Bab 17

7.4K 253 6
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Mata pen berlari laju di atas kertas.

Assalamualaikum bidadariku Intan Zulaikha,

Hari ni sayang macam mana? Best tak dekat syurga sana? Baik-baik sahaja kan?

Ralph harap Allah sentiasa jagakan sayang macam selalu. Ralph minta maaf sebab lambat tulis surat dekat sayang, Ralph makin sibuk sekarang ni handle bisnes papa, sini Ralph selitkan gambar Ralph sekali..hemsem tak suamimu ini sayang? Kadang-kadang pun Ralph tak sempat makan, diri sendiri tak terjaga tapi sayang jangan risau, Ralph baik-baik sahaja dekat sini.

Cuma hati ni je mengada-ngada rindu dekat sayang. Rindu sangat, kalau lah Allah bagi peluang kita jumpa lagi..kejap je pun tak apa. Ralph rindu nak tatap wajah sayang. Ralph janji, Ralph akan balik Malaysia,Ralph akan datang jumpa sayang. Sayang jangan risau okey, tunggu Ralph dekat sana. Ralph nak jumpa dengan semua bidadari syurga yang cantik-cantik tu. Sayang jangan jeles ek. Okey, fine Ralph bergurau aje, sayang tetap tercantik dalam hati Hafiz Rafael. Ralph selalu cintakan Ikha hingga akhir nafas Ralph..saya cintakan awak sayang sangat-sangat.

Salam Sayang,

HAFIZ RAFAEL

       Hafiz Rafael melipat suratnya itu sambil mencium lama, lantas dia terus menyimpan di dalam sebuah kotak khas. Masuk surat ni sudah beribu-ribu pucuk dia tulis yang semuanya tertera nama Intan Zulaikha. Sudah 8 tahun 2 bulan dia tidak pernah jemu menulis warkah buat isterinya itu walaupun dia tahu jasad isteri kesayangannya itu sudah lama bersatu dengan tanah. Air mata lelakinya gugur jua.

     "Maafkan Ralph sayang, Ralph lambat tulis surat untuk tahun ni. Semua ni Hainan Syamimi punya pasal!"

       Dia mendengus. Sejak dia menguruskan bisnes papanya di London, dia sudah tidak banyak masa melayan perasaannya sendiri mengingati kekasihnya Intan Zulaikha. Adik tirinya pula tidak habis-habis menggodanya setiap hari. Mama dan papa pula seolah-olah merelakan perbuatannya itu terhadap Hafiz Rafael! Dia kena buat plan macam mana nak balik Malaysia cari kubur isterinya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~

        Intan Zulaikha sedang membancuh airnya di dapur sambil merengangkan urat-urat tubuhnya. Lega rasanya mempunyai masa sengang seperti ini. Baru hari ini dia ada masa berehat-rehat dirumahnya sendiri. Kalau tidak terpaksa dia bermalam di ofisnya.

       Sewaktu dia berpusing memandang tingkap dapurnya yang menghadap tingkap dapur Iqbal Syafique, dia terkejut apabila ternampak mamat sewel tu tengah angkat dumbbell. Nasib baik mamat tu pakai baju, kalau tak lemah juga imannya!

        Intan Zulaikha meneguk airnya. Terserlah otot-otot lelaki tersebut yang sedang mengangkat dumbbell. Plaster masih bertampal di dahinya namun sikit pun tidak mencacatkan wajah lelaki itu. Patut lah badan boleh tahan mamat ni, selalu buat fitness sendiri dekat rumah. Iqbal Shafique memandang kearah Intan Zulaikha yang masih ralit memandang dirinya setelah merasakan ada orang sedang memerhatikan.

     "Hoi, kau skodeng aku ke?" Sergah Iqbal Shafique.

       Intan Zulaikha terkejut, mukanya sudah berubah rona. Ah malunya kantoi ushar mamat sewel ni!

     "Perasannya you ni! Siapa entah nak skodeng you! Badan macam tambah span eii geli lah!" Segera Intan Zulaikha berlari pergi ke ruang tamunya. Malas dia duduk disitu, dah lah kantoi! Malunya!

Arjuna Hatiku | CDove le storie prendono vita. Scoprilo ora