Bab 31

6.5K 215 6
                                    

    {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Awal-awal pagi lagi Hafiz Rafael sudah terpacak dihadapan hospital SALAM. Dia ada misi saat ini atau lebih tepat PROJEK MEMIKAT ISTERI.

      Masuk sahaja di ruang reception, terus Hafiz Rafael mendapatkan nurse yang berada disitu.

    "Maafkan saya, boleh tahu doktor Intan Zulaikha ada tak?" Soal Hafiz Rafael.

     Emma yang kebetulan berada disitu melemparkan senyuman manis. "Encik yang semalam datang dengan doktor Zulaikha tu kan?"

     Hafiz Rafael angguk sambil tersenyum. "A ah, doktor Zulaikha ada?"

     "Maafkan kami, doktor Intan Zulaikha lambat masuk hari ni. Dia ada hal dekat kem tentera Subang."

      Hafiz Rafael berkerut, dia ingin tahu mengapa isterinya itu pergi kesana? Tentera? Iqbal Shafique?

      "Boleh saya tahu dia buat apa dekat sana?"

     "Doktor Zulaikha bagi penghormatan terakhir kepada polis dan tentera yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas dan serangan penganas awal pagi kelmarin di Sabah. Ada yang keluar berita tu." Semakin ligat Emma bercerita.

     "Siapa ya dalam tentera tu? Abang dia ke?" Hafiz Rafael sengaja menduga nurse itu.

      Emma geleng. "Boyfriend doktor ada sekali dalam pesawat tu encik."

      Hafiz Rafael terdiam. Mati senyumannya saat mendengar nama lelaki yang membuatkan Intan Zulaikha menangis semalam sewaktu mendengar berita mengenai pesawat tentera yang terhempas itu adalah teman lelakinya!

     "Okey, terima kasih ya Emma." Ujar Hafiz Rafael setelah ternampak nametag Emma di bajunya.

      "Eh, tunggu dulu. Encik siapa ya? Tak nak sampai kan pesan apa-apa pada doktor? Encik ada appointment dengan doktor ke?" Emma melaung namun Hafiz Rafael tidak memperdulikan panggilannya dan terus keluar dari situ.

       Emma memandang aneh namun malas dia mengambil pusing. Dia kembali meneruskan tugasnya yang tergendala tadi.

~~~~~~~~~

       Sementara itu Intan Zulaikha sudah terpacak di pengkalan TUDM Subang bersama dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Mujurlah dia dibenarkan masuk mengunakan akses abangnya Akram. Berada disitu, hatinya dilanda dengan perasaan sayu melihat ramai keluarga yang berkumpul namun matanya tertangkap kearah seorang wanita yang sebaya dengan dirinya berkurung putih dengan seledang sedang melentokkan kepalanya dibahu wanita yang lebih berusia. Murung sahaja wajah itu, namun tiada setitik air mata yang kelihatan.

       Sekelompok keluarga pula sedang khusyuk membaca Yassin. Terdapat tentera berpakaian lengkap dengan seragam Melayu putih dan hitam sedang tegap berdiri menanti 2 buah pesawat yang membawa jenazah mangsa yang terkorban dengan penuh hormat. Terdapat juga barisan media digarisan yang dibenarkan serta pegawai tentera atasan yang serius menanti. Sebanyak 12 biji Van Jenazah berderet terususun dilapangan.

        Pintu pesawat terbuka, hati Intan Zulaikha makin berdebar. Pegawai tentera yang bertugas mengeluarkan keranda pertama dengan berhati-hati. Keranda yang telah diletakkan bendera Malaysia yang menyelubungi dan diikuti dengan keranda kedua. Barisan pegawai yang berpakaian hitam putih sudah mengangkat keranda dengan penuh hormat dan bergerak perlahan-lahan.

       12 buah keranda melalui barisan tabik hormat sebelum dimasukan berhati-hati kedalam van jenazah untuk dibawa ke kampung halaman masing-masing. Intan Zulaikha terasa sebak tatkala melihat keluarga mangsa hanya menunduk menahan perasaan sedih yang menyelubungi. Perlahan-lahan air mata mengalir dibalik kaca mata hitamnya.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now