Bab 11

8.5K 328 15
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Samar-samar warna gelap menerpa anak mata Rafael. Dia memejam matanya kejap dan perlahan-lahan membuka matanya kembali. Masih berpinar-pinar kepalanya. Namun mengapa dia masih tidak dapat melihat dengan jelas. Gelap sahaja dunianya. Dia dah mati ke? Bau pahit ubat dan bius menjamah hidungnya hingga terasa ke hati. Wayar-wayar yang berselirat di tangan di raba perlahan. Ah, Intan Zulaikha! Dimana dikau sayangku? Hatinya berdetak kencang.

      Hafiz Rafael meraba ke kiri dan kanannya, namun hampa. Hanya dia seorang bersendirian di dalam bilik yang bersaiz sederhana besar itu. Digagahnya diri untuk bangun namun gagal. Sungguh dadanya sakit umpama dibelah dengan belati yang tajam. Tegang urat-urat sarafnya saat tubuh lemah itu dipaksa bangkit dari baringan.

      Air matanya mengalir perlahan, dia tidak terdaya untuk berdiri. Sudah dikerah adrenalin yang tinggal untuk bangkit berdiri mencari kekasih hatinya. Dia tidak punya tenaga yang kuat saat ini.

     "Aku kat mana? Kenapa aku tak nampak apa-apa? Intan Zulaikha!" Rafael sudah menjerit sambil berlinangan air mata, hatinya cemas memikirkan keadaan isterinya itu.

     Cincin dijari dia gengam erat, dia rindu! Mengapa dia merasakan dirinya tidak betah dengan keaadaan begitu? Begitu jua hatinya jika kehilangan perempuan yang paling dia cinta itu. Hanya cahaya bangunan kota yang melatari jendelanya.

     Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Dia lega, masih punya harapan untuk bangkit mencari Intan Zulaikha. Tersembul wajah Hainan Syamimi yang sedang membawa bekal makanan.

     "Abang!!" Terpa Hainan Syamimi kearah Rafael sambil memeluknya erat.

     Rafael mendengus, nafasnya terasa berat. Kenapalah perempuan itu yang datang menemaninya? Mana mama? Mana papa? Hatinya berdecit geram.

      Rafael mengaduh. Sakitnya bukan kepalang saat dirinya atau lebih tepat lukanya dipeluk erat oleh perempuan itu. Pantas Hainan Syamimi melepaskan pelukannya apabila menyedari dia tidak sepatutnya bertindak melulu.

     "Sakitlah! Kenapa aku tak nampak?!" Pantas Rafael menepis tubuh Hainan Syamimi dan memisat matanya berkali-kali namun makin pedih pula.

     Hainan Syamimi mencebik. Dia mengintai pintu yang belum bertutup rapat. Laju dia bangun dan menutup pintu bilik abangnya itu. Hanya tinggal mereka berdua. Hainan Syamimi tersengih gembira. Ini peluangnya dia menggoda lelaki itu. Sungguh hanya nama Hafiz Rafael yang terukir di dalam hatinya.

     Dia merebahkan punggungnya diatas katil. Rafael yang menyedari perilaku adiknya itu hanya memandang dengan wajah kosong. Dalam hati jangan cakap lah sudah sebakul sumpah seranah yang diberikan kepada perempuan ini. Sesekali Rafael memejamkan mata seolah-olah tiada sesiapa disitu. Kadang-kadang dia membayangkan perempuan itu hanyalah badut sarkas yang datang membuat lawak hambar.

     Buang karan aje aku layan perempuan ni! Baik aku tidur, kalau bukan tengah sakit ni tak adanya aku nak dekat dengan dia! Abaikan dia Rafael, anggap je dia tu patung bergerak! Getus hati Rafael.

     "Abangggggg.." Hainan syamimi memanggil Rafael dengan suara manja. Tidak cukup dengan itu jari jemarinya sudah menjalar meraba tangan Rafael yang masih berselirat dengan wayar namun Rafael masih diam kaku. Tidak terangsang dengan godaan Hainan Syamimi tika itu.Hatinya masih kukuh terhadap satu nama. Mana mungkin dia meragut kesetiaannya itu.

     Hafiz Rafael senyum sumbing. Tangannya sudah menepis kasar tangan Hainan Syamimi.

     "Kau goda aku macam mana sekali pun, kau takkan berjaya sebab hati aku dah jadi milik Intan Zulaikha selama-lamanya." Perlahan kata itu ditutur namun cukup membuatkan Hainan Syamimi dipungut perasaan geram.

     Hainan Syamimi senyum herot, perlahan-lahan dia baring disisi Rafael. Rafael menggeleng. Tidak serik ke perempuan ini? Jelingan tajam sengaja dia layangkan kearah Hainan Syamimi.

     "One day you'll be mine, just wait baby." Perlahan dia membisikkan bait-bait tersebut di telinga Hafiz Rafael.

     Pintu bilik terkuak, laju Hainan Syamimi berdiri dan duduk di kerusi pelawat yang berada berdekatan katil Hafiz Rafael. Puan Bella dan Encik Rahim sedang tersenyum menuju kearah Rafael yang sudah sedarkan diri.

      "Mama,papa. Abang dah sedar." Ujar Hainan Syamimi ceria.

     Hafiz Rafael masih memandang kosong kearah gadis itu namun hatinya mula berkata-kata mengapa dia tidak nampak apa-apa! Pandai Hainan Syamimi bermuka-muka, depan mama dan papa. Ceria sahaja wajahnya. Kalaulah ada 'award' pelakon terbaik dalam keluarga itu, sudah tentu dia orang pertama yang akan menghadiahkannya kepada Hainan Syamimi. Ujar hati Hafiz Rafael saat mendengar tutur kata Hainan Syamimi

      "Alhamdulillah, syukur Rafael dah sedar. Jangan tinggalkan mama dengan papa lagi sayang." Hangat kuncupan daripada Puan Bella diatas dahi Hafiz Rafael.

     "Mama kenapa Ralph tak nampak? Isteri Ralph Intan Zulaikha mana?" Hafiz Rafael memisat matanya dengan kuat.

    "Isteri? Since when kamu ada isteri ?" Soal Encik Rahim dengan perlian.

    Hafiz Rafael hanya memandang mamanya sayu dengan pandangan matanya yang mula samar-samar, jelas dia memang memaksudkan pertanyaannya sebentar tadi. Tangan wanita itu disentuhnya perlahan.

     "Mama, mana Intan Zulaikha? Dia isteri Ralph yang sah mama!" Tutur Hafiz Rafael tegas.

     Puan Bella memandang sayu anak terunanya, jika dilayan emosinya tika ini dia sebagai ibu pastinya merasa berjauh hati dengan kata-kata itu. Manakan tidak, anak terunanya keluar dari rumah dalam keadaan baik-baik saja namun kembali kepadanya dalam keadaan sadis. Tambahan pula dengan berita mengenai status perkahwinan antara Rafael dan Intan Zulaikha yang benar-benar mengejutkan dirinya serta keluarga Datin Jamila.

     "Sayang, shhh..jangan banyak cakap. Mama nak Ralph rehat cukup-cukup. Doktor kata Ralph hampir buta sebab kemalangan tu." Ujar Puan Bella lembut sambil melekapkan jari telunjuknya di bibir Hafiz Rafael.

      "Mama, tolonglah Ralph! Ralph tak pernah minta apa-apa pun selama ni dengan mama, papa. Ralph nak tahu keadaan isteri Ralph! Itu je! Ralph tak kisah kalau Ralph jadi buta seumur hidup pun asalkan Ralph jumpa dia."

     "Kenapa kamu kahwin tak bagitahu mama dengan papa? Sebab kamu masih marahkan papa pasal semalam? Sebab tu kamu belakangkan kami? Dah tahu mata tak boleh nampak lagi nak melawan papa!" Bertubi-tubi soalan dari Encik Rahim.

      Dada Encik Rahim sudah turun naik. Sungguh dia masih berang dengan tindakan anaknya yang melulu itu. Hainan Syamimi mengambil tempat di sisi Encik Rahim.

     "Papa, sabar nanti darah papa naik sebab stress." Hainan Syamimi sudah berkerut risau.

     "Mama, mana Intan Zulaikha?" Sudah acapkali soalan itu ditanyanya namun dia masih gagal mendapatkan jawapan dari mulut Puan Bella dan Encik Rahim yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dihiraukan soalan Encik Rahim tadi. Malas dia mahu bertekak dengan papanya itu sekarang.

     Hafiz Rafael cuba mengerakkan tubuhnya untuk duduk dan berdiri. Wayar yang berselirat dia cabut dengan kasar. Dia perlu mencari Intan Zulaikha dengan segera. Digagahkan kaki untuk melangkah walaupun goyah.

     "Rafael! Kamu nak pergi mana? Kamu tak sembuh lagi sayang." Laung Puan Bella yang terkejut dengan tindakan drastik anak terunanya itu. Pantas dia berlari mendapatkan tubuh terumbang ambing yang mula bergerak keluar.

     Hafiz Rafael sudah sampai di muka pintu namun dadanya masih terasa pedih. Balutan lukanya kembali berdarah. Ah, dia tidak kisah asalkan dia dapat mencari wajah kesayangannya. Kepalanya kembali berpinar dan suara mamanya yang cemas kedengaran sayup-sayup. Perlahan dirinya rebah.

................

Sebaik la wattpad tak ada button private dah HUHUHU!!

Arjuna Hatiku | COnde histórias criam vida. Descubra agora