

“Apa pulak panggil sir? Mama suruh Erni panggil abang Aiman, abang kan?” tegur Puan Radiatul.

“Tak biasalah ma…dah alang-alang Erni nak kena masak dekat sir, jadi Erni masak untuk semua orang sekali.”

Puan Radiatul dan Encik Ahmad Farid tersenyum lalu mengambil tempat masing-masing.

“Boleh kahwin dah Erni ni…” gurau Encik Ahmad Farid.

Isy ayah ni! Erni muda lagilah…” sangkalnya.  Siapalah nak dekat aku ni?

“Ayah kata je…tengok nasi goreng Erni ni macam sedap je.”

“Mestilah sedap! Cuba rasa!” Erni mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan lalu disuakan kepada Encik Ahmad Farid.  Begitu juga untuk mamanya.  Pinggan yang sudah berisi nasi goreng diserahkan kepada mamanya.

Emmm…sedap nasi goreng Erni.  Tulah ayah cakap.  Erni dah boleh kahwin!” tak habis-habis dengan isu kahwin dia.

“Tak ada maknanya ayah…” Erni mencedok nasi goreng lalu sudu dicapai.  Nasi goreng disuap ke dalam mulutnya.  Boleh tahan nasi goreng aku ni.

“Apalah salahnya kan?” Erni tak layan.  Kalau aku layan, apa lagilah yang ayah nak usik aku.  Baik aku makan lepas tu cepat-cepat ke universiti.  Kalau lambat, tak pasal-pasal kena denda.  Tak sanggup dah.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now