Bab 26

32.2K 991 25
                                    

Erni melangkah turun ke bawah lalu menuju ke dapur.  Kenapa bau sedap sangat ni? Ada orang masak ke? Tapi, siapa? Sir? Ayah? Isy! Tak mungkinlah! Laju kakinya melangkah masuk ke dapur.  Matanya tak berkedip-kedip melihat seorang wanita yang agak berumur sedang memasakkan sarapan. 

“Assalamualaikum…” ujar Erni bila gerangannya masih tak sedar dengan kehadirannya di dapur itu.

“Waalaikumussalam…eh? Cik Erni dah bangun?” soal wanita itu.  Erni mengerutkan dahinya.  Macam mana dia boleh tahu nama aku? Siapa mak cik ni?

“Mak cik pembantu rumah ni…ayah cik Erni tak bagitahu ke?” ujar wanita itu lagi bila seolah-olah dia boleh nampak kekeliruan yang terpancar pada wajah Erni.

Errr…tak adalah pulak.  Mak cik janganlah bercik-cik dengan Erni.  Panggil je Erni.  Lagipun, Erni bukannya anak kandung tuan rumah ni pun.  Anak tiri je…”

Wanita itu mengangguk tanda faham.  “Erni pun panggil je Mak Eton ni, Mak Eton ya?” giliran Erni pula mengangguk.

“Mak Eton masak apa?” dia memandang benda yang dimasak oleh Mak Eton.  Oh, scramble egg rupanya.  Ini mesti makan dengan roti bakar.  Kegemaran sir Aiman
pagi-pagi.

“Mak Eton buat telur hancur ni jelah dengan roti bakar.  Lagipun, kata tuan, Aiman suka makan benda-benda macam ni pagi-pagi,” ujar Mak Eton lalu telur hancur yang sudah pun masak dicedok masuk ke dalam mangkuk.

“Meh sini Erni letakkan dekat meja makan,” dia mengambil mangkuk itu lalu dihidangkan di atas meja.
Mak Eton mengeluarkan 2 roti bakar terakhir dari toaster.  Ada 6 keping semuanya.  Erni mengambil lalu meletakkannya di atas meja.  Dia ternampak kelibat Aiman yang baru sahaja turun dari tangga lalu menghampiri meja.

“Mana Mak Eton?” soalnya lalu kotnya diletakka di kerusi sebelah.

“Ada dekat dapur.  Tengah buat air kot? Sir…kenapa tiba-tiba pulak ayah ambik Mak Eton bekerja di sini.”

“Saja…”

“Saja? Macam pelik je kenyataan tu?” ada pulak saja?

First, tujuan ayah ambik Mak Eton bekerja ialah supaya kau ada peneman.  At least, kau taklah sunyi sangat.  Ada teman berborak.  Second, lagipun Mak Eton pernah bekerja di sini sebelum ayah kahwin dengan arwah mama kau.  So, since arwah mama dah meninggal, Mak Eton datang bekerja dekat sini balik.  Ada faham? Now sit dan makan dengan aku…” selamba sahaja dia memberi arahan selepas membuat pidato lima minit.

Erni mencebik.  Bibirnya senget
sebelah.  “Tak nak ajak Mak Eton sekali ke? Takkan tak tunggu ayah sekali?”

“Ayah dah keluar pagi-pagi tadi.  Ada meeting dengan siapa entah.  Yang kedua, ajaklah sekali Mak Eton.”

Erni tersenyum lalu bingkas ke dapur.  “Mak Eton!”

“Opocot kau gigit kuali! Kuali gigit kau! Tst…eh! Erni!” Mak Eton melatah.  Erni cuma mampu ketawa. 
Serius lawak gila tengok Mak Eton melatah tadi.  Siap dengan gaya lagi kau.  Kau mampu?

Sorry Mak Eton…Mak Eton, jom makan sekali?”

“Tak payahlah…Erni makan jelah dengan Aiman.”

“Alah! Jomlah? Lagipun, abang Aiman yang suruh Erni ajak Mak Eton makan sekali…”

“Tapi…”

Emmm…tak ada tapi-tapi! Jom!” dia menarik tangan Mak Eton ke ruang makan.  Kerusi ditarik lalu dia menyuruh Mak Eton duduk.  Mak Eton duduk dengan hati-hati.  Erni melangkah ke arah dapur lalu teko berisi air teh diambil dan dia kembali ke meja makan.

Encik Suami SweetDove le storie prendono vita. Scoprilo ora