Bab 50

35.7K 1K 5
                                    

Venice Marco Polo Airport, Venice-Italy.

Akhirnya mereka selamat mendarat di Venice, Italy.  Perjalanan yang memakan masa berjam-jam memenatkan tubuh badan mereka.  Mereka mengambil teksi untuk menuju ke hotel.  Selepas memberitahu alamat hotel, teksi itu
meluncur laju menuju ke hotel.

Mereka check in dihotel.  Aiman membawa Erni menuju ke bilik.  Selepas kunci dibuka, Aiman menyuruh Erni masuk terlebih dahulu ke dalam bilik.  Erni pula terpukau dengan pemandangan indah yang dilihat melalui balkoni bilik hotelnya.  Cantiknya!

Aiman menghampiri Erni yang sedang menikmati pemandangan indah kota romatis Venice.  Tubuh Erni dipeluk dari belakang.  Erni tersentak namun kembali ok dan hanya membiarkan dia berada dalam dakapan Aiman.  Dia tahu Aiman suka memanjakan dirinya sebegini.

“Cantik kan Venice ni?”

“Cantik…cantik sangat.  Selama ni tengok dalam tv je.  Tak sangka bila dah hadap betul-betul, nampak cantik lagi dari dalam tv!” ujarnya penuh dengan rasa teruja.

“Nanti malam kita keluar makan ok? Abang nak bawak sayang makan pizza.  Nak?”

“Pizza? Wow! Lama tak makan pizza.  Tapi, ada ke pizza halal dekat sini?” ragu-ragulah pulak aku kalau bab makanan halal ni.

“Ada…tak payah risaulah.  Abang dah pernah ke sini.  Jadi, abang tahu dekat mana.”

“Ok! Lama rasanya tak makan pizza! Bagus jugak abang bawak saya pergi makan pizza malam ni.  Dah lama nak makan pizza sebenarnya.”

Sebelum ni memang nak makan pizza pun.  Tak kiralah dominos ataupun pizza hut tapi sejak jadi isteri orang ni, tak sempat pulak nak singgah.  Yelah, balik je nak kena masakkan makanan untuk suami.  Nak kena basuh baju dialah apalah.

“Sekarang ni, apa kata kita rehat dulu.  Bila badan dah fresh nanti, malam kita keluar pergi makan.  Barulah best sikit bila badan dah fresh,” pelukannya masih dieratkan lagi.  Seolah-olah tak mahu lepaskan Erni.

“Memang pun! Saya ingat saya nak mandilah.  Rasa letih pulak badan ni.  Abang tak nak mandi ke?”

“Nak! Mandi dengan sayang!”

“Melampau!” ada pulak nak mandi dengan aku?

“Mana ada melampau.  Tak salahkan? Dapat pahala lagi,” dia tersengih nakal.

Eiiii…tak payahlah nak kuning sangat.  Dah, lepas! Erni nak pergi mandi…”

No…mandi sama-sama!”

“Tak nak!” nak nangis! Tak biasa kot?

Hahahaha…lawaklah sayang.  Penakut! Dah, pergi mandi.  Abang kira sampai 10 je.  Kalau sayang tak masuk tandas lagi, abang mandi sekali dengan sayang with no reasons!”

Seram! Baik aku pergi sekarang!

“Satu…dua…tiga…”

Cepat-cepat Erni mengambil bajunya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air sebelum sempat Aiman menyebut sepuluh.  Fuh! Lega! Pintu bilik air dikunci siap-siap.  Suami aku ni bukannya boleh kira sangat.  Kalau dia nak rempuh, dia rempuh je.




PADA sebelah malam, Erni dan Aiman keluar menuju ke kedai pizza halal.  Erni cuma mengikut langkah Aiman menuju ke kedai pizza.  Kalau ada orang yang dah tahu, aku taklah ragu-ragu sangat nak makan.  Kalau selamanya makan pizza pun aku sanggup.  Lagi satu, aku teringin nak makan pretzels.  Tapi, itu pun kalau adalah.

Kesejukan pada waktu malam membuatkan Erni memeluk tangan Aiman bagi mengelakkan rasa sejuk sangat.  Aiman memerhatikan Erni sebelum menarik tubuh Erni ke dalam rangkulannya.  Dia tahu Erni
mesti tak tahan dengan cuaca sejuk.

Erni sedikit tersentak bila tiba-tiba sahaja Aiman memeluk tubuhnya.  Tak apalah.  Aku dengan diakan suami isteri? Tak salahkan? Yang penting aku tak sejuk dan dapat pahala lagi.  Hehehe…pahala pulak dah! Erni…Erni…

Aiman membawanya masuk ke dalam kedai pizza.  Pada waktu sejuk macam ni, ramai yang datang ke kedai pizza ni sama ada yang Islam ataupun bukan.  Semuanya sama rata sahaja.  Langsung tak membezakan produk makanan.  Kecuali yang Islamlah, takkanlah tak menitik beratkan halal sesuatu makanan kan?

Erni memandang suasana di dalam kedai pizza tersebut.  Semuanya mengenakan pizza dan secawan air teh panas di atas meja.  Islam dan bukan Islam duduk semeja dan bercakap seperti biasa.  Bergurau-senda dan bergelak tawa.  Hmmm…lebih kurang sama dengan Malaysia.

Aiman mengarahkan Erni duduk di tempat di sudut kedai.  Di situ agak terpencil dan agak privasi.  Erni hanya akur lalu duduk sambil menunggu Aiman yang sedang membuat pesanan pizza untuk mereka makan.  Fuh…malam-malam boleh tahan sejuk jugak Venice ni. 
Nasib baik Aiman belikan aku baju sejuk.  Kalau tak, menggigil aku dibuatnya.

Aiman mengambil tempat di sebelah Erni lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Erni.  Erni hanya membalas ringkas.

“Sejuk sangat ke?” Aiman perasan yang Erni sedang memeluk tubuhnya.

“Tak adalah sangat tapi kalau duduk diam je, memang sejuklah…” macam duduk dekat Iceland pulak. 

“Nak kena peluk ke?” bisiknya nakal ke telinga Erni. 

Bulu roma Erni meremang dan menegak secara tiba-tiba dengan bisikan Aiman.  “Abang jangan nak buat kerja gila eh?”

“Kisah apa? Sini luar negara lah…bukannya Malaysia…”

“Malaysia ke tak tapi kenalah malu.  Kita kan Islam?” ada pulak? Aku pulak yang malu lebih.  Nak tunjuk sweet pun agak-agaklah.

“Yelah…” Aiman mengalah.  Ingatkan nak boleh peluk tadi tapi hampeh.  Tak boleh pun.  Isteri aku ni pemalu sangat.

Tak lama kemudian, makanan yang dipesan sampai.  Pizza dengan cheese yang meleleh ditepi menaikkan selera Erni tiba-tiba.  Lahai…sedapnya aku tengok pizza ni.  Tak sampai hati pulak aku nak makan.

“Kenapa tak makan? Tadi kata craving pizza? Makanlah…”

“Abang…pizza ni cantik sangatlah.  Tak sampai hati nak makan…” sengal punya Erni. Sampai macam tu sekali kau tilik?

Aiman tertawa kecil.  Alasan tak logik gila! “Sayang ni banyak songeh eh? Tadi kata nak makan.  Orang pesan, nak makan tak sampai hati pulak?”

Erni tersengih bila sedar alasannya langsung tak logik dan agak bodoh.  Dia mengambil kepingan pizza lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.  Nikmatnya tak terkata.  Sedap weyh! Up sikit dari Pizza Hut Malaysia.  Hehehe…pandailah buat olahan sendiri.

“Macam mana? Sedap?”

“Sedap! Pandai abang pilih kan?” pizza digigit lagi.

“Mestilah…see the leg lah…siapa yang pilih kan?” keningnya dijongketkan. 
Erni mencebik meluat.  Kalau puji sikit, mulalah nak kembang putu piring! Lain kali tak payah puji!

See the leg konon…kaki buat apa?” satu keping pizza sudah habis dimakannya lalu mencapai sepotong lagi pizza.

“Tak buat apa pun.  Cuma, abang nak cakap kalau untuk sayang ni, sayang nak apa pun abang cuba tunaikan.  Mahal ke murah ke…semuanya abang akan tunaikan.  Tapi dengan syarat…”

Ceh! Ada syarat pulak! Tak boleh pakai suami aku ni.  “Apa dia?”

“Sayang ada di sisi abang sampai bila-bila boleh? Kalau ada masalah ke apa, jangan buat macam drama pukul tujuh.  Tak best.”

Sempat lagi…Erni tertawa kecil.  “Ye…insya-Allah Erni akan selalu ada di sisi abang.  Itupun kalau abang masih sudi terima Erni sebagai isteri abang.”

“Mana boleh tak terima? Abang tahu tak? Sayang ni nadi abang tau! Bukan nadi je tapi gear nak gerakkan jantung abang ni.”

Apa kena mengena dengan gear pulak dah? Lahai suami aku ni…banyak sangat pepatah tak betul dia ni.  Macam mana boleh jadi pensyarah? Sengal tak kena tempat!

Encik Suami SweetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora