Bab 9

8.2K 344 16
                                    

     {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Jam sudah menginjak ke angka dua saat mereka berdua selesai menunaikan solat Zohor dan solat sunat pengantin. Ralph yang hanya memakai songkok memandang wajah Ikha yang sedang duduk bersimpuh sambil diperhatikan penduduk berketurunan siam-melayu disitu. Hafiz Rafael duduk menghadap Intan Zulaikha yang telah sah menjadi isterinya sebentar tadi untuk upacara pembatalan air sembahyang. Cincin permata putih asli yang memang sudah disediakan oleh Ralph semenjak mereka 'main kahwin-kahwin' dulu disarung ke jari manis Ikha.

     Tiba-tiba Ikha dihimpit perasaan sebak. Dia rindu keluarganya. Namun ini pilihan yang dia ada. Ini cinta yang dia pilih. Mungkin ini jalan hidup yang telah ditetapkan oleh-Nya. Ikha redha. Lelaki yang sedang berada dihadapannya kini adalah pilihan hatinya .

     Air matanya jatuh saat Hafiz Rafael mencium dahinya dengan penuh syahdu. Ralph juga turut mengalirkan air matanya. Entahlah jiwanya mempunyai pelbagai rasa. Antara perasaan gembira ataupun perasaan bersalah. Masing-masing sedang berkeceramuk dalam hatinya.

      "Maafkan saya sayang sebab ambil awak dengan cara macam ni." Perlahan Ralph berbisik.

      "Mulai saat ni, awak lah syurga saya." Ujar Ikha sambil tersenyum sebelum mengelap air mata yang berlinang di pipi Ralph.

      "Terima kasih sayang, saya janji akan jadi suami yang baik untuk awak. Sayang cuba ambil kotak dalam dashboard tu." Ralph mengengam erat jari jemari Ikha lantas membawa kebibir dan memberi kucupan hangat sambil menjuih bibir kearah dashboard.

     Intan Zulaikha mengambil kotak baldu berwarna biru tersebut dan terus membukanya, kelihatan rantai emas putih berkilauan bersama loket berbentuk hati. Intan Zulaikha tersenyum manis sambil memandang kearah Hafiz Rafael.

     "Apa ni?"

    "Untuk awak sebagai hadiah perkahwinan kita."

     Semenjak selesai akad nikah mereka sehinggalah ke dalam kereta, Ralph masih kekal mengengam tangan Ikha. Masih tak lekang senyuman indahnya. Ikha memandang lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

     "Amboi cik abang, tangan kita ni dah naik kebas asyik kena pegang je." Ikha mengusik Ralph yang masih tersenyum sambil memandu. Sesekali dia mengenyit mata kearah Ikha.

     "Saya takkan lepaskan tangan halus sayang ni sampai bila-bila, tu janji saya." Spontan Ralph meraih tangan Ikha dan membawanya ke bibir. Ikha menjulingkan mata namun bibirnya tetap menguntum senyuman.

     "Awak ni kelakarlah, esok-esok pun boleh pegang tangan saya ni. Saya kan dah jadi milik awak." Ikha tertawa. Sesekali dia memerhati perilaku Ralph yang tidak lekang-lekang mengengam erat tangannya itu seolah-olah mereka bakal berpisah.

     Ralph turut tertawa mendengar celoteh isterinya itu. "Entahlah sayang, saya rasa macam tak ada hari esok. Saya nak selama-lamanya berada disisi awak walaupun dalam tidur."

     Wajah Ikha sudah berona merah. "Apa ni cakap pasal tidur?"

     "Kenapa? Awak fikir apa?" Ralph mengerling wajah Ikha yang sudah kemerah-merahan itu. Sengaja dia memandang Ikha dengan pandangan mengusik. Ikha mengalihkan wajahnya keluar tingkap sambil tersenyum, sengaja menutup perasaan malu yang sudah mula bertandang.

    "Nakal lah isteri saya ni! Kalau bukan tengah drive dah lama saya kiss awak puas-puas." Pantas tangan Ralph mencuit hidung mancung Ikha dengan manja.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now