Bab 29

29.9K 976 19
                                    

Aiman turun dari tangga menuju ke arah Erni yang sedang berdiri di balkoni rumah.  Apalah yang dia menung tu? Ah! Tak kisah! Apa yang aku kisahkan sekarang ini ialah jawapan yang hendak diberikan oleh Erni nanti.  Nak tunggu jawapan dari dia pun dah buat jantung aku berdegup macam baru lepas habis larian marathon.

Aiman berdiri di sebelah Erni.  Melihat titisan-titisan hujan yang sudah pun turun menyimbah bumi.  Erni cuma mengerling dari ekor matanya.  Nak cakap jawapan pun rasa susah gila! Berdebar-debar pulak jantung ni.

“Jadi, apa keputusan kau? Yes or no?” Aiman melontarkan soalannya terlebih dahulu sebelum Erni membuka mulutnya.

Gelojoh betul! Tak sempat aku nak bukak mulut, dia yang terlebih dahulu tanya apa jawapan aku.  Nampak sangat tertunggu-tunggu.

“Saya dah buat jawapan dan jawapan tu ada di mulut saya…” apa yang kau merepek ni Erni?

Aiman memandang Erni.  Jawapan ada di mulut dia? Dia tulis dengan pen ke apa? “Mana? Tak nampak pun?”

Isy! Tak payahlah mentel sangat.  Sekarang ni saya nak cakap yang saya dah buat keputusan dan keputusan saya ialah…”

“Apa?”

“Saya terima sir untuk jadi suami saya,” keputusan dah dibuat dan aku harap aku tak menyesal dengan apa yang aku cakap.

“Betul ke kau terima ni? Ke kau bohong aku je?”

Sir ni…nampak muka saya macam main-main ke?”

Dengar kata Erni yang boleh tahan jugak nak percaya, dia mula mengukirkan senyuman kecil namun cuba disembunyikan.  Cover macho.

“Tapi sir kena janji dengan saya yang sir takkan sia-siakan saya macam mana sir sia-siakan hari sir tunggu jawapan saya…”

Eleh! Dia kenakan aku pulak.  “Mana ada aku sia-siakan hari aku tunggu jawapan kau! Aku elok je pergi uni jadi pensyarah.  Apa yang sia-sianya?” tak nak mengaku lagi.  Walhal lepas sahaja habis masa mengajar, terus dia mengelamun teringatkan Erni.

Sir tahu tak Riana sukakan sir?” sengaja dia mengajukan soalan sebegitu kepada Aiman.  Saja nak test.  Nak tengok dia tau ke tak ataupun dia pura-pura buat bodoh je.

“Kenapa pulak nak babitkan pasal Riana ni?” soal Aiman tak senang.  Tiba-tiba pulak hal Riana diungkit pulak.

“Maknanya sir tahulah kan perasaan Riana terhadap sir? Kenapa sir tak balas cinta dia?”

Aiman menolehkan badannya ke arah lain.  Matanya memandang ke arah kolam.  Tak kuasa rasanya nak balas soalan yang diajukan oleh Erni.  Macam mana aku nak balas cinta dia kalau sebenarnya hati aku dah ada untuk kau?

“Kesian dekat dia sir…”

“Erni, boleh tak kita stop cakap pasal ni? Aku tak sukalah nak cakap pasal ni,” nampak macam aku pulak yang bersalah dalam hal ni.  Walhal, aku tak suruh pun Riana menyimpan perasaan dekat aku ataupun buat dia tertunggu-tunggu dekat aku.  Tak pernah langsung! Aku cuma fikir yang aku dan dia hanya cuma kawan.

“Tapi sir, dia sukakan sir.  Dia cintakan sir.”

Aiman mengeluh besar lalu menoleh memandang Erni.  Matanya jauh menikam ke dalam anak mata Erni. 
This is enough Erni.  Aku tak nak lagi kau merepek apa-apa ni.  I know she loves me tapi macam mana aku nak balas cinta dia kalau aku sendiri tak cintakan dia? Lagipun, dia sendiri yang memilih kau untuk jadi pasangan hidup aku.  Ada yang cacat cela ke dekat situ?”

Erni terdiam seketika.  Macam nak marah aku je ni? “Sir marah ke?”

“Aku tak marah Erni tapi aku nak kau berhenti benda yang bukan-bukan.  Sekarang kau dah buat keputusan dan kau dah setuju.  Kenapa pulak isu Riana nak dibangkitkan pulak?”

Ok, aku tahu dia dah mula marah walaupun dia kata dia tak marah. 
“Saya mintak maaf…”

“Tak perlulah nak mintak maaf ke apa.  Apa yang aku tahu sekarang ni hubungan kita ni tak ada kena mengena dengan Riana.  That’s it,” usai berkata, Aiman melangkah menuju ke dalam biliknya. 

Erni cuma memandang melalui ekor matanya.  Huh…dah kenapa pulak kau nak bangkitkan isu Riana pulak ni? Tak pasal-pasal kawan dah bad mood! Kalau kali ni mulut kau sebut lagi pasal Riana, aku jamin bibir kau jadi mangsa bibir goreng!





BARU sahaja Mak Eton hendak melangkah keluar, dirinya ditegur oleh Erni.  Erni melangkah menghampirinya.

“Mak Eton nak ke mana?”

“Mak Eton nak ke kedai kejap.  Nak beli barang.  Barang dapur dah habis…” ujar Mak Eton.

“Oh…dah habis? Emmm…Mak Eton nak pergi dengan sapa?”

“Alah, Mak Eton ada basikal.  Mak Eton pergi je dengan basikal…”

Basikal?! Nak pergi beli barang dapur dengan naik basikal? Buat pancit tengah jalan tak ke haru? Erni menggaru kepalanya.

“Macam nilah, Mak Eton naik motor dengan Erni? Amacam?”

“Naik motor? Isy! Tak payahlah…nanti marah pulak si Aiman.  Tadi Aiman cakap Erni tak kebah lagi demam.”

“Alah Mak Eton ni, mana ada Erni demam! Tengok ni, sihat je kan?” dia buat gaya ala-ala hidup sihat.  Punahlah kau Erni.

“Tak payahlah, Mak Eton takut Erni kena marah dengan Aiman…”

“Alah…small the matter lah kalau setakat kena marah dengan sir tu.  Jomlah! Erni pun ada nak beli barang Erni.” Erni terus menarik tangan Mak Eton keluar dari rumah.

Pintu rumah ditutup.  Erni mula menghidupkan enjin motornya.  Mak Eton dengan hati-hati panjat motor dan duduk di belakang Erni.  Seriau jugak sebenarnya.  Selepas helmet dipakai, Erni terus memecut motornya menuju ke Tesco.  Setakat Tesco Shah Alam dekat sangat.  Bila-bila masa je aku boleh bawak Mak Eton pergi Tesco.

Motornya diparking di tempat kawasan parking motor.  Helmet dia dan Mak Eton diletakkan di raga motor lalu dia melangkah masuk ke dalam Tesco bersama Mak Eton.

“Mak Eton nak beli barang banyak tak?”

“Tak pastilah Erni sebab banyak barang yang dah habis.  Kenapa?”

“Erni nak pergi beli barang Erni
kejap.  Mak Eton bawak telefon tak?”

“Bawak…”

“Kalau macam tu, Mak Eton call Erni bila dah habis beli barang nanti.  Boleh?” cadangnya.

Hmmm…bolehlah jugak tu.  Mak Eton pergi dulu ya?”

“Ok, hati-hati jalan Mak Eton!” Mak Eton cuma mengangguk dan terus melangkah ke arah bahagian barang basah.

Selepas memberi barang yang dingininya, Erni keluar lalu berdiri di tengah-tengah ruang Tesco.  Mak Eton tak call aku lagipun? Mesti tengah beli barang-barang dia lagi.  Erni menelefon nombor Mak Eton.  Tak lama kemudian, panggilannya dijawab.

“Assalamualaikum Mak Eton.  Mak Eton dekat mana?”

“Waalaikumussalam.  Mak Eton ada lagi dekat barang basah ni.  Kenapa? Erni dah habis beli barang ke?”

“Ha arr! Dah habis.  Tak apalah, saya pergi dekat Mak Eton.  Mak Eton tunggu dekat situ…”

“Ha yelah!” Erni mematikan panggilannya lalu menuju ke tempat barang basah.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now