Bab 46

6K 179 33
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

•••••• 

       Suasana di Lubnan agak terkawal saat ini. Lubnan bukan lah kawasan perang namun negara yang tersepit di tengah-tengah antara negara yang berperang seperti Syiria, Iran dan Palestin. Iqbal Shafique sedang mengiringi delegasi penting ke Beirut city sebelum singgah di Kafra Intermediate School untuk lawatan rasmi bagi mengekalkan hubungan antarabangsa.

      Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang saat dia keluar dari masjid di sekolah berkenaan usai menunaikan solat. Baru sahaja dia ingin bergerak menuju ke arah skuadnya, dia terlanggar seorang gadis berusia lingkungan 16 tahun yang merupakan pelajar disitu.

      "I am sorry sir, my mistake." Wajah gadis Lubnan itu sudah kecut perut kerana terlanggar tentera.

      "It's okay. Are student here? " Soal Iqbal Shafique sambil membetulkan rifflenya.

      "Yes I am."

      "Then what is your name? " Ujar Iqbal Shafique sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

       "I am Zulaikha. Nice to meet you sir. Again sorry sir for my mistake and i need to go, I have class after this." Laju gadis bernama Zulaikha itu memperkenalkan diri sebelum tunduk hormat.

      "Okey nice to meet you too Zulaikha." Iqbal Shafique melaung. Hatinya pedih. 'What a coincidence'. Saat dia ingin melupakan Intan Zulaikha, makin banyak perkara yang mengingatkan dirinya terhadap gadis nun jauh di Malaysia sana.

       "Dekat Malaysia sekarang mesti dah pukul 9 malam. Saya harap awak baik-baik sahaja." Iqbal Shafique melepaskan keluhan berat. Berat menanggung rindu yang tiada penghujung. Segera dia memakai kaca mata hitamnya dan bergegas kearah skuadnya yang sedang menunggu di lapangan padang yang menempatkan pesawatnya.

 Segera dia memakai kaca mata hitamnya dan bergegas kearah skuadnya yang sedang menunggu di lapangan padang yang menempatkan pesawatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        Masuk sahaja di tempat pilot, terus Iqbal Shafique memakai helmetnya dan membaca bacaan meter penerbangan di dalam pesawat itu. Dia tidak patut mencampurkan soal hati dan kerjanya sekarang ini. Kalau pun masih ada cinta, jurang antara mereka terlalu besar. Luas!

      Intan Zulaikha adalah hak milik orang lain. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Dia harus move on melupakan gadis itu. Benarlah kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Apa yang penting saat ini adalah keselamatan delegasi ahli politik yang sedang dibawanya.

      "Are you okey leftenan? Ready to take off?" Ujar Leftenan Michael yang berasal dari Australia itu melalui transmitter.

      Iqbal Shafique membuat tanda okey dan memandang anak kapalnya sambil membuat signal good.

~~~~~~~~~~~~

      "Hello anybody here?"

       Intan Zulaikha melilau mencari jalan keluar. Terasa sunyi yang mencengkam jiwa. Tiba-tiba sahaja dia berada kembali ditanah lapang yang sama. Tanah lapang yang dikelilingi dengan bunga matahari. Intan Zulaikha melihat dirinya sudah bergaun santai berwarna putih.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now