Bab 20

33.8K 1K 38
                                    

Erni memerhati setiap penjuru kedai tersebut. Hmmm...hadiah apa eh yang aku boleh beli untuk mama dan ayah? Yelah, hari ni dah genap setahun diorang kahwin. Takkanlah aku tak beli apa-apa hadiah kot?
Matanya masih memerhati kedai tersebut. Aku tak tahu apa yang ayah suka. Kalau mama, dia lebih prefer kepada purse. Dekat ayah...aku nak beli apa? Aduh...kepalanya digaru seketika.

Dia berjalan sepanjang kedai tersebut memikirkan hadiah yang dia perlu beli untuk ayah. Kalau untuk mama, aku dah nampak dah purse yang cantik depan tu. Aku boleh ambik je tapi ayah? Lupa pulak nak tanya ayah apa yang dia suka sebenarnya.
Kemudiannya, dia ternampak jam tangan. Hmmm...nampak macam cantik je?

Dia segera menuju ke arah jam tangan yang tersusun cantik di situ. Semuanya jam tangan lelaki. Hmmm...nak pilih yang mana satu eh? Ya Allah...cantiknya. Aku pulak yang rambang mata nak pilih.
Namun, matanya tertumpu pada jam tangan yang bertali kulit berwarna hitam. Yang ni cantik. Tak terlalu kecil dan besar. Sederhana.

"Dik...bagi saya yang ni?" jarinya menunjuk ke arah jam yang menjadi pilihannya.

Budak perempuan yang menjaga kaunter tersebut segera mengeluarkan jam yang dipilih oleh Erni. Ditunjukkan kepada Erni. Erni menilik jam tangan tersebut. Cantik...kemas...hmmm aku pilih yang nilah.

"Bagi saya yang ni ya?" budak perempuan itu hanya mengangguk. Erni menuju ke tempat terletaknya purse. Diambil purse berwarna koko susu lalu menuju ke kaunter.

Tekun budak perempuan itu mengira harga barang-barang yang dipilih oleh Erni. Selepas pembayaran dilakukan, Erni keluar dari kedai tersebut bersama beg kertas yang berisi barangan yang dibelinya. Aku harap ayah suka dengan jam tangan yang aku beli ni. Aku yakin yang mama pun turut sukakan purse yang aku beli ni. Dia mana pernah menolak barang yang aku belikan khas untuk dia.

"Erni?" ada suara menegurnya. Erni memandang ke sebelah. Hafif? Dia buat apa dekat sini?

"Hafif? Kau buat apa dekat sini?" takkanlah dia nak shopping kot? Dia ni bukannya kaki shopping.

"Aku saja datang sini. Lagipun, aku temankan adik aku beli barang dia. Kau buat apa pulak dekat sini?"

"Aku beli barang sikit untuk mama dan ayah aku. Hari ni first anniversary diorang. Huh...dah setahun rupanya mama dan ayah berkahwin." cepatnya masa berlalu. Dan, tahun ini adalah tahun penentuan aku.

"Oh...sorang je ke?"

"Ha arrr...dengan siapa aku datang?"

"Manalah tahu kau datang dengan abang tiri kau ke?" matanya dilarikan di sekitar kawasan shopping mall. Manalah tahu boleh jumpa dengan abang tiri Erni ke?

"Tak adalah...dia busy dengan kerja dia. So, aku datanglah sorang."

"Oh...kau dah nak balik?"

"Aku nak baliklah. Lagipun, aku rasa letih. Banyak assignments. Dah tahun akhir kan?" jujur badan aku pun rasa letih sangat. Tapi, aku gagahkan jugak datang sini sebab nak beli hadiah untuk mama dan ayah.

"Oklah kalau kau kata macam tu. Muka kau pun nampak letih sangat...bawak motor elok-elok!" pesan Hafif sebelum Erni beredar.

Erni hanya angkat thumbs up tanda ok. Dia berlalu pergi meninggalkan Hafif. Dia menghampiri motornya. Barang diletakkan di dalam raga. Baru saja nak pakai helmet, telefonnya berbunyi. Siapa pulak yang call ni? Pantas dia membawa keluar telefon miliknya. Incoming call from sir pedas. Ada apa pulak dia ni? Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan tersebut.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now