Bab 70

15.7K 271 25
                                    

    {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

  ••••••         

    Jadual Intan Zulaikha agak ketat keesokkan harinya. Ada ke orang yang nak kahwin masih berkerja lagi macam ni? Semua urusan perkahwinannya kali ini diuruskan oleh mama dan papanya serta bakal mertuanya seratus peratus. Bukan main excited mamanya menguruskan perkahwinannya itu termasuk urusan fitting baju semuanya dia serahkan kepada mamanya. 

     Nak harapkan Intan Zulaikha? Dengan diri sendiri pun dia tak ada masa. Dia juga tidak sempat bertemu dengan bakal mertuanya termasuklah 'bakal suami' yang selalu di puji melangit oleh mamanya itu.

     Usai memangkir keretanya di petak khas apartmentnya, dia melihat parking kereta di sebelahnya masih kosong. Tuan leftenan tak balik lagi la ni. Hatinya menebak. Sewaktu menunggu lif, Intan Zulaikha terserempak dengan cik Dayah yang sepertinya baru pulang dari membeli belah itu.

     Ikha mengeluh, nanti riuhlah mulut murai ni sibuk bertanya pasal tuan leftenan. Sudahnya dia hanya menghadiahkan senyuman kepada cik Dayah.

     "Cik doktor, baru balik ke?"

     "Ha ah. Banyak barang cik Dayah shopping."

     "Cik Dayah beli barang kahwin. Nanti jemputlah datang cik Dayah kahwin."

     "Cik Dayah nak kahwin dah?! Tahniah cik Dayah."

    Baru sahaja Intan Zulaikha ingin menekan punat pintu lif, Iqbal Shafique tiba-tiba menerpa ke dalam lif itu. Sempat dia menahan pintu lif menggunakan lengannya. Fuh! Nasib baik sempat. Iqbal Shafique menyeka peluh di dahi. Dah la terlambat nak solat Maghrib lagi ni. Mujur dia sempat menahan pintu lif itu. Akram punya pasal la ni, beria nak tengok aku fitting baju! Tangannya pula sedang membawa sepersalinan baju Melayu dan baju ala-ala putera.

    Intan Zulaikha terpana. Kenapa makin lama dia rasa tuan leftenan ni makin hensem di matanya? Tengok tuan leftenan seka peluh pun rasa ada rama-rama dalam hati ni! Sah lah aku ni jatuh cinta lagi dan lagi dekat mamat ni! Matanya tersorot ke arah barang yang di pegang oleh Iqbal Shafique. Aneh. Kenapa dia bawak baju melayu? Jangan cakap cik Dayah nak kahwin dengan tuan leftenan kita!

    "Kesian abe kita. Peluh-peluh dah tu!" Cik Dayah dah hulur tisu.

    "Eh, kenapa awak tak tunggu saya?" Soal Iqbal Shafique ke arah Cik Dayah. Sempat dia mengenyit matanya kepada cik Dayah.

    Intan Zulaikha mencebik. Jeles dia dengan cik Dayah ni. Ah dia tak boleh mengalah dalam waktu sekarang ni. "Awak dari mana? Awak marahkan saya lagi ke sebab semalam dan kelmarin?"

    "Cik Dayah, hari tu ada orang pukul saya dengan selipar sebab saya skodeng kucing dia." Adu Iqbal Shafique sambil menjeling gadis itu. Semalam masa kejadian kena gari tu teruk minah ni membebel sambil cakap dia sewel pulak tu! Baru je nak baik merajuk.

    "Alahai kesian tuan leftenan. Cik doktor nanti naik atas jangan pukul lagi abe kita ni pulak." Laung cik Dayah sebelum keluar dari lif saat tiba di arasnya.

    Intan Zulaikha mencebik. "Awak dengan cik Dayah ada apa-apa ke?"

    "Ha ah, kami nak kahwin dah pun. Lama dah cik Dayah tu setia tunggu aku. Orang cakap baik hargai orang yang sayang dekat kita." Tutur Iqbal Shafique serius.

    Intan Zulaikha terasa pedih di hatinya. Kenapa dia rasa sedih? Namun kata-kata Iqbal Shafique itu turut membuatkan dirinya terasa tercabar. Hatinya retak seribu. Dia hanya berdiam diri dan tidak memandang lelaki itu lagi. Intan Zulaikha cuba menahan tangis yang sedang menyerbu kolam matanya.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now