Bab 34

6.2K 192 7
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

     Tanpa membuang masa Hafiz Rafael meneruskan langkah menuju kearah Intan Zulaikha dan lelaki itu yang sedang gembira ketawa. Sungguh dia merasa sakit saat melihat pandangan mata Intan Zulaikha yang redup memandang lelaki itu dengan penuh perasaan cinta!

     "Doktor Intan Zulaikha." Hafiz Rafael menegur sambil tersenyum sinis.

      Mati tawa mereka berdua saat melihat suara yang menegur Intan Zulaikha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Mati tawa mereka berdua saat melihat suara yang menegur Intan Zulaikha. Intan Zulaikha menoleh dan terkedu. Ah Hafiz Rafael ni mahu apa lagi dia di hospital ni?

     Iqbal Shafique memandang wajah Hafiz Rafael. Hatinya tertanya-tanya siapa pula gerangan lelaki itu?

     "Siapa ni doktor? Boyfriend ke?" Soal Hafiz Rafael dengan senyuman paksa kearah Iqbal Shafique. Iqbal Shafique membalas kembali dengan senyuman ikhlas namun dia merasakan ada pandangan dingin dari mata lelaki itu.

     Intan Zulaikha hanya senyum segaris tidak pula dia mahu menjawab.

     "Hari ni doktor balik pukul berapa? Nanti saya boleh ambil awak sekali dengan kereta awak and about last night thanks sebab temankan saya." Sambung Hafiz Rafael lagi. Sengaja dia ingin mewujudkan perang antara mereka dan mencucuk api dalam hubungan pasangan sejoli yang kononnya sweet sekarang ni!

     Intan Zulaikha terkejut. Sungguh dia merasakan pandangan mata Iqbal Shafique memanah jiwanya saat ini.

     Iqbal Shafique menghela nafasnya perlahan. Tak mungkin lah Intan Zulaikha macam tu, dia tahu Intan Zulaikha takkan melakukan perkara yang bukan-bukan. Pasti ada sesuatu yang terjadi. Segera dia berfikiran positif dan beristighfar moga hatinya sentiasa dilindungi dari hasutan Syaitan.

     Hafiz Rafael memandang Iqbal Shafique dengan wajah yang jelas dengan api cemburu. "By the way, I shoud go. Sorry kacau daun, jumpa lagi doktor Intan Zulaikha." Perli Hafiz Rafael sebelum berlalu pergi.

    Iqbal Shafique masih membisu, Intan Zulaikha mula mengigit bibirnya. Sungguh hatinya bedebar saat ini. Risau jikalau Iqbal Shafique memikirkan yang bukan-bukan mengenai dirinya.

    "Fiq, it not what you're thinking about." Laju Intan Zulaikha berkata namun perlahan.

    "Yaa doktor Intan Zulaikha. Apa sebenarnya yang berlaku?" Soal Iqbal Shafique lembut sambil tersenyum ikhlas.

    "Kereta saya rosak lepastu lelaki tu yang tolong saya malam tu lepastu dia ajak makan and that all. Tak ada apa yang berlaku pun. Sumpah!" Ujar Intan Zulaikha dengan bersungguh-sungguh.

    "Hey, awak jangan main sumpah-sumpah ni. Awak jangan risau lah, I trust you more than him." Ujar Iqbal Shafique sambil tersenyum.

    "Lagipun saya percaya awak bukan perempuan yang macam tu dan saya percaya Allah sentiasa lindungi awak dan kalau kita ada jodoh, larilah kemana pun awak atau saya akan kembali bersatu, InshaAllah." Sambung Iqbal Shafique lagi.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now