Bab 6

32.7K 1.1K 7
                                    

Erni memandang mamanya yang sudahpun diijabkabulkan.  Hmmm…sekarang mama dah sah jadi isteri kepada Pak Cik Farid.  Pak Cik Farid pun dah jadi ayah tiri aku.  Dan si mulut pedas tu pun dah jadi abang tiri aku! Tidak!!!

Dia menjeling sir Aiman yang sedang mengoyak senyumannya kepada mama dan Pak Cik Farid.  Eleh! Berlakon je lebih sir ni.  Aku tahu dia bukannya suka sangat pun! Tu pun senyum terpaksa.  Nampak sangat tak ikhlas. 

Aiman memandang Erni yang berada tidak jauh dari mereka.  Pandangan sukar ditafsirkan dilontarkan kepada Erni.  Erni menjelingnya tajam.  Amboi! Tajamnya jelingan tu.

“Mama…ayah…Aiman jumpa Erni kejap eh? Nak berkenalan dengan adik baru…” Encik Ahmad Farid dan Puan Radiatul cuma mengangguk.

Aiman mengorakkan langkahnya menuju ke arah Erni.  Dia berdiri di belakang Erni.  Erni masih tak sedar dengan kehadirannya.  Jauhnya termenung?

“Hoi!”

Erni menoleh ke belakang bila suara tak berapa nak sedap menyapanya. 
“Tak pandai bagi salam ke? Sir ni orang hulu ke?” sindirnya.  Dia hoi je?

Aiman mengukirkan senyuman sinis.  Sempat pulak kau nak sindir aku eh?
“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…ha ni barulah manis sikit! Ini tak! Hoi je yang dia pandai!” sindirnya lagi.  Jangan ingat kau abang tiri aku, aku akan hormat pada kau.  Tak akan!

“Eh! Kau dah lupa ke aku ni abang tiri kau?” senyuman sinis terbit di bibirnya lagi.  Erni memandangnya dengan pandangan meluat.

“Apa? Sir ingat saya ni hengen sangat ke nak jadikan sir ni abang tiri saya? Sebelah mata pun saya tak inginlah! Dahlah mulut tahap puaka!” balasnya.  Sakitnya hati! Hesy! Hari first jadi keluarga pun dia dah jatuhkan mood aku.  Memang nak kena lesing!

“Mulut puakan nilah yang kau nak kena hadap hari-hari!”

“Huh! Tengok sir tiap-tiap hari, boleh naik buta mata saya tahu tak?” balasnya turut sama naik mulut puakanya.

“Apa? Muka aku ni macam asid sangat ke?” tak puas hati pulak aku.

“Memang! Sakit mata memandang!” balasnya selamba.

Aiman mengetap bibirnya. 
Senyuman sinis diukir kembali.  “Bila kau stay dekat rumah aku, kau tahulah macam mana sakitnya mata dan sakitnya hati.  Well, you’re my student.  Segala kerja-kerja yang kau tak buat tu, aku akan denda kau seteruknya.  Kalau tak dekat uni, dekat rumah pun boleh kan?”

Kejam! Ya! Itu sahaja yang aku boleh kata dekat dia.  Memang kejam betul! Sakit hati aku dibuatnya.  Oh! Memang ada niatlah nak kenakan aku sebenarnya.  Jahat betul.

“Ingat saya kisah?”

“Kalau kau tak kisah, lagi aku seronok.  Kau tengoklah aku boleh buat apa!” balasnya dalam nada menyindir. 

Ya Allah! Apalah salah aku dengan dia ni sebenarnya.  Aku tak mintak pun untuk jadi sebahagian dari keluarga dia.  Huhuhu…aku dah nak menangis ni! Janganlah dia denda aku berat-berat!

“Hey!” baru sahaja nak balas, Aiman dah berjalan menjauhi dirinya.  Erni memandang Aiman dengan pandangan meluat.  Sampai bilalah aku nak jadi mangsa tawanan dia ni?


BEG bajunya ditolak masuk ke dalam rumah.  Erni dan Puan Radiatul melangkah masuk ke dalam rumah milik Encik Ahmad Farid.  Erni memandang sekeliling rumah tersebut.  Mewahnya.  Tapi, kenapa sunyi? Takkanlah sir Aiman anak tunggal macam aku kot?

Namun, dia ternampak sebuah bingkai gambar yang sederhana saiznya tergantung kemas di dinding rumah berhampiran dengan pintu rumah.  Dia memandang setiap wajah yang berada dalam gambar tersebut.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now