Bab 30

6.7K 219 5
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Hafiz Rafael mengacau minumannya sambil memandang wajah Datuk Kamal.

     "Uncle, apa sebenarnya yang berlaku?"

     "Uncle nak kamu ceraikan anak uncle." Serius sahaja muka Datuk Kamal.

     Hafiz Rafael geleng. "Saya takkan pernah lepaskan Intan Zulaikha uncle. Tu janji saya dari dulu. Kenapa uncle sekeluarga lari dari saya? Kenapa semua orang cakap Intan Zulaikha dah mati?!" Tegang suara Hafiz Rafael.

     "Bukan kamu ke yang tinggalkan anak uncle? Kenapa lapan tahun ni kamu tak pernah cari Intan Zulaikha? Kenapa baru sekarang? Untuk pengetahuan kamu, bukan kami yang cakap Intan Zulaikha dah meninggal dunia, tapi ibu bapa kamu sendiri!" Tengking Datuk Kamal.

     Hafiz Rafael meraup wajahnya,. Jujur dia benar-benar terkejut dengan berita yang baru dia ketahui. Kenapa mama dengan papa tipu aku?! Aku terseksa lapan tahun ni tahu tak?!

    "Saya dah cuba cari kubur Intan Zulaikha tapi saya tak jumpa! Apa yang jadi sebenarnya uncle?" Sunggul sahaja wajah Hafiz Rafael saat ini. Dia mengeluh.

     Datuk Kamal menilik wajah tulus Hafiz Rafael. Benarlah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa selama ini. Datuk Kamal turut mengeluh.

    "Sebenarnya lepas kemalangan yang menimpa kamu berdua lapan tahun lalu, Intan Zulaikha koma. Dia hilang memori tentang masa lalu Hafiz. Dengan kami pun mula-mula dia susah nak terima."

    Hafiz Rafael menitiskan air mata. Sampai begitu sekali yang terjadi dengan isterinya.

    "Uncle, saya minta maaf sebab ambil Intan Zulaikha dengan cara yang salah. Saya sedar kesalahan saya terhadap uncle dan aunty. Mungkin kemalangan tu kifarah atas dosa saya. Tapi saya mohon uncle, maafkan saya dan saya mohon uncle bagi saya peluang untuk tebus kesilapan saya." Hafiz Rafael melutut terhadap Datuk Kamal.

    Datuk Kamal terkedu segera dia menyuruh Hafiz Rafael duduk semula. "Tak apa, uncle dah lama maafkan kamu Hafiz Rafael. Uncle pun insan biasa juga, uncle faham gelodak remaja masa dulu. Kalau ikutkan undang-undang kahwin Malaysia, ada lafaz taklik bila seorang suami tinggalkan isteri tanpa khabar berita selama 4 bulan dan tempoh menunggu selama 4 tahun, tapi sebabkan kamu muncul balik Intan Zulaikha masih hak mutlak kamu. Uncle bagi kamu peluang tapi tolong jangan paksa Intan Zulaikha."

     "Terima kasih uncle, terima kasih banyak-banyak. Ralph janji Ralph takkan sia-siakan peluang yang uncle berikan."

     "Boleh uncle tanya sesuatu?" Soal Datuk Kamal.

      Hafiz Rafael angguk. "Boleh, apa dia uncle?"

     "Siapa perempuan yang panggil kamu sayang haritu?"

      Hafiz Rafael cuba mengingat. "Oh, dia adik tiri saya uncle. Dia memang macam tu."

     Datuk kamal angguk.

~~~~~~~~~

     Intan Zulaikha cuba menguatkan dirinya dan terus tersenyum seolah-olah tiada apa yang terjadi. Dia melawat pesakit dan sudah beberapa kali dia menguruskan pembedahan juga. Sungguh hari ini sahaja dia memenuhkan jadualnya biarpun ada waktu terluang. Dia takut andai tiada kerja, dia akan memikirkan perkara negative mengenai Iqbal Shafique. Dia takut dia tidak mampu bertahan.

     Telefonnya pula sengaja dia tidak mahu sentuh, dia bimbang jika dia mendapat berita buruk. Memikirkan hatinya yang semakin rungsing, segera Intan Zulaikha memasuki surau hospital dan menunaikan solat hajat. Semoga insan yang berada di dalam doanya sentiasa baik-baik sahaja. Airmatanya menitis.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now