Bab 48

33.6K 1K 17
                                    

Memandangkan Mak Eton ambik cuti dan pulang ke kampung, aku pun ambiklah tugas Mak Eton.  Tapi, bagus jugak kalau Mak Eton balik kampung, sekurang-kurangnya aku ada kerja nak buat.  Kalau ada Mak Eton, aku hanya goyang kaki je.  Bosan!

Vacuum dibuka dan dia mula vacuum karpet yang rasanya sudah lama tidak di vacuum.  Kalau tak banyak habuk sekalipun, sekurang-kurangnya ia bersih untuk diduduk.

Aiman menghampiri Erni dari belakang lalu dengan sengaja dia melanggar tubuh Erni.  Tak adalah kuat sangat.  Hampir tersembam Erni dibuatnya.  Dia memandang Aiman yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.  Eii!! Nak cari pasallah ni!
Suis vacuum ditolak pada off

“Abang ni kenapa rempuh saya macam tu?! Kalau jatuh macam mana?” dahlah depan aku ni meja kaca.  Buat tak luka dahi aku kalau kena meja kaca tu?

“Tak jatuh lagi kan?” matanya dikenyit nakal.

“Memanglah tak jatuh! Kalau jatuh lepas tu luka?!” marahnya.  Tangan pun dah naik cekak pinggang. 
Perangai pedas sedingin salju dia tu mai dah.

“Abang akan jadi orang pertama yang akan cium luka di dahi sayang…” sekali lagi dia mengenyitkan matanya.

Sweet pulak dah! Tadi pedas ni sweet pulak? Apa-apa jelah sir pedas oi! Suis vacuum ditolak pada on dan dia meneruskan kerja vakumnya.   Malas aku nak layan.  Kalau orang layan, lagi dia akan berlemak.

Sekali lagi dia rasa macam suaminya sedang menguis-nguis kakinya.  Hah! Nak cari gaduh lagilah ni! Geramnya aku.  Kalau tak kacau aku masa aku tengah buat kerja tak boleh ke? Sibuk je nak mengacau aku.  Tahulah dia tu pensyarah, tak banyak kerja pun!

“Kenapa lambat sangat ni buat kerja? Vakum karpet pun lama sangat ke?”
hek eleh! Aku sekeh kang! Dia ingat vakum karpet ni senang ke? Melekat tahu tak?

Erni cuma mendiamkan diri.  Malas nak layan.  Suka sangat nak mengata aku.  Hailah…nasiblah dapat suami yang macam ni.  Nasib baik aku sayang.

Sekali lagi, dia rasa kakinya dipijak.  Hah! Yang ni memang tak boleh sabar dah ni.  Habis segala prinsip as-sobaru minal iman! Lesap bila senang-senang je dia pijak kaki aku!

“Abang!” vakum ditutup suis lalu dia mencekak pinggang sambil memandang Aiman.  Buat muka kering pulak tu!

“Apa? Kenapa marah sangat ni?” kering lagi! Dasar muka kering.

“Kenapa abang pijak kaki saya?!”

“Bila masa pulak pijak?”

“Tadi!”

“Bila?!”

“Masa saya tengah vakum!” geramnya aku dengan dia ni!

“Mana ada!”

Ya Allah! Kenapalah aku dapat suami sesengal dia ni?! Pijak kaki aku tak nak mengaku pulak.  “Abang pijak!”

“Mana bukti?”

Yang ni konghajo! Memanglah tak ada bukti tapi kaki sapa lagi nak pijak kaki aku kalau bukan kaki dia!

“Abang ni…” mulalah suaranya meleret tanda nak mengalah.

“Apa?”

“Abang kan yang pijak kaki saya
tadi?”

“Bukan abang yang pijak tapi kaki abang yang pijak!”

Loyar buruk tahap beruk dalam hutan! Geramnya aku dengan dia ni! Mood nak mengemas rumah pun dah hilang! Terbang!

Aiman tersenyum kecil melihat muka cemberut yang terukir di wajah Erni.  Hai…cepat betullah dia ni sensitif.  Sikit-sikit nak nangis.  Aiman bangun menghampiri Erni yang menunduk memandang karpet yang dipijaknya.

What’s wrong my honey? Kenapa cepat sangat terasa ni? I’m just joking.  Kenapa nak terasa lebih ni? Hmmm? Ke mana Erni yang abang kenal? Yang selalu riang, lepas tu suka melawan cakap?” Erni masih lagi menunduk kepalanya.  Entah kenapa aku cepat sensitif.

Look…” Aiman melekapkan tangannya di pipi Erni lalu mengangkat muka Erni agar bertentang mata dengannya.  “Abang saja je usik sayang.  Dah lama rasanya tak dengar sayang melawan cakap abang.  I miss your old version.  Abang suka tengok sayang marah…suka buat abang tak tentu arah.  But why sayang cepat terasa sangat ni? Is something bothering your mind?”
Aiman mengusap lembut pipi Erni.

Hey…what’s wrong my precious?” risau pulak dia bila Erni memandangnya dengan renungan kosong.  Salah ke apa yang aku buat?

Sepantas kilat, dia terasa perutnya kuat dipulas.  Kena cubit.  Erni tertawa riang bila dapat mengenakan suaminya.  Aiman melepaskan Erni sambil menggosok perutnya yang dicubit tadi.  Seronok pulak tu dia gelakkan aku.  Oh…kenakan aku dalam diam-diam eh!

“Oh…sayang kenakan abang eh?! Who do you think you are huh? Come here! Biar abang pulak yang kenakan sayang!” Aiman mengejar langkah Erni yang sudah menjauhi diri darinya.

I can’t hear you…” balas Erni sambil
berlari menyelamatkan diri.  Aiman
terus-terusan mengejar Erni.

You’re so naughty! Datang sini! Biar abang pulak yang balas dendam!” tubuh Erni masih lagi tak dapat ditangkap apabila Erni membalingkan bantal ke arahnya.  Bersepah seluruh ruang tamu.

Akhirnya tubuh Erni dapat ditangkap lalu dibaringkan ke atas sofa.  Pantas tangannya memainkan peranan dengan menggeletek tubuh Erni.  Erni menjerit kuat bila terasa geli menjalar seluruh badannya.  Kuat gila Erni menjerit.  Aiman turut sama tertawa bila melihat Erni ketawa sedemikian. 

“Berhenti! Geli!” pinta Erni dalam keadaan masih ketawa.  Akhirnya,
Aiman mengalah.  Dia berhenti menggeletek Erni.  Erni mengambil nafasnya.  Tercungap-cungap tak cukup nafas akibat dari ketawanya tadi.

“Tak acilah abang ni…” ujarnya dalam nada putus-putus.  Penat.

Fair and square…well, you look sexy when you laugh of loud…”

Seksi pulak dah.  Macam-macamlah dia ni.  “Seksi apa kebendanya kalau setakat gelak?”

Well, in my eyes you’re damn sexy because of your lips, your body language bila abang geletek tadi…”

Hesy! Dia nak kuning dengan aku pulak.  Sebab dia nilah kerja aku tertangguh.  Dahlah kerja vakum pun tak habis lagi.

“Dahlah abang…cakap dengan abang ni melencong pulak!” Erni bangun lalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now