Bab 34

30.7K 928 2
                                    

Tamat sahaja kelas, Erni, Urina dan ahli kumpulannya melangkah keluar dari dewan menuju ke taman yang berada tidak jauh dari dewan kuliah mereka.  Erni mengeluarkan laptop miliknya.  Begitu juga dengan Urina.  Yang lain pula mula mengeluarkan kertas masing-masing dan akan mencatit bahan-bahan yang dicari oleh Erni.  Kalau nak tahu, Erni lah ketua kumpulan sebenarnya.  Percaya ke idok? Hahaha

Lagi dua orang pelajar menuju ke kafeteria untuk membeli makanan.  Kalau tak beli nanti kempunan pulak.  Selepas mendapat bahan yang dicari, dia segera mengalihkan laptop kepada ahli kumpulannya.

“Ambik isi-isi penting je.  Yang lain tu semuanya huraian.  Kalau boleh, ambik contoh sekali.”

Mereka mengangguk faham dan mula menyalin isi-isi penting seperti yang dikatakan oleh Erni.

Urina ternampak Aiman yang berdiri tidak jauh dari mereka.  Aiman membuat isyarat supaya memanggil Erni.  Urina pantas mencuit tangan Erni lalu menunjuk ke arah Aiman. 

Aiman menyuruh Erni
menghampirinya.  Erni pantas meminta diri untuk beredar.  Dia segera menghampiri Aiman.

“Ada apa sir?”

“Kalau dah habis cari bahan untuk presentation, aku nak kau balik terus.”

“Kenapa?”

“Kau ni banyak tanya betullah.”

“Mestilah kena banyak tanya.  Dah kenapa sir nak saya balik awal sangat hari ni?” bila aku tanya kenapa, dia nak marah pulak.  Suka hati dia je.

“Sebab petang nanti kita akan ke butik dan buat tempahan baju pengantin.  Ada faham? Make sure kau balik terus!”

Buat tempahan baju? Oh… “ok.”

“Ingat!”

“Ye!” Aiman berlalu pergi.  Erni kembali menuju ke taman.





HELMET disimpan di dalam almari.  Kasutnya dibuang lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.  Pintu rumah ditutup.  Kakinya memanjat tangga menuju ke biliknya.  Badannya dihempas ke atas katil.  Fuh! Lega kejap rasanya badan aku ni. 

Ting! Chat dari what’s app masuk. 
Erni mengeluarkan telefonnya lalu membaca chat yang dihantar oleh Aiman.

Sir Aiman: Jangan ralit! Sebelum asar kita keluar buat fitting baju.  Make sure kau ingat.  Lambat sikit je ada hukuman untuk kau.

Huh! Tak habis-habis dengan hukuman dia tu! Asal aku lambat je, nak kena denda! Dia lambat tak pa pulak?! Ni yang buat aku nak naik minyak ni.

Erni: Yelah, yelah…ada saja yang tak kena dengan sir eh? Semuanya nak perfect je.  Kalau lambat sesaat pun takkan nak berkira?

Sir Aiman: Sesaat tu pun dikira masa dan berharga. 

Demand? Ergh!!!

Erni: Yelah!

Tak kuasa aku nak layan dia ni.  Kang ada jugak ayat falsampah dia yang keluar.  Lagi buat aku sakit hati.  Erni bangun dari pembaringannya lalu menuju ke arah almari.  Baik aku mandi.




“MACAM mana? Jadi ke tak nak ke butik?” soal Encik Ahmad Farid lalu duduk di seelah anaknya.

“Jadilah ayah.  Takkanlah tak jadi pulak kan?” balas Aiman sambil matanya masih terarah kepada telefon.  Apatah yang busy sangat.

“Nanti dekat butik tu janganlah pulak nak cari gaduh dengan Erni je.  Kalau Erni ada buat salah ke apa ke, tegur dia elok-elok.  Jangan buat kecoh pulak dekat butik.  Butik tu butik isteri kawan ayah.”

Encik Suami SweetOù les histoires vivent. Découvrez maintenant