Bab 37

29.6K 901 1
                                    

Kertas-kertas kerja disusun dengan kemas.  Segala pen berwarna yang berterabur di atas meja disimpan ke dalam bekasnya.  Erni menyimpan segala barang-barangnya ke dalam beg sandang.  Nasib baik hati aku tergerak nak bawak beg sandang hari ni.  Lagi mudahlah buat kerja presentation ni.

“Erni…” panggil Urina bila geng-geng yang lain beredar ke mana entah.

Emmm?” masih tekun dengan kerja mengemasnya.

“Aku tengok kau dengan sir Aiman sweetlah…serius, serius.  Yang ni aku tak tipu.  Kau dengan dia nampak secocok sangat,” ujar Urina dengan nada gediknya.

Aku? Dengan sir Aiman nampak sweet dan cocok? Cocok entah dekat mana pun aku tak tahulah.  Yang aku tahu aku dengan dia memang tak ngam.  Kira nak bergaduh je kerja. 
Huh…aku pun naik bosan dah sebenarnya asyik bertengkar 24 jam.

“Kau cakap jelah apa yang kau nak cakap Urina sebab aku tak peduli langsung.  Kau kata aku dengan sir Aiman sweet? Entah dekat mana sweet nya…” geli adalah.  Hah! Jangan kata geli sangat.  Nanti diri sendiri yang binasa.

Betullah! Lagipun sir tak habis-habis dengan mulut pedas dia tu.  Aku pun sampai naik geram gila.  Tak habis-habis nak mengata aku lepas tu membuli aku.  Sampai sekarang, baju dia, makan dia aku yang buat walaupun Mak Eton ada sediakan makanan.  Tak tarik-tarik lagi perjanjian gila dia tu.  Bila aku membantah, tahu dia kata apa? Belajar dari sekarang, nanti dah jadi bini tak terkial-kial nak buat kerja rumah.  What the heck? Sedap betul dia mengatakan aku.

“Hah! Mengelamun! Ingatkan sir lah kan? Aku dah kata Erni, kau ni sekeras kayu balak macam mana pun, kau akan fall in love dekat sir jugak.  Kan? Kan?”

Fakta yang tak menarik langsung! Bukan aku fall in love tapi aku fall in damn! Tak pernah terlintas langsung di fikiran aku nak berkahwin dengan sir! Pensyarah aku kot?  Bayangkan satu universiti tahu yang aku akan berkahwin dengan sir? Mahu tak jadi gossip paling meletop di universiti.  Seorang pelajar bernama Erni
Ardiana bakal berkahwin dengan pensyarah paling hot, Aiman Rayyan.  Tak pasal-pasal nama aku jadi meletop! Tak nak aku.

Ah! Berangan lebihlah kau Erni.  Kalau ratu dunia kau punya mimpi! Kau ingat nama kau artis ke sampaikan orang nak meletop kan kau macam tu? Jangan perasan.

“Woi! Kau berangan lagi eh? Sah! Memang kau berangankan sir Aiman!” ujar Urina sambil tersengih panjang.  Tengah mengata akulah tu.

“Bukanlah! Aku tengah fikirkan pasal minggu depan.  Yelah, kita nak buat presentation lepas tu…aku…akan…berkahwin…” sengaja dia menyebut satu persatu.  Tak lama lagi je Erni.  Tinggal lima hari saja lagi.

“Jodoh kau dah datang Erni.  Takkan kau nak tolak?”

“Abang tiri aku kot?”

So what? Ada masalah ke dekat situ? Lainlah kalau abang kandung kau sendiri…”

Isy! Dia ni tak faham lagi? Bukan dia tak tahu mulut pensyarah dia ni macam mana? Celopar tahap longkang!

“Kau dengan Ikmal macam mana? Masih merancang?” saja aku tukar topik.  Kalau melayan, makin merebak penyakit Urina ni.

“Aku dengan Ikmal? Hmmm…sebenarnya aku dah buat keputusan yang aku tak nak merancang.  Yelah, rezeki di tangan Allah kan? Kalau boleh, aku nak ada anak sangat.  Bila aku tengok pasangan bahagia tengah beli barang baby dengan isteri sarat mengandung, aku nak rasa pengalaman tu.  Lagipun, kita dah di tahun akhir.  Aku rasa tak ada masalah kot untuk aku mengandung?” ujar Urina sambil matanya tertumpu pada pasangan bahagia yang sedang menyuap dan melayan kerenah anak mereka. 
Andaikan aku satu hari macam tu?

So? Buat apa kau tunggu lagi? Tak payahlah merancang Urina.  Apa salahnya dapat anak waktu usia muda kan?” cadangnya.  Kata orang melebih, kau yang nak kahwin
dengan sir Aiman nanti, ada fikir pasal semua ni? Ada fikir nak bagi sir anak? Coih! Bila fikir sendiri pun dah rasa seram.  Ada hati nak tazkirahkan orang.

“Kau pun sama.  Nanti dah kahwin dengan sir, janganlah lari pulak!” Urina ketawa nakal.  Aku baru je fikir, dah masuk jerut! Pantas tangannya mengetam tangan Urina.  Jahat punya otak. 

“Aku dengan sir lain cerita weyh.  Bukannya cerita macam kau.  Kahwin atas dasar cinta dan bukannya atas amanat sesiapa pun.”

“Kau dengar sini, kalau sir dah meminta, takkan kau tak bagi?” isy!
Otak dia ni biru sangat! Dah kenapa pulak topik ni yang nak
dibincangkan? Huhuhu…bulu roma menegak berdiri.

“Tukar topik lain! Tak suka topik ni…” topik yang membiru betul.  Jangan cemarkan otak aku yang suci ni.

“Ok, ok.  So, how’s the preparation? Ada apa-apa yang aku boleh tolong? Kalau ada, aku nak datang rumah family kau dan tolong apa yang patut,” ujar Urina memberikan
perkhidmatan secara percuma lah kot?

“Tak siap lagi.  Barang-barang yang dah dibeli pun tak décor lagi, dengan dulang pun masih berbogel lagi.  Kalau kau rajin, kau datanglah teman aku dengan Mak Eton buat kerja tu.  Lagipun, ada lagi sanak-saudara dari family sir yang datang.  Tapi, tak berjalan jugak.”

“Ok! Malam ni aku datang? Amacam?”

“Boleh ke? Tak menyusahkan Ikmal? Manalah tahu Ikmal letih ke? Tak pun kau datang esok? Esok kan kita tak ada kelas? So, boleh start esok untuk décor.  Macam mana?”

Urina mengurut dagunya.  Memikirkan rancangan yang diutarakan oleh Erni.  “Boleh jugak! Kalau macam tu, esok aku datang.”

Belum sempat dia membalas, satu chat dari what’s app masuk.  Tak perlu fikir dah tahu siapa yang what’s app.  Mesti sir Aiman punyalah.  Dah boring lah tu tunggu aku.  Tulah, aku dah cakap.  Tak perlu tunggu tapi gedik jugak nak tunggu.

Sir Aiman: Kerja kau tak habis lagi ke? Dah naik kempis punggung aku ni tunggu kau.

Biar kempis! Padan muka! Aku kata jangan tunggu tapi tak…nak tunggu jugak! Ha, dah nak tunggu kan? Silakanlah tunggu.  Bila dah kebas habis, nak mengomel.  Banyaklah kau.

Erni: Siapa suruh sir tunggu? Kan saya suruh sir balik tadi? Tapi, sir yang degil nak tunggu jugak kan? Then, suit yourself.  Enjoy your time.

Erni tersenyum ketika membalas chat Aiman.  Hah! Padan muka kau.  Terbakarlah punggung kau di situ. 

Sir Aiman: Kau tak nak balik lagi ke? Dah pukul 6.30 petang ni.  Tak solat lagi…

Err…solat? Hehehe…aku cuti.  Allah anugerahkan special day untuk aku.  Maaflah sir.  Tapi, takkanlah aku nak cakap dekat sir yang aku cuti? Isy! Malulah aku.  Jawapannya, nak tak nak kau kena balik jugak.

Erni: Oklah, sir tunggu kejap.  Saya nak kemas barang…

Kemas apa entah? Semuanya dah terkemas pun.  Erni menggalas beg sandangnya.

“Urina, aku kena baliklah.  Kesian pulak dekat sir lama tunggu aku.  Apa-apa nanti kita call or what’s app?”

“Yelah, hati-hati!”

“Ok!” Erni berjalan keluar dari restoran lalu menghampiri Aiman yang sedang bermain dengan telefonnya di luar restoran.

Aiman bangun dari kerusi bila Erni berdiri di hadapannya.  “Kau dah siap ke kerja kau?”

Hmm…adalah yang siap.  Sikit je lagi.  Jomlah…” Aiman mengeluarkan kunci keretanya lalu punat unlock ditekan melalui alat kawalan jauh. 
Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta.  Enjin kereta dihidupkan lalu Aiman memandu keretanya pulang ke rumah.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now