Bab 5

34.2K 1.2K 30
                                    

Erni memandang segala persiapan tersebut.  Hmmm…nampaknya esok mama akan dinikahkan dengan Pak Cik Farid.  Huhuhu…nilah yang tak best ni! Aku tiba-tiba pulak rasa macam kehilangan.  Haih…hati.  Kau jangan nak drama sangat boleh tak? Lepas ni, aku tak boleh tengok dah slot akasia.  Hati ni berdrama lebih sangat.

Puan Radiatul memandang Erni yang termenung melihat segala persiapan yang dilakukan.  Entah apa yang anaknya termenung tu.  Anak aku ni banyak benda yang boleh buat dia termenung.  Aku yakin yang dia termenung memikirkan pasal aku.

“Erni termenung apa tu?” soal Puan Radiatul sambil membetulkan semua barang-barang miliknya.  Lagipun, lepas dia dinikahkan esok, dia dan Erni terus masuk ke rumah baru.  Rumah Encik Ahmad Farid.

Erni tersenyum sedikit.  “Tak ada apa pun mama.  Cuma terfikir yang tak sangka Erni akan dapat ayah baru…” aku ingatkan selepas kepergian abah beberapa tahun yang lalu, aku dan mama akan hidup berdua je.  Rupanya tak.

“Erni…mama tak suka Erni cakap macam tu.  Seolah-olah Erni tengah menyindir mama…”

“Mana ada Erni menyindir mama.  Yelah, abah dah tinggalkan kita lama dah.  Dan Erni fikir mama dah tak nak cari pengganti, rupanya tak…” aku tak ada niat langsung nak menyindir mama.  Serius tak ada.

“Erni tak suka ya?” dia rasa bersalah pulak.  Dia takut Erni akan murung jika dia berkahwin lain.

“Bukan Erni tak suka tapi Erni tak sangka…” lagipun, kau ingat aku nak jadikan sir pedas tu sebagai abang tiri aku? No way!

“Kalau Erni tak suka, mama boleh cakap dengan Pak Cik Farid dan…” terus percakapan Puan Radiatul dipotong.

“Tak apa mama…lagipun itukan keputusan mama dan Pak Cik Farid? Erni tak boleh nak halang.  Lagipun, Erni faham.  Mesti mama dan Pak Cik Farid sunyi tanpa peneman kan?” aku cuba fahamkan hati aku walaupun yang sebenarnya aku tak berapa nak suka.

Bila teringatkan muka pedas tu je, buat mood aku turun automatik! Kenapalah aku ditakdirkan untuk menjadi adik tiri dia? Huhuhu! Aku yakin yang dia akan seksa perasaan aku nanti!

Puan Radiatul nengusap kepala anaknya lembut sambil tersenyum. 
“Erni betul-betul ke boleh terima ni?”

“Insya-Allah ma…” dia cuba mengukirkan senyuman walaupun separuh hatinya tidak dapat menerima sebenarnya.  Apatah lagi bakal abang tiri aku tu…hah! Tak nak cakap.


ENCIK AHMAD FARID menghampiri anaknya yang sedang memandang ke arah laptop.  Banyak sangat ke kerja tu? Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan anaknya.  Aiman masih tekun dengan laptop nya.

“Aiman…ayah nak tanya sikit boleh?” pintanya sambil memandang anaknya yang sedang melari-larikan jari di atas keyboard laptop.

“Ada apa ayah?” jarinya berhenti menaip.  Tumpuannya difokuskan kepada ayahnya sendiri.

“Esok kan majlis ayah?” Aiman mengangguk.  “Aiman ada tak di majlis ayah esok? Ayah harap Aiman tak sibuk dengan kelas.” ujarnya seolah berharap yang Aiman akan ada bersama sekali untuk esok.

“Insya-Allah ayah.  Kalau tak ada apa-apa, Aiman ada esok…” lagipun aku malas sebenarnya nak join esok.  Nak hadap si muka minah pemalas tu! Erh! Menyakitkan hati betul.

“Tak apalah kalau macam tu.  Sambunglah buat kerja.  Ayah nak naik masuk tidur dulu…” Encik Ahmad Farid bangun dari kerusi lalu menuju ke biliknya.

Daripada pandangan fokus kepada laptop, terus tak menjadi bila tiba-tiba pulak muka Erni menerjah ruang matanya.  Ah! Betul ke dia tu bakal adik tiri aku? Tak pernah terfikir langsung nak ada adik annoying macam dia tu! Menyesakkan kehidupan!  Nanti bila mama dia kahwin dengan ayah aku, mestilah diorang akan pindah duduk di sini.  Hah! Sungguh tak kena.

Encik Suami SweetOnde histórias criam vida. Descubra agora