Bab 44

36K 1.1K 3
                                    

Erni melangkah perlahan ke arah bilik Aiman.  Seram sejuklah pulak aku rasa.  Memanglah aku pernah masuk dalam bilik dia tapi waktu dia tak ada.  Tapi, sekarang ni dia dah jadi suami aku jadi kalau aku duduk di dalam bilik dia, mestilah dia ada sekali.  Aduhai…apalah nasib daku?

Baru sahaja hendak mengetuk pintu, pintu dibuka dari dalam.  Laju Erni melarikan tangannya kembali.  Aiman memandangnya di muka pintu. 
Errr…kenapa dia pandang aku macam tu? Adalah tu yang dia nak kenakan aku.  Hailah…janganlah tengok aku macam tu.  Jantung aku ni dah marathon ni.  Rasa macam nak pecah.

“Kenapa tercegat? Nampak hantu?” soal Aiman bila Erni diam berkutik di tempat dia berdiri.

Nampak hantu apanya kalau sir sendiri dah nampak seram? Meremang habis segala bulu roma. 
Macam nak patah balik je.  Tak naklah masuk bilik dia.  Erni berpusing ke belakang.  Berkira-kira nak melangkah pergi ke tak.

“Eh? Nak ke mana?” dia tanya pulak.  Tak nampak ke muka aku dah pucat sekarang ni.

“Tak nak masuk ke? This is your room.  Kenapa tak nak masuk?” Erni menggaru kepalanya yang tak gatal. 
Nak masuk ke?  Kalau aku tak masuk, banyak pulak soalan yang dia tanya.

“Hey…” serentak dia rasa tangannya disentuh.  Dia main sentuh-sentuh pulak.  “Kenapa tangan sejuk sangat ni? Takut?”

S…sir dah kenapa? Lepaslah…” dia cuba menarik tangannya dari genggaman Aiman tapi tak berjaya.

“Kau tu dah kenapa? Jomlah masuk. 
Kenapa nak takut pulak? Tak ada
punyalah aku nak buat apa-apa dekat kau…” Aiman menarik Erni masuk ke dalam biliknya lalu pintu bilik ditutup.

“Saya kena tidur dengan sir ke?” soal Erni perlahan.  Sejujurnya dia gentar sikit bila sebilik dengan lelaki walaupun lelaki itu sudahpun menjadi suaminya. Bukannya aku tak percayakan sir, tapi aku takut.  Yelah, nafsu orang lelaki bukannya boleh percaya sangat.

“Yelah tidur…kau tengoklah dah pukul berapa sekarang? Dah nak dekat pukul satu dah.  Punyalah lama aku tunggu kau tadi.”

“Kenapa sir tak tidur lagi? Kenapa tunggu saya?” dia boleh je kot tidur sendiri tanpa tunggu aku.

“Kau kan isteri aku? Of course lah aku tunggu kau sekali.  Takkanlah aku nak tidur sorang-sorang? Mana best.  Tak ada bantal peluk…” dia tersengih nakal membuatkan bulu roma Erni kembali meremang.  Lawak seram apakah ini?

“Dahlah! Tak nak tidur dengan sir!”

“Eh! Ok, ok.  Aku tak kacau kau dah.  Alah kau ni, takkan yang tu pun nak lari? Aku berlawak jelah.  Jom
tidur…”

“Kalau saya tidur atas sofa?”

“Erni…ini bukannya drama Melayu ok yang hero dan heroin nak kena tidur separate.  Ini realiti.  Kau jangan risaulah, aku takkan sentuh kau kalau kau tak bersedia lagi.  Jom…” dia menarik Erni ke katil.

Dalam keadaan terpaksa, Erni melabuhkan punggungnya di atas katil.  Badannya dibaringkan ke atas katil.  Aiman mengambil tempat di sebelah Erni lalu baring di sebelah Erni.  Dia mengiring menghadap Erni yang kaku memandang kipas yang ligat berpusing.

“Kau kenapa Erni? Diam je? Kau marahkan aku sebab perkahwinan ni ke?” soalnya dalam nada perlahan.

“Tak adalah…saya…saya tak tahu nak cakap apa.  Saya kekok…”

Dahi Aiman berkerut.  Kekok?
“Kenapa pulak  kau nak kekok dengan aku? Selama ni kau ok je dengan aku? Bergaduh-bergaduh.  Ada benda ke dalam fikiran kau sebenarnya?”

Pantas Erni menggeleng.  Bukannya ada apa-apa pun.  Memang aku rasa kekok nak bercakap dengan dia.  Dulu taklah sebab dia bukannya suami aku lagi tapi sekarang? Dah jadi suami aku.  So, aku rasa macam kekok nak bercakap.  Yelah, sekarang ni kan apa-apa pun berkaitan dengan aku semuanya di bawah tanggungjawab dia.  Lepas ni, aku nak ke mana-mana mesti kena mintak izin dia dulu.  Itu sudah pasti.

“Erni…boleh tak lepas ni kita tak beraku…bersaya lagi?” permintaan dari Aiman membuatkan Erni menoleh memandang Aiman di sebelahnya.

“Habis tu? Nak panggil apa? Saya rasa selesa kalau panggil sir ni dengan panggilan sir je,” balasnya.

“Aku nak kau panggil aku abang…boleh?”

Abang? Abang? Haih…beratnya permintaan dia tu.  Permintaan dalam pukul 1.15 pagi.  Memang dia set ka macam mana ni?

“Habis tu, kalau saya panggil sir abang, sir nak panggil saya apa?” giliran aku pulak bertanya.  Mana aci kalau aku seorang je kena ubah
panggilan.

Emmm…aku panggil kau sayang…boleh?”

“Sayang? Kenapa rasa geli pulak telinga ni eh? Takkan nak panggil student sir ni sayang?”

Why not kalau bertujuan nak eratkan hubungan antara suami dan isteri? Lagipun, panggilan macam ni kan nampak sweet? Kau tak suka ke kalau aku jadi suami yang sweet untuk kau?” dia merenung mata Erni. 

Pantas Erni melarikan matanya ke arah lain.  Rasa berdebar pulak bila matanya bertentang dengan mata Aiman.  Mata Aiman seolah-olah mesin yang boleh mendebarkan jantung aku secara automatik.

Sir nak jadi suami yang sweet untuk saya?” matanya memandang ke arah Aiman bila dirasakan degupan jantungnya mulai sekata.

Of course kalau cara tu boleh membuatkan kau happy.  Tak salahkan? Ke kau nak aku jadi sir pedas untuk kau? Kalau kau nak, aku boleh je jadi sir pedas selama-lamanya untuk kau…”

Erni mengukirkan senyumannya kepada Aiman.  Ya…sir pedas.  Tapi, aku tak naklah dia jadi pedas selalu.  Aku nak jugak dia jadi seorang yang sweet tapi bukannya sweet yang terlampau.

“Saya suka sir menjadi sir pedas saya tapi dalam masa yang sama saya lebih prefer jugak sir menjadi sir cupcake kepada saya.”

Cupcake? Kenapa cupcake?” Aiman semakin tertarik dengan kata-kata Erni. 

“Sebab walaupun sepedas mana sir Aiman saya, tapi di sebalik kepedasan dia tu ada jugak terserlah perangai sweet cupcake dia tu.  I like cupcake…” apalah yang kau merepek ni Erni? Ayat merapu mana kau ambik ni?

You are dangerous Erni…”

“Kenapa pulak?”

You look like you’re seducing me…”

Goda dia? Tak masuk akal! Apa pulak goda? Aku cuma cakap je kot? Bila masa pulak aku menggoda dia.

“Dahlah sir.  Mengarut je.  Saya nak
tidur, mengantuk.”

“Ok…jom tidur,” Aiman mengemaskan comforter lalu ditarik naik menutup tubuh Erni.  Akhirnya mereka berdua terlena.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now