Bab 52

32.2K 861 3
                                    

Kuala Lumpur Internation Airport 2…

Setelah beberapa jam di dalam perut kapal, akhirnya mereka tiba juga di tanah air dalam keadaan yang selamat.  Troli yang penuh dengan barang mereka ditolak menuju ke tempat parking kereta.  Segala barang-barang mereka diletakkan di bonet kereta.  Aiman menyimpan kembali troli yang mereka gunakan. 

Erni masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta.  Aku pandai hidupkan enjin kereta je.  Tapi, nak bawak kereta tu maaflah.  Aku tak berani.  Aiman kembali ke kereta lalu masuk ke dalam kereta.

Aiman mula meletakkan gear kereta pada huruf R dan mengundurkan keretanya.  Gear diletakkan pada huruf D dan dia memandu keluar dari kawasan parking.




ERNI makan dengan penuh selera pesanan yang dipesannya.  Nasi kosong, tomyam dengan sayur masak belacan.  Fuh! Sedap! Rindu dengan masakan Malaysia.  Kali ni memang aku rasa macam aku ni orang kebulur gila.

Duduk sana asyik makan pizza dengan apa entah, mana best! Sekali sekala naklah jugak pekena nasi macam ni.  Barulah perut ni rasa happy.  Aiman memerhatikan Erni yang laju sahaja menyuap nasi ke dalam mulutnya.  Lapar sangat ke?

“Sayang…makan perlahan sikit.  Kalau termakan dengan sudu sekali macam mana?” tegur Aiman.  Silap hari bulan mati tercekik sebab makan sekali dengan sudu.

“Makanan ni sedap sangatlah abang.  Tak terkira rasanya.  Kalau tak makan memang rugi gila.  Boleh meleleh air liur,” isi ayam dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Ye abang tahu.  Tapi, janganlah laju sangat.  Makan perlahan sikit.  Kalau sayang nak mintak tambah lagi pun abang bagi,” nasi disuap ke dalam mulutnya apabila melihat Erni memperlahankan suapannya.

Sorry abang…” dia menghadiahkan senyuman kecil sebelum kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. 
Kalau boleh, aku nak tambah sampai
5 pinggan.  Amboi…melampaunya.

Usai makan makanan mereka, mereka dijamu pula dengan ais krim sebagai dessert.  Erni mencedok ais krim tersebut dan disuap ke dalam mulutnya.  Best nya dapat makan ais krim lepas makan nasi ni.  Ais krim di dalam gelas Aiman sudah habis dimakannya.

“Sayang…best tak dapat pergi Itali?” tanya Aiman selepas agak lama mereka berdiam diri.

“Bolehlah…tapi yang best nya sebab dapat naik gondola even harga dia boleh tahan mahal!” ujarnya sambil mulutnya dipenuhi dengan aiskrim.

“Sayang nak pergi lagi ke?”

“Tak naklah…bosan.  Duduk negara orang lama-lama bosan.  Baik duduk di negara sendiri.  Nak travel pun senang,” usulnya senang.

“Jadi, sayang tak sukalah abang bawak sayang pergi Itali hari tu?”

“Bukan…yelah saya manalah arif sangat pasal negara orang ni.  So, nak travel pun susah.  Bukannya tak suka abang bawak saya ke sana.  Hargai sangat.  Sekurang-kurangnya pernahlah jugak jejak kaki ke negara orang.”

Lega Aiman mendengarnya. 
“Ingatkan sayang tak suka…”

“Mana ada…” Erni menggeleng.  Suka fikir yang bukan-bukan.  Entah bila masa aku cakap aku tak suka.




HAKIM memandang wajah Riana yang sedang ralit menikmati ice blended chocolate miliknya.  Nampak macam nikmat sangat kalau boleh minum ice blended tu.

“Riana…kenapa you diam je? Ada benda yang bermain dalam fikiran you ke?” asyik kalau jumpa aku je, dia mesti akan diam.

Nothing…”

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now