Bab 43

5.6K 186 8
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }    

•••••• 

        'Awak nak tahu apa yang paling sakit kat dunia ni yang pernah saya rasa?' Soal Hafiz Rafael

        'Hah, sakit mencintai mu?' Intan Zulaikha sudah memulang paku keras.

Hafiz Rafael tertawa. Layan jugak bini aku ni dengan pickup line ye. Hatinya berkata-kata.

        'Terima kasih sayang sebab cintakan Ralph. I love you more.' Balas Hafiz Rafael sambil menutup panggilannya. Intan Zulaikha terpempam. Masih memproses kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri. Termakan kali ini dengan jerangkap samar daripada Hafiz Rafael nampaknya. Namun ketawa halus terlepas dari bibir mungilnya.

         Memikirkan Hafiz Rafael, Intan Zulaikha teringat yang lelaki itu pernah memberikannya surat cinta sewaktu tamat peperiksaan. Kemana agaknya surat, cincin kahwin dan gambar Raplh agaknya? Fikirannya dipaksa memikir jauh. Kena tanya mama jugak nampaknya!

         Hafiz Rafael memandang telefonnya sambil tersengih. Rindunya dia dekat Intan Zulaikha hanya Tuhan saja tahu. Kalaulah dapat diundur masa takkan dia sia-siakan peluang membahagiakan gadis itu. Jauh Hafiz Rafael membuang pandang pekat malam dari birai tingkap wadnya sambil otak ligat teringkat akan perbualannya dengan Doktor Nadia sebentar tadi sewaktu dia keluar mencari Intan Zulaikha.

          "Encik Rafael! Encik nak pergi mana? Kalau nak apa-apa boleh panggil staff nurse yang bertugas ?" tegur Doktor Nadia yang ternampak Hafiz Rafael keluar dari wadnya. Kebetulan Doktor Nadia pula mahu menuju kearah pantri.

Langkah kaki Hafiz Rafael terhenti, pantas dia menoleh.

         "Saya nak jumpa doktor Zulaikha. Dia ada dekat ofis ke doktor?"

          "Maaf encik Rafael, doktor Zulaikha baru je balik rumah. Waktu kerja dia dah habis." Doktor Nadia dah berjalan mendekati Hafiz Rafael. 

         Semenjak memberitahu keputusan kesihatannya kepada lelaki itu, tidak habis-habis nama Intan Zulaikha yang meniti bibirnya. Terlampau banyak persoalan yang menerpa benak fikiran Doktor Nadia mengenai hubungan Hafiz Rafael dan Intan Zulaikha.

         "Encik Rafael nak apa-apa ke? Saya boleh tolong."

          Hafiz Rafael geleng sambil mengesat hidungnya tatkala merasa ada cecair panas yang keluar dari hidungnya. "Saya ingat dia ada dekat sini."

          Doktor Nadia yang memerhati sudah berkerut risau melihat ada darah yang mengalir. "Encik Rafael! Encik dah makan ubat? Ada darah keluar dari hidung encik. Saya nak encik Rafael proceed dengan apa yang telah kita bincang before everything gonna be worst. Awak masih ada banyak peluang lagi."

         "Bagi saya masa doktor Nadia. Doktor saya harap doktor pegang janji doktor dengan saya." Matanya sudah jatuh melihat kesan darah pada tangannya.

         Doktor Nadia mengeluh. "Saya tak kan persoalkan apa hubungan antara encik Rafael dan doktor Zulaikha tapi saya tak boleh seratus peratus janji sebab Intan Zulaikha is a doctor too. Lambat laun dia akan tahu jugak."

          "Itu tak ada masalah doktor, saya akan settlekan sendiri dengan Intan Zulaikha."

          "But you need to keep yours promise too." Doktor Nadia sudah merenung wajah Hafiz Rafael.

         "Saya ingat janji saya. Saya masuk dalam wad balik lah. Terima kasih doktor." Pamit Hafiz Rafael.

       "Tunggu! Saya rasa Encik Rafael kena cuci hidung dulu." Doktor Nadia menghalang laluan lelaki itu.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now