Bab 14

7.8K 268 19
                                    

  {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Hafiz Rafael membuka matanya perlahan-lahan. Entah kenapa matanya memberat padahal dia rasa macam sudah terlalu lama dia melelapkan mata. Saat dia mahu bangun, dia tersekat dek seat belt yang berada di perutnya. Pantas dia melihat sekelilingnya, dia sudah berada di dalam pesawat dan di kabin kelas business. Puan Bella yang menyedari tindak balas gerakan badan Hafiz Rafael pantas menoleh sambil berkerut risau namun dipaksa bibir mengukir senyuman.

      "Sayang, maafkan mama." Air matanya gugur melihat keadaan Hafiz Rafael yang terpinga-pinga lemah itu.

      Hafiz Rafael mengecilkan matanya. "Mama, Ralph dekat mana? Kita nak pergi mana?"

     "Kita dah tinggalkan bumi Malaysia sayang, papa dah pindahkan semua harta milik kita dekat London. Kita akan mulakan hidup baru."

      "Apa?! Mama jangan buat Ralph macam ni! Ralph tak boleh pergi selagi tak tengok kubur Intan Zulaikha!" Hafiz Rafael mendencit dek kesakitannya masih terasa, mendayu-dayu suaranya merayu.

      "Maafkan papa Ralph." Encik Rahim menyuntik ubat tidur dos kedua di lengan Hafiz Rafael. Hafiz Rafael terkejut.

     "Apa ni papa?! Baik papa dengan mama bunuh Ralph je, jiwa Ralph dah lama..ma..mati!" Perlahan-lahan Hafiz Rafael memejamkan matanya kembali dek kesan ubat tidur yang terlalu kuat baginya. Puan Bella hanya memandang anak terunanya itu dengan pandangan sayu.

Maafkan mama Hafiz Rafael...

     "Mama, don't worry kita jaga abang elok-elok dekat sana nanti." Hainan Syamimi sudah mengosok-gosok lengan Puan Bella. Puan Bella hanya mengeluh.

      "Kalaulah masa boleh diputar, mama patut bagi je abang kamu kahwin dengan Intan Zulaikha..hmm tengok apa yang jadi sekarang, kita terpaksa buat abang sampai macam ni."

      Hainan Syamimi membuat riak menyampah. Menyampah saat mendengar nama Intan Zulaikha di telinganya. Apa cantik sangat ke perempuan tu dibandingkan dengan dirinya? Dia berharap dia mampu menggoda abangnya agar melupakan Intan Zulaikha buat selamanya!

~~~~~~~~~~

     Intan Zulaikha melihat ke luar jendelanya yang tercoret indah awan malam dengan bintang yang bertaburan. Intan Zulaikha tersenyum, namun ada sayu yang bertandang di dalam hatinya. Hatinya terasa kosong. Dia sendiri pun tidak mengerti atas sebab mengapa dia berperasaan begitu.

     "Sayang, kenapa berdiri lama sangat tu? Nanti badan Ikha masuk angin. Risau mama." Datin Jamila sudah berdiri bersebelahan Intan Zulaikha sambil memeluk lengan gadis itu.

    "Saja tengok awan malam, cantik sangat bintang malam ni mama."

     Datin Jamila tersenyum. "Cantik bintang tu memang tak dapat kita sangkal sayang sebab tu semua kuasa Allah, tapi yang mama tahu Intan Zulaikha depan mama ni pun cantik juga. Seindah permata'

     Intan Zulaikha tertawa. "Mama ni ada-ada je lah, erm..mama can I ask something?"

    Datin Jamila memegang dagu Intan Zulaikha. "Boleh sayang, tanya lah apa dia?"

    "Sebenarnya apa yang jadi dekat Ikha?"

    Datin Jamila menelan air liurnya payah. Dia paksa wajahnya mengukir senyuman palsu. Takkan mudah dia pecahkan rahsia mengenai Hafiz Rafael di hadapan anak gadis kesayangannya itu. Biarlah memori lelaki itu terhapus buat selamanya. Mujur dia sempat menanggalkan cincin tanda perkahwinan mereka sebelum Intan Zulaikha sedar, kalau tidak mahu anak gadis itu mencari suaminya kembali! Dia tidak akan sesekali membiarkan perkara itu terjadi!

    "Ikha kemalangan waktu Ikha nak melintas jalan."

    "Melintas jalan? Dekat mana mama? Buat apa Ikha lintas jalan?"

    "Ikha cakap kat mama hari tu, Ikha nak beli novel 'Me Before You', entah lah sayang benda nak jadi..ada driver kereta tu tak nampak Ikha tengah melintas." Lagi Datin Jamila berbohong. Dia terpaksa berbohong demi kehidupan gadis itu. Intan Zulaikha angguk memahami.

     "Ikha, nanti kalau result STPM Ikha okey, mama nak Ikha sambung study boleh?"

     "Mestilah mama, Ikha nak jadi doktor. Mama doakan moga Ikha dapat capai cita-cita Ikha."

      "Ikha nak jadi doktor, kena sambung belajar dekat India lah lepas ni. Dekat sana the best MBBS certificate tau."

     "Ikha tak kesah pun dekat mana-mana Ikha belajar mama yang penting Ikha harap Ikha dapat capai cita-cita Ikha."

      Datin Jamila memeluk anak gadisnya itu seerat mungkin. "Mama always doakan untuk Ikha."

      Datin Jamila terdiam, ingatannya kembali terimbas saat dia dan suaminya berjumpa dengan doktor tadi. Kata doktor Intan Zulaikha mungkin mengalami Retrograde amnesia dimana dia kehilangan ingatan akan peristiwa masa lalu, mungkin dalam jangka masa yang panjang ataupun amnesia yang lebih teruk amnesia parsial yang kehilangan memori akan masa lalunya selama-lamanya. Namun Datin Jamila masih boleh menarik nafas lega kerana Intan Zulaikha menunjukkan tanda-tanda positif menerima mereka sebagai keluarganya.

     Bunyi ketukan di pintu bilik mematikan lamunan Datin Jamila. Tersembul wajah Akram dan Iqbal Syafique yang tersenyum.

     "Hello my beautiful wife! " Usik Akram sambil memeluk Intan Zulaikha.

      Intan Zulaikha mencebik. "Mama! Tengok abang Am ni. Dia cakap Ikha wife dia. Ikha ni muda lagi la nak kahwin."   

     "Am, apa usik adik macam tu?" Datin Jamila menampar manja lengan anaknya itu sambil ketawa.

     "Tah Am ni, dengan aunty tak nak tegur pun. Hello my beautiful aunty Mila! " Pantas Iqbal Syafique menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Jamila. Datin Jamila ketawa lagi.

     "Haa macam ni la baru boleh jadi bakal menantu aunty. Kalau Fiq yang jadi husband Ikha aunty bagi lampu hijau terus."

     "Mama! Ikha muda lagi la."

     "Fiq okey je aunty. Kecil tapak tangan nyiru Fiq tadahkan, kan sayang?" Ujar Iqbal Syafique sambil mengenyit mata kearah Intan Zulaikha. Intan Zulaikha menjeling.

     "Amboi bro! Kau kena lepas ujian dari aku, baru aku pass adik aku kat kau." Sampuk Akram pula.

     Intan Zulaikha mendengus geram. "Apa ni abang nak pass-pass adik pulak! Ingat adik barang ke? Dah la adik malas nak layan abang!"

    "Alahai merajuk pulak intan payung abang ni. Fiq kau la punya pasal ni adik aku merajuk."

    "Eh aku pulak yang kena!" Iqbal Syafique ketawa bersama Datin Jamila.

..................

Lambat sikit saya update harini. Busy katakan okey bye!!

Media: My Iqbal Shafique



Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now