Bab 45

38.9K 1.1K 22
                                    

Usai solat Subuh, Aiman kembali sambung tidur selepas solat Subuh dengan Erni tadi.  Erni pula menuju ke biliknya memandangkan telefonnya tertinggal di biliknya.  Erni mengambil telefonnya lalu membelek chat dari what’s app.  Ada what’s app dari Urina dengan Hafif.

Urina: Selamat pengantin baru Erni! Macam mana malam pertama kau tadi? Kau lari ke apa? [face palm]

Terencat punya Urina! Dia boleh tanya aku soalan macam tu? Gila betul minah ni.  Otak biru memanjang.  Tak ada soalan lain ke yang kau nak tanya hah?

Erni: Kau gila ke apa? Tanya soalan ilmiah sikit boleh tak? Hal dalam kelambu orang jugak kan yang kau nak masuk campur? Dasar otak biru.

Chat dari Hafif pula dibuka. 

Hafif: Selamat pengantin baru Erni.  Aku harap kau dengan Aiman bahagia dunia dan akhirat.  Aku harap kau dapat jadi isteri yang baik kepada Aiman.

Kenapa aku rasa ayat dia ni sedih sangat? Ke aku je over rasa macam ni.

Erni: Thank you. Once more thanks sebab datang ke majlis aku semalam. 

Telefonnya ditutup dan pantas dia mengambil bajunya dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

SEMUA mata memandang ke arahnya.  Kenapa semuanya pandang aku macam tu? Ada apa-apa yang tak kena dengan aku ke? Nasib baiklah sepupu-sepupu aku semuanya dah balik.  Kalau tak, diorang pun tumpang sekaki usyar aku.

“Kenapa?” ujarnya bila menghampiri meja makan.  Dah semua pandang aku pelik je.  Nak kata baju aku terkoyak, tak pun.

“Awal akak bangun?” mereka tersenyum penuh makna.

Hah! Aku dah faham.  Ini mesti kes nak menyakat akulah ni? Hmmm…dah nama pun sepupu-sepupu kepada sir pedas kan? Perangai pun lebih kurang je. Kalau tak mengusik tak sah!

“Kenapa kalau awal? Tak salahkan?” Erni mengambil tempat di sebelah Nurain.  Nurain nilah yang paling banyak celoteh.  Ketua kepala sakat.  Bab sakat-menyakat kena serah dekat dia.  Aku pun kalah weyh.

“Haih…takkanlah awal sangat? Mana abang Aiman? Takkan pasangan sweet tak turun sekali?”

Haihlah Nurain…kalau bolehlah kan aku nak perah bibir dia ni buat jus.  Ada saja benda yang dia nak menyakat.  Kalau tak menyakat orang, tak sah betul! Geram pulak aku dengan mulut dia ni.

“Takkanlah benda yang sweet nak kena tunjuk dekat Nurain? Mana best! Nanti dah tak jadi sweet,” balasnya turut masuk air kolam sekali dengan Nurain.  Lagipun, dengan Nurain tak ada masalah kalau nak berlawak berlebihan pun sebab dia ni bukannya sejenis yang annoying.

“Apa salahnya nak beromantika dalam rumah pun.  Bukannya salah…”

“Ain! Dahlah tu…tengok Kak Erni nak makan pun tak senang,” tegur Akma.  Kadang-kadang adik dia ni terlebih mulut pulak. 

“Tak apalah Akma.  Biasalah orang nak berlawak dengan kita.  Tak apa, akak ok je,” Erni menghulurkan senyuman manis kepada mereka. 
Suasana meja makan riuh dengan gelak tawa mereka.  Mak Eton pun sama naik je dengan suara mereka.  Sama-sama masuk air.

Usai makan, Erni meminta diri untuk naik ke atas.  Dah kenapalah sir ni tak turun-turun lagi? Dah nak dekat pukul 11 dah tapi muka tu tak muncul-muncul lagi.  Pintu bilik ditolak perlahan.  Kelibat Aiman tiada.  Ke mana sir pergi? Tak ada pun?

Kakinya tetap melangkah masuk ke dalam bilik Aiman.  Ya Allah, katil pun bersepah.  Masya-Allah, tak pandai-pandai nak kemaskan.  Asyik aku je yang kemaskan dari dia bujang sampailah aku dah jadi isteri dia.  Comforter di hampar ke atas katil dan bantal-bantal di susun di kepala katil dengan kemas.  Cadar diperbetulkan.

Aiman perlahan-lahan menghampiri tubuh Erni.  Niatnya untuk mengejutkan Erni.  Dah lama rasanya tak kenakan Erni.  Hahahaha…evil is coming! Perlahan-lahan dia memeluk tubuh Erni dari belakang.  Dapat dia rasa Erni terkejut dan serentak itu juga Erni menjerit.

Aiman pantas menekup mulut Erni.  Dia ni kalau menjerit, boleh bergegar satu rumah.  Hesy! Tak ubah-ubah lagi ke volume dia ni? Aku pun nak naik terkejut jugak bila dia menjerit tadi.  Silap hari bulan, gegendang telinga pun boleh pecah dengar jeritan dahsyat dia tadi.

Sir!!!” marah Erni bila dia memusingkan tubuhnya.  Dia main peluk-peluk pulak! Aku ingatkan hantu ke apalah tadi?

Bila terperasankan tubuh Aiman yang separuh bogel, Erni menutup mukanya.  Agak-agaklah nak bogel depan aku pun! Ingat body tu seksi sangat ke hah?! Dengan betuala je. 

Hello? Sayang…yuhuu??? Kenapa ni? Kenapa tutup mata tu?” bukan dia tak tahu.  Saja dia buat tak tahu.  Nak test sikit tahap brutal Erni ni.

Sir tulah! Kenapa bogel?!” marahnya.  Mata masih ditutup dengan tapak tangannya.

Erni terjerit lagi bila tubuhnya ditarik dan tubuhnya bersatu dengan Aiman.  Yang ni memang aku nak jerit kuat! Seksaan apa ni?!

Sir!”

“Hah! Sayang panggil abang sir sekali lagi, you gonna get your punishment! I don’t care even it’s a kiss or more than that,” baru semalam je cakap pasal ni, dia panggil aku sir lagi?

Sir…” ops! Terlepas lagi!

“Sayang…sayang memang nak hukuman daripada abang ke? Hurm?” wajahnya ditundukkan melihat wajah Erni yang masih lagi ditutup dengan tapak tangannya.

Why are you afraid? Am I freaking you out? Kenapa tutup muka tu? Tak nak tengok muka abang ke?” seronok pulak aku usik dia ni.

Sir!”

Pelukannya dikemaskan membuatkan sekali lagi Erni terjerit.  “Ok! Ok! Abang!” yang ni seksa betullah! Tak reti-reti nak pakai baju lagi ke?

“Tak berapa nak sedap bunyi tu.  Try again and call me smoother…better than that one.”

Melampau betullah dia ni! Oh! Mentang-mentang dah jadi suami aku sekarang, dia nak buli? Bencinya!!!

“Abang…abang boleh tak lepaskan saya? Please put on your cloth.  Tak seksi pun bogel macam ni,” rasa macam nak penampar pulak bibir aku ni! Eiii!!! Erni! Melepas je eh kau cakap sekarang ni?! Kau tahukan perangai sir Aiman tak boleh nak dijangka? Payah betullah kau ni Erni.

“Oh…tak seksi? So, macam mana nak bagi seksi? Put down my towel?” keningnya dijongketkan nakal.

No!” pantas Erni menggeleng kepalanya.  Janganlah dia buat macam tu! Boleh pengsan aku dibuatnya.

Aiman tertawa kecil lalu melepaskan tubuh Erni lalu bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuhnya.

I’m done…”

“Bohong!”

“Kenapa pulak abang nak bohong? Seriuslah…bukak mata tu…”

Perlahan-lahan Erni membuka matanya dan satu nafas lega dihembuskan.  Fuh…nasib baiklah betul-betul dia dah pakai baju.  Kalau dia bohong lagi, memang aku menjerit lagilah.

“Abang ni jahatlah! Kenapa kenakan saya?”

“Abang suka tengok muka sayang merah tahan malu.  Lagi nampak cantik dan comel…”

Nak menggayatlah tu.  Ingat aku layan? “Dah! Tak payah nak gedik sangat.  Kejap lagi turunlah makan.  Tadi ayah ada tanya kenapa abang tak turun makan lagi,” wooo…lancar pulak aku sebut perkataan abang kan? Dah takut…mahunya tak laju sebut.

“Yelah, kejap lagi abang turun makan.  Sayang dah makan ke?”

“Dah…kenyang dah pun.  Nanti turunlah makan.  Banyak Mak Eton masak.”

“Yelah…”

Hola hola! Nak promote cite ni...

1) Bos Jadi Suami?!
By: Nursyuhadah25

Encik Suami SweetWhere stories live. Discover now