Bab 41

6.3K 184 13
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••         

        Laju Intan Zulaikha mengesat air mata dan mengambil telefonnya. Mujur waktu shift kerjanya hampir tamat jadi boleh lah dia keluar semudah ini. Kunci kereta dia ambil. Hanya seorang je yang dia ingin temui saat ini. Abang Akram!

       "Yes abang Am!" Intan Zulaikha angguk mengiyakan. Kenapa lah tidak dari tadi dia terfikirkan perkara itu. Abang Akram kan best friend forever Iqbal Shafique mesti dia tahu.

        Intan Zulaikha memakai blutoothnya sambil mendail nombor telefon abangnya itu. Keretanya meluncur laju diatas jalan raya.

       "Please Abang Am, pickup your phone! "

       Mujur panggilannya diangkat, laju Intan Zulaikha menerpa. "Hello Abang Am!"

     "Assalamualaikum sayang! Kenapa ni? Sorry abang baru turun flight." Cemas sahaja suara Akram menyahut. Bunyi bingit enjin pesawat menjadi latar.

     "Waalaikumusalam abang Am! Abang kat pengkalan ke?"

     "Ha ah, abang ada kat pengkalan. Kenapa ni sayang kelam kabut je bunyi."

     "Ikha datang sana sekarang!" Pantas dia menekan button off tanpa sempat Akram membalas.

       Sampai sahaja di hadapan pintu A pengkalan TUDM, Intan Zulaikha ditahan pegawai yang menjaga pintu utama itu.

       "Maaf cik. Cik tak dibenarkan masuk."

       "Saya nak ambil abang saya Leftenan Jeneral Akram dekat dalam." Ujar Intan Zulaikha sambil mengukir senyuman paksa.

       "Maaf cik, tetap tak boleh. Cik kena tunggu sampai garisan depan tu je."

       "Hmm, okey. Terima Kasih." Intan Zulaikha mendengus.

      Hampir 30 minit Intan Zulaikha duduk di pangkin situ. Dia seperti cacing kepanasan menuggu abang Akramnya. Sekejap dia tengok jam, sekejap dia mengeluh. Wajahnya sudah berubah cemberut saat Akram datang menghampiri.

      "Ikha, lama dah tunggu abang?" Akram menyapa. Sudah dia agak pasti adiknya itu merajuk kerana dari jauh lagi sudah nampak muncung sedepanya itu.

      "Fiq mana?!" Intan Zulaikha sudah menunjukkan muka garang sambil memeluk tubuh.

      "Amboi, Fiq dulu dia tanya. Bukan nak tanya abang ni dah makan ke belum? Sepatutnya Ikha mesti tahu Fiq dekat mana. Diakan patient Ikha." Akram sudah membebel.

       Intan Zulaikha mencubit lengan Akram. Geram punya pasal. Orang serius, dia main-main pulak.

       "Ambik tu! Abang, Ikha serius la. Fiq mana?"

       "Aduh! Ikha ni macam mama la. Tangan ketam." Akram sudah mengosok lengannya.

       "Abang Am cepatlah bagitau, Fiq mana?" Mata Intan Zulaikha mula bertakung.

      "Fiq tak bagitahu Ikha apa-apa ke before dia naik flight?"

      "Tak ada, dia bagi surat je. Naik flight? Dia nak pergi mana abang Am?" Lirih suara Intan Zulaikha. Keningnya sudah bertaut. Pelik.

      "Fiq dah pergi ikut program UNIFIL dekat Lubnan under MALBATT. Tapi belum tahu lagi Fiq punya skuad ambil 6 bulan atau setahun."

      "Lamanya, Ikha tak sempat explain apa-apa dekat Fiq. Flight dia pukul berapa abang Am?" Intan Zulaikha mencebik lalu mengeluh.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now