Bab 32

31.1K 994 46
                                    

Laju kakinya melangkah masuk ke dalam shopping mall.  Matanya hanya tertumpu pada kedai yang mejual cincin.  Rasanya kalau beli cincin mulai sekarang, tak salah kan?

Riana yang sedang membelek baju ternampak kelibat Aiman yang sedang melangkah tenang menuju ke kedai cincin.  Hmmm…dia mesti nak beli cincin kahwin.  Pantas kakinya mengorak langkah ke arah Aiman.

“Aiman!” laungnya.

Aiman berhenti melangkah lalu menoleh belakang.  “Riana? What are you doing here?”

“I datang nak beli barang.  You? Mesti nak beli cincin kan?”

Aiman cuma tersenyum sambil menggosok belakang kepalanya.  Macam tahu-tahu je. 

“Riana…if you don’t mind, boleh tak you tolong pilihkan cincin yang sesuai? Sebab I tak pandai nak memilih.”

“You ni? You nak kahwin dengan Erni
kan? Of course lah cincin you kena pilih sendiri.  Takkanlah I nak kena pilih pulak? Lagipun, kenapa you tak datang dengan dia?”

“Dia ada assignments dengan grup.  I
tak naklah bebankan dia pulak.  Memandangkan you ada dekat sini, you bolehlah tolong pilih untuk I.”

Riana memandang jam di pergelangan tangannya.  “Ok, sure no problem.  Jom!” mereka sama-sama melangkah menuju ke arah kedai cincin.

Riana dan Aiman melabuhkan punggung di kerusi sambil melihat ke arah cincin-cincin yang cantik tersusun.  Semuanya cantik-cantik belaka.  Harga pun cantik juga.  Ada angka 4 dan 5.  Yang mahal lagi aku tak tahulah.  Tak sanggup rasanya nak tengok angka yang lebih dari 5.

Aiman memandang ke arah cincin yang ditunjuk oleh Erni.  Semuanya cantik.  Rambang mata pulak nak pilihkan untuk Erni.  Ralit Riana memerhatikan satu persatu cincin yang ada di situ.

“You nak yang macam mana Aiman?”

“Kalau I, I just nak yang simple but perfect.  Cantik…”

“Ok, kalau macam tu how about this?” dia menujukkan ke arah cincin yang memang simple tapi cantik ukirannya.  Batu permata pula kelihatan cantik di tengah-tengah
tersebut.  Berkilau.

Nice…”

“Dik, boleh bagi yang ni?” pemuda itu mengangguk lalu mengeluarkan cincin yang seperti dipinta oleh Riana.

Cincin disuakan kepada Riana.  Riana mengambil lalu ditayangkan pada Aiman.  Aiman mengambilnya lalu memerhatikan cincin tersebut.  Boleh tahan cantik.

Riana kembali memerhatikan cincin-cincin tersebut.  Ada satu yang menarik perhatiannya.  Pantas dia meminta pemuda itu mengeluarkan satu lagi cincin yang dipintanya.

“Aiman…how about this?” cincin berwarna keemasan dengan batu permata yang sederhana besar ditunjukkan kepada Aiman.

Aiman tertarik dengan cincin yang berada di tangan Riana.  “I suka yang tu.  Simple and nice.  So, I nak yang tulah.”

Sure you nak yang ni?”

Yes, I am sure.”

“Ok kalau you cakap macam tu…how about cincin you pulak?”

“Tak apa…itu ayah I dah uruskan sebenarnya.  Tinggal I nak beli cincin untuk Erni je…”

“Oh oklah kalau macam tu.”
Selepas membayar harga cincin tersebut, mereka berdua keluar dari kedai cincin.

“Kalau you perlukan pertolongan I, you call je I.  I akan selalu ada untuk you.” ujar Riana.

“Ya, thank you for today.  Make sure you datang masa akad nikah I nanti ya?”

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now