Bab 54

32.7K 978 6
                                    

Selepas beberapa bulan…

Erni keluar dari kelasnya.  Senyuman masih lagi mekar di bibirnya.  Alhamdulillah! Akhirnya tamat jugak exam aku! Yahuuu!!! Lepas ni aku free!!! Bolehlah aku bergolek sakan dekat rumah! Ah! Bestnya rasa!

Dia berjalan keluar menuju ke kafeteria bersama Urina.  Perut Urina pun sudah mula nampak bentuknya.  Dah 4 bulan kandungan kawannya.  Aku? Hmmm…entah bilalah lagi boleh nak merasa macam ni.  Mungkin rezeki masih lagi belum ada untuk aku dengan Aiman.  Tak apalah.  Yang penting usaha.

“Aku laparlah Erni.  Kita makan kejap eh?” Erni pantas mengangguk.  Sejujurnya dia pun turut rasa lapar.
Sekarang ni Urina dah berubah gila badan dia.  Dari dulu yang kurus gaya model dunia, sekarang dah nak jadi tong drum! Bayangkan! Hahaha…memang banyak gila dia makan.

Selepas mengambil makanan, Erni kembali ke meja makan bersama Urina.  Usai doa makan dibaca, mereka terus menjamah makanan mereka.  Namun, tak sampai 3 suapan, Erni rasa hendak termuntah. 
Segera dia berlari ke sinki lalu memuntahkan kembali isi makanan yang dia makan.

“Woi Erni! Kau dah kenapa? Kau ok tak?” Urina menghampirinya lalu belakang Erni diusap perlahan.

Erni berkumur lalu meludah.  Ergh! Pedihnya tekak aku.  Rasa loya masih ada di hujung tekaknya.  Dah kenapa pulak aku nak loya macam ni?

“Erni…muka kau pucatlah.  Kau demam ke?” Urina meletakkan tangannya di dahi Erni.  “Panaslah…”

Erni menggeleng kecil.  “Aku ok. 
Mungkin aku nak demam kot? Sebab tulah aku tak dapat terima makanan tadi.  Kau makanlah dulu Urina.  Aku tunggu kau makan lepas tu kita balik eh?”

“Tak apalah Erni! Dengan keadaan kau macam ni aku rasa lebih baik kita balik.  Jom pergi ambik beg!” pantas mereka menuju ke meja dan mengambil beg masing-masing lalu beredar pergi.

Namun, sampai di satu belok, Erni tak mampu menampung berat badannya lagi.  Badannya rasa berat dan kepalanya rasa berdenyut-denyut.  Akhirnya dia rebah di atas lantai.

“Erni! Erni! Weyh! Kau nak buat lawak vaganza ke dekat sini?! Erni! Bangunlah weyh!” wajah Erni ditepuk-tepuk perlahan.  Tak sedar pun!

“Macam mana ni? Oh! Aku telefon sir Aiman lah!” pantas telefonnya dibawa keluar dari beg sandang dan menelefon Aiman.

Cepatlah jawab! Dia mengeluh lega bila Aiman menjawab panggilannya.

“Ada apa Urina?”

Sir! Sir boleh tak datang ke blok bersebelahan dengan kafeteria ni? Erni pengsan!”

“Pengsan?!”

“Ye!”

“Baiklah! Saya ke sana sekarang!” terus panggilan diputuskan oleh
Aiman.  Tak lama kemudian, dia terdengar derap tapak kaki menuju ke arah mereka.  Sir Aiman.

“Macam mana dia boleh pengsan ni?” tanyanya cemas sambil mula mengangkat Erni.

“Saya pun tak tahu…kita bawak pergi hospital jelah sir!” Aiman hanya akur dan mencempung tubuh Erni ke keretanya.

“Awak ambik kunci ni bukak lock kereta!” arah Aiman tegas.  Urina hanya mengikut.  Pantas punat unlock ditekan. 

Aiman meletakkan tubuh Erni ke dalam kereta.  Urina pula dengan cekapnya menghidupkan enjin kereta.  Aiman mengarahnya untuk ikut bersama.  Urina mengangguk lantas mengambil tempat duduk di sebelah Aiman.  Aiman pantas memandu keretanya ke hospital. 
Dalam hatinya berdoa supaya tiada apa-apa yang terjadi pada Erni.  Jarang Erni jadi macam ni.




SENYUMAN di bibirnya tak dapat lagi disembunyikan.  Kalau boleh, biar terkoyak! Macam manalah bibir aku ni tak senyum kalau berita yang aku dapat ni berita yang menggembirakan?

Urina turut tersenyum.  Nasib baik jugaklah aku sempat call Ikmal tadi.  Dia pun call aku banyak kali.  Takut aku hilang katanya.  Mana taknya? Aku ikut sir Aiman tanpa cakap dekat dia dulu.  Gelabah suami aku dibuatnya.

Encik Ahmad Farid dan Mak Eton melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Erni.  Erni masih lagi tak sedar.  Kata doktor dia kehilangan banyak air dalam badan dan demam.  Insya-Allah, tak lama lagi demam dia tu kebahlah.

“Apa yang dah jadi dengan Erni ni, Aiman?” soal Encik Ahmad Farid cemas.  Mak Eton hanya bertindak sebagai pemerhati.

Urina melangkah keluar dari wad.  Tak nak kacau privasi keluarga itu.

“Tak ada apa-apa pun.  Erni ni sakit sebab Aiman yang buat!”

“Apa yang kamu dah buat Aiman
sampai Erni sakit macam ni?” Encik Ahmad Farid menikam mata anaknya.

“Tak buat apa-apa pun…”

“Habis tu?!”

“Dia cuma bagi ayah cucu je pun…”

“Memanglah cucu!” dia terhenti seketika.  “Cucu? Maksud Aiman Erni mengandung?!”

Aiman mengangguk tanda betul.  Encik Ahmad Farid dan Mak Eton sama-sama tersenyum.

“Bertuah punya anak! Sampai macam ni sekali? Ya Allah…ayah ingatkan apa yang jadi dekat Erni tau! Rupanya nak bagi ayah cucu!” Encik Ahmad Farid ketawa gembira.

Hmmm…lepas ni Tuan Farid dapat cucu! Alhamdulillah! Taklah sunyi lagi kan?” suara Mak Eton.

“Ayah nak kamu bagi ayah cucu banyak-banyak! Nak harapkan anak ayah ni ada dekat rumah, hanya dalam mimpi jelah!”

“Amboi ayah…belum apa-apa lagi, dah buat perancangan eh?”

Perbualan mereka terhenti apabila terdengar suara kecil Erni menyapa mereka.  “Kenapa semua seronok sangat ni?”

Aiman memandang Erni dengan seribu satu pandangan bermakna.  Dia menggenggam kemas tangan Erni.

“Sayang dah sedar?”

“Kenapa senyum lebih ni?” kenapa semua orang happy sangat ni?”

“Sayang…kalau sayang nak tahu hari ni ialah hari orang semua happy!”

Ada ke hari macam tu? Apa yang dah jadi ni? Kenapa aku dekat hospital?

“Apa maksud abang?”

“Sayang…sayang mengandung anak abang.  Dah 3 minggu!
Alhamdulillah…”

Mengandung? Aku? Mengandung? Erni Ardiana mengandung?! Biar betul?! “Abang jangan tipu…”

“Mana ada abang tipu! Sumpah sayang…sayang mengandung! Doktor yang cakap sendiri tadi…”

“Ye…memang kau mengandung Erni…” tiba-tiba suara Urina menyampuk.  Dia berjalan masuk bersama Ikmal.

“Urina? Apa yang dah jadi ni?”

“Kau pengsan lepas tu badan kau panas.  Kau demam.  Dalam masa yang sama, kau tengah bawak satu nyawa dalam perut kau.  Kau mengandung beb!”

Senyumnya tertahan-tahan.  Berita yang dikatakan gembira untuk aku.  Gila tak gembira? Aku gembira gila-gila sekarang ni!

“Alhamdulillah…”

“Sekarang ni Erni dah tak boleh buat kerja berat.    Pemakanan kena jaga,” nasihat Mak Eton.  Erni hanya mengangguk.  Nampaknya tak lama lagi aku kena kongkong.  Semua pemakanan aku harus dijaga rapi.

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now