Bab 11

31.5K 1K 12
                                    

Riana memandang Aiman yang sedang makan sarapan. Khusyuknya dia makan sampaikan aku usyar dia pun dia tak perasan. Hailah Aiman...kenapalah kau ni hensem sangat Aiman? Kau tahu tak, sekali aku tengok muka kau jantung aku dah macam nak gugur.

Aiman...aku harap sangat yang dalam hati kau belum ada lagi mana-mana nama perempuan. Aku harap sangat yang aku akan jadi yang pertama takluk hati kau Aiman. Aku cintakan kau dari dulu lagi Aiman. Cuma, kau saja yang tak tahu.

"Hey? Kenapa tak makan?" tegur Aiman bila sedar Riana hanya memandang wajahnya dari tadi.

Terbang terus lamunannya tadi dan wajah tertanya-tanya Aiman menyapa ruang pandangannya. Dia menggeleng kecil. Rambutnya diperbetulkan.

"Errr...I sakit perut tadi. Tak boleh nak makan. Sebab tulah I tak makan..." tipu je kau ni Riana.

"Ya? Habis tu? Macam mana? Nak tapau bawak balik ofis?"

"Tak apalah. Perut I pun dah tak sakit sangat. Jomlah makan..." garfu dicapai lalu menggulung mi goreng yang dipesannya tadi. Mi goreng disuap ke dalam mulut.

"Are you sure Riana? You jangan paksa diri you untuk makan. Nanti lain pulak yang jadi?" kalau lain yang jadi, kan masalah?

"Tak apa...I ok. Biasalah I pagi-pagi kalau sakit perut. Maybe angin kot?" balasnya senang.

"Ok...but if anything worse you, cakap dekat I ok? I bawak you pergi klinik," hmmm...aku risau kalau jadi apa-apa. Tambah-tambah lagi dekat anak orang.

"I ok je Aiman. You tak payah risau sangat. Oh ya, how's your life? Macam mana dengan adik tiri you? Dia ok ke dengan you?" tiba-tiba pulak teringat dekat adik tiri Aiman. Tak berjumpa lagi pun.

"Adik tiri I? Huh...malaslah cakap pasal dia. She's typical annoying. I tak suka nak cakap pasal dia..."

Riana mengerutkan dahinya. Pulak?
"Why? Dia kan adik tiri you? Lagipun, dia perempuan. So, kenapa pulak you nak annoyed? I'm sure she damn cute. Don't you feel it?"

"Damn cute? Riana! Dia tu damn annoyed! Memang...I pun tak tahu nak cakap macam mana. Lagipun, dia tu pelajar I dekat universiti."

"Serius? Alah you ni, kalau pun dia tu damn annoyed, I know dia ada sebab tersendiri kan? Lagipun, I kenal youlah Aiman. Mesti you kan yang buat dia annoyed dekat you kan?"
Riana tersenyum kecil bila Aiman memandangnya dengan pandangan tajam.

"Riana! You belum jumpa pun adik I ok dan you tak tahu macam mana perangai dia yang sebenarnya. Kalau you tahu, you pun akan turut rasa annoying sekali..." kopi di dalam cawannya dihirup sedikit.

"Alah, tak apa. Nanti I datang rumah you dan I jumpa sendiri dengan adik you. I nak jugak kenal siapa adik tiri you sebenarnya. Tak apa kan?"

"Ikut suka hati you lah Riana. I tak ada masalah..." ya, bukan masalah aku kalau Riana nak berkenalan dengan Erni.

"Oklah Riana...I nak kena gerak dulu. I ada kelas. So, lunch nanti kita makan dekat tempat yang hari tu ok?" Aiman berdiri dari tempat duduknya.

"Ya, ok." Aiman segera melangkah pergi bila mendapat persetuujuan dari Riana.

ERNI membuka mesej yang dihantar oleh Hafif. Haih...dahlah sir tengah mengajar. Kalau aku tak balas mesej dia ni, silap-silap dia akan call aku ataupun lepas habis kelas je, dia terus serbu aku dan tanya kenapa aku tak balas mesej dia. Serabut betullah!

Hafif: Erni...kejap lagi jom lunch dengan aku? Kalau kau sudilah. Aku nak ajak kau lepak dekat kedai roti canai yang kita selalu lepak tu. Amacam?

Encik Suami Sweetحيث تعيش القصص. اكتشف الآن